Semoga Allah hancurkan semua musih-musuh Islam. Ameennnn.. Tiada yang terhebat melainkan Allah. Ameennnn
Hari Khamis, 19 hb .. seharian kerja kami makan je dari pagi sampai petang..
Tengahari selepas kakak balik sekolah, kami ke Mayang Mall.. Mall terbaru di Kuala Terengganu.. masih belum siap sepenuhnya.. maka perlu bersabar sahaja sebab perlu terima hakikat mall ni belum siap tetapi terpaksa dibuka untuk memenuhi syarat.
Takde masalah untuk kami sebab kami bukan suka shopping, cuma untuk Lady, lady tidak berapa selesa dengan kebersihannya sahaja. Tetapi tidak menjadi hal.. memandangkan renovation di sana sini masih berlaku, mereka pijak di mana2 dengan kaki yg kotor.. maka lantai mall tersebut kelihatan kurang menyenangkan.
Maka untuk ubat hati, selepas kami keluar Ldy request untuk menikmati shellout. Walaupun sudah menikmati nasi kandar di mall.
Kami ambil yang “tak pedas” atas request adik dan kakak serta ibu sebab kami semua memang tak boleh pedas. Maka abi perlu ikut majoriti 😁
Terlalu banyak untuk kami habiskan walaupun kami hanya order untuk dua orang makan..
Maka kami bungkus dan bawa balik, masih selamat tersimpan dalam peti sejuk beku 😅.
Tetapi sesungguhnya shellout di sini memang menjadi dan memenuhi citarasa tekak kami.
Kalau kalian berkunjung ke Kuala Terengganu, jomlah singgah di Santai Soru, makanan lain pun ada.
2 ulasan:
Sedapnya shell out🤤🤩
Sedapnya!
Sesekali layan shell out ni mmg best kan...
Catat Ulasan