Duhai anak, sewaktu kalian kecil.. kemana manapun kami bawa.. di situ ada kami, di situ ada kalian.
Sesukar manapun abi handle ibu yang berkerusi roda, kami tetap mengusung kalian berdua.
Semenjak dari kakak bayi, sehingga besar.. berganti adik pula di ribaan.. dan sekarang adik juga sudah boleh nenolak kerusi roda ibu.. Kalian kami bawa bersama. Bukan kerana terpaksa tetapi atas dasar cinta.
Walaupun betapa beratnya dugaan untuk kami dalam membesarkan kalian berdua, tetapi kami tetap cuba lakukan yang terbaik.
Kalian perlu ingat, bila besar nanti jangan sesekali tinggalkan abi dan ibu hanya demi kepentingan kehidupan kalian.
Kakak jangan sesekali tinggalkan adik walau seteruk manapun pergaduhan kalian. Adik perlu jaga kakak walau ape jua sikap kakak pada adik. Semat dalam hati kalian.
Walaupun kakak dan adik dari perut ibu yang sama, tetapi kalian mempunyai identiti dan sikap yang berbeza. Saling berdamailah duhai kalian.
Semoga kalian membesar dengan sihat. Bahagia dengan corak kehidupan masing2. Sentiasa kental dalam menempuhi ujianNya. Sabar dan redho, saling melengkapi. InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat. Ameeeennn
7 ulasan:
anak2 kita adalah permata hati kita..moga membesar jadi anak2 soleh dan solehah..aamiin
Adik kakak, dah besar nanti jaga Ibu dan Abi sebaiknya ye...aunty doakan kamu membesar menjadi anak yang baik..soleh dan solehah...amin
Rukun-rukun selalu ya kakak dan adek...baca postingan ini banyak nasehat dan petuah yg bisa di ambil.
Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua..Aamiin...
semoga jadi anak yang soleh dan solehah...anak yang menjadikan ibu mengadung sejuk perut...aamiin
anak soleh solehah ibu abi ni....
selamat tahun baru Lady..moga yang baik2 sentiasa untuk kita semua
Sungguh menyentuh hati membaca kisah ini. Cinta yang tulus dan pengorbanan yang tiada tandingan sebagai ibu bapa. Walaupun dalam keadaan yang sukar, kalian tetap bersama, memberi sokongan dan kasih sayang tanpa syarat. Semoga anak-anak terus menghargai dan menyayangi pengorbanan ibu bapa, kerana mereka adalah pelindung dan kekuatan kita. Allah memberkati setiap langkah dan usaha kalian.
Catat Ulasan