Di sudut sebuah pusat seni, tersusun indah kuntuman bunga-bunga kecil berwarna merah jambu.
Ia menarik perhatianku untuk mendekati dan memerhatinya dengan lebih dekat.
Lembut, halus, tetapi tetap mencuri perhatian. Inginku sentuh tetapi kubimbang luruh.
Mereka tidak mekar sendirian. Bersama-sama, mereka membentuk keindahan yang sukar untuk diabaikan.
Seakan-akan berbisik di celah-celah angin, membawa kisah tentang ketenangan dan kelembutan.
Bunga-bunga ini tidak indah seperti mawar, tidak wangi seperti melati, tetapi ada pesona yang tersendiri.
Mengajar bahawa kecantikan bukan sekadar terletak pada satu kelopak, tetapi pada kesatuan yang saling melengkapi.
Mungkin begitulah juga hidup. Kita tidak perlu menjadi paling menonjol untuk dihargai.
Cukuplah jika kita mampu memberi warna dan keindahan kepada dunia dengan cara kita sendiri.
Salam Dua Ramadhan.
7 ulasan:
Puitisnya bahasa, macam baca novel :)
Salam Ramadan Kareem
cantiknyaaaaaa bunga-bunga kecil! suka color dia soft jer
Lain macam bicara hati 2 Ramadan..
pandai sungguh LB bermadah puisi
Pandainya Lady mengarang. Bahasa sedap didengar.
Memang cantik yg bunga² kecik warna ros tu, sangat sweet
Cantiknya bunga tu warnanya lembut je.
Catat Ulasan