Semoga Allah Bantu Para Pejuang Untuk Mempertahankan Agama Dan Kedaulatan Negara Masing-Masing. Allah akan bantu berikan kemenangan, InsyaAllah.. Hanya menunggu masa, Islam akan kembali MENANG. Ameeeennnn
Kelas Ustazah Azizah |
Pecutan terakhir bagi persediaan UPKK kakak Fateemah.
Semalam dan hari ini ibu bagi peluang kakak rehat, besok kita mulakan kelas yer duhai anak.
Selain dari kelas dalam jadual ni, kelas tetap berlangsung dengan ibu sebagai ustazahnya.
Selagi kita hidup, selagi itu kita perlu belajar..
Habis UPKK, kelas untuk darjah enam akan bermula..
Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris..
Matematik dan Sains serta Bahasa Melayu ibu akan jadi gurunya..
Mata pelajaran lain kite cari guru tuisyen atau ibu akan ganggu cikgu2 di sekolah untuk tanye skill mengajar dan tips.. sebab Sejarah ibu memang sukar untuk ingat..
Ibu doa semoga kakak dapat buat yang terbaik, Cikgu2 dan ibu serta abi hanya boleh bantu sekadar yang kami mampu.. selebihnya berserah kepada Kakak sendiri.
Kelas Tambahan SKDB |
Bila kakak malas, kakak fikirkan ustazah2 kakak yang setiap hari, setiap hujung minggu, setiap malam yang buat kelas untuk kakak dan kawan2 kakak semata-mata nakkan kakak dapat kuasai sepenuhnya.
Bila kita usaha, Allah akan bagi... Allah tidak akan sia siakan usaha kita.. Allah tidak akan kejam..
Tetapi sekiranya Allah bagi sebaliknya dalam keadaan kakak telah lakukan yang terbaik.. Itu menandakan ada kebaikan di sebaliknya yang kita tidak pernah tahu dan nampak.
Ibu bukan nak kakak jadi doktor, cikgu, arkitek, peguam.. ibu dan abi tidak akan paksa kakak untuk jadi ape2 pun... terpulang kepada kakak sendiri untuk tentukan halatuju kakak..
Ibu dan abi hanya nak bantu kakak lakukan yang terbaik di setiap level kehidupan kakak.. yang selebihnya ibu dan abi serahkan kepada Allah untuk lorongkan halatuju untuk kakak..
Jadilah orang berilmu di dunia dan akhirat duhai kakak.. Hidup kita bukan hanya bermain telefon, tengok tv, suka2 berseronok, setiap inci apa yang kita buat di dunia ini Allah akan tanya dan hisab bila kita mati nanti.
Maka marilah kita saling berganding bahu untuk jalankan tanggungjawab kita sama2 yer duhai anak2 ibu.
1 ulasan:
Semoga kejayaan akan jadi milik kakak ya, Amiiinnn YRA.
Catat Ulasan