Khamis, 22 Disember 2011

Rahsia Pemakanan Sunnah, Amalan Ilmuwan Islam

Buah Delima
  • Madu
- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • Habbatus sauda
- Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Antaranya merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat, berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Kismis
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu segar
- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • Telur
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • Buah Delima
- Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Kurma
- Sebagai ubat penyakit lahir, penyakit minda, dan juga makanan mengenyangkan.
  • Buah Tin
- Buah tin dan buah zaitun telah diakui oleh doctor perubatan moden banyak mengandungi manfaat untuk manusia. Ia dapat membantutkan penyakit buasir dan gaut.
  • Buah Badam
- Dapat mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan. Boleh juga mencerahkan mata bagi yang rabun.
  • Daging unta
- Bertindak sebagai tonik untuk penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah, ia dapat mengatasi penyakit radang paru-paru lelah, batuk berkahak, sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin, hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.
  • Garam
- Setiap kali sebelum makan, Islam menganjurkan supaya dimulai dengan merasa secubit garam. Jilatan garam itu menyebabkan air liur keluar di mana air liur mengandungi enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan. Amalan ini akan menjauhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman makanan.

p/s : Artikel ni lady buat untuk tazkirah hari rabu yang lepas.. sekarang lady share di sini lak.. :).. nasihat lady... kite cube amalkan pemakanan berlandaskan Islam untuk kesejahteraan kita dunia akhirat..

28 ulasan:

Unknown berkata...

bgsnya info ni..buah delima tu nampak sedaplah..*_*

cik panadol berkata...

susu segar, Habbatus sauda ngan daging unta je belom penah makan lg....urm tp unta? air rebusan hati unta penah la minum....hehe

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

Alhamdulillah
info yg memberi faedah

Wassalam

LydSunshine berkata...

Madu mahal. Habatus Sauda tak pasti, tak pernah check harga dia. Delima mahal, sebijik harganya bleh jadi RM3 dan ke atas, susu segar juga mahal kalau nak dijadikan rutin harian, kurma pun mahal selain bulan Ramadhan itu pun yg murah yang stock manis tak hengat punya, buah tin pun mahal jgk. Badam pun mahal, daging unta lagi la payah nak dpt. Kismis boleh dikatakan murah jugak, telur, halia dan garam boleh la.

Kesimpulannya, makanan2 ni boleh dibeli sekali sekala, tapi nak dijadikan amalan setiap hari rasanya tak mampu. Buah delima tu, kalau nak mkn setiap hari RM3 x 30 = RM150. [tupun yg paling murah, ada yg sampai Rm5 sebijik].

Sebab tu, kebanyakan org tak makan makanan yg berkhasiat ni, bukan sebab tak suka, tapi ramai yg tak mampu. *saya penah praktikkan makan beberapa senarai di atas ni, tapi memang agak semput la kewangan.

Jadi... kesimpulan lagi sekali, makanan berkhasiat ni, org kaya je la yg boleh amalkan. Huhu.

kiwi berkata...

itu hadis sahih ke??yg buah delima tu??mak kiwi suka beli buah delima :)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Daging unta payah nak dicari di sini namun daging kambing pun boleh jadi pengantinya kerana Rasulullah s.a.w. memang suka makan daging kambing..

teha berkata...

kite suke semua kucuali halia.. hehe

Unknown berkata...

huhu..apik tak tahu lak garam sebahagian darinya..hehee

sekamar rindu berkata...

salam....

terima kasih berkongsi info..:)

Miss Purple Ungu berkata...

pernah mkn sekali je habbatus sauda tu sbb pahit huhuhu

tehr berkata...

rasa garam sebelum makan?
belum pernah buat tu

Tirana berkata...

info yang berguna.. Setakat yang boleh, mari kita amalkan.

LadyBird berkata...

Bui Junaidi :

terima kasih akak.. sama2 berkongsi..

a'ah.. feveret lady buah delima tu.. macam permata cincin.. syg nak makan..

LadyBird berkata...

Cik Panadol :

semua lady dah pernah makan.. cuma daging unta jer belum pernah.. bagaimanalah rasanye ek.. rebusan hati unta best x?

LadyBird berkata...

Atuk :

Waalaikumusalam atuk..

Alhamdulillah.. terima kasih..

LadyBird berkata...

LydSunshine :

Madu = Rm20 (sebotol kicap).. makan 2 kali sehari.. stp kali makan sesudu sedang.. thn lbh kurang 3 bukan

Habbatus sauda = Rm10 sebotol.. thn lebih kurang setahun setengah.. makan 7 bijik sekali makan.. sekali ngn madu.. 2 kali sehari..

Delima = Rm10 (4 atau 5 biji) boleh makan sikit2.. jgnla makan sekali mkn 2 biji.. sekurang2nye sebulan sekali(sebiji) or sebulan dua kali..

kurma yg sdg2 lbh kuran RM10 sekotak.. sehari 3 biji... cukuplah tuk setengah bulan.. jgn makan tuk kenyang yer..

buah tin cukupla setahun 5 kali makan.. hihihihi.. beli yg kering tu.. anti oksida..

makanan tu makanan sampingan.. bukan sebagai makanan ruji.. x perlu makan hari2..

rsnye lebih murah kalau kite bandingkan dengan makanan ringan yg kita sellau makan.. contohnye pizza, kfc, A&W..

tu just pendpt lady sebab kami ekeluarga amalkan..

LadyBird berkata...

kiwi :

sahih insyaAllah.. lupe nk letak periwayatnye.. lady pun suke.. makan sebijik2..

LadyBird berkata...

Abdul Razak :

Waalaikumusalam ustaz.. lady x pernah makan daging unta.. dulu ade org sembelih unta kat kg lady.. tp x g makan pun.. daging kambing lady suka..

LadyBird berkata...

teha :

hehehe.. halia x suke jugak.. tp kita sellau makan kan? ltk dlm masakan..

LadyBird berkata...

Apik :

garam tu merangsang pengeluaran air liur.. air liur tu ada enzim pencernaan..

apik jgn ambik byk.. apik cucuk ngn jari kelingking je kemudian hisap.. lepas tu mkn nasik...

LadyBird berkata...

Sekamar Rindu :

wsalam.. sama2 kasih :D

LadyBird berkata...

Miss Purple Ungu :

memang pahit. tp makan sikit je tau.. antara tujuh bijik atau hujung sudu kecik.. makan ngn madu.. gigit2.. dulu2 lady mmg rs pahit.. bila dh amalkan alhamdulillah dah boleh terima..

LadyBird berkata...

tehr :

cikgu tryla buat.. cucuk gune jari kelingling.. yg melekat di jari kita tu shj yg kt jilat.. yg melekat tu sesuai dgn keperluan badan kite.. insya-Allah.. kemudian makan seperti biasa..

LadyBird berkata...

Tirana :

insyaAllah kak tirana.. :) kita sama2 amalkan sekadar yang termampu..

HEROICzero berkata...

oh itu penerangan Habbatus Sauda, dalam post 'yahudi ' sebelum ni.

trimas . =)

insan marhaen berkata...

itulah kebaikan kopi Radix. kebanyakan dari senarai itu ada...

Unknown berkata...

kalau mkn jeruk @asam halia..ok ke dak eh..

Puan Kutu berkata...

baru nie ada buat entri pasal makanan kesukaan rasulallah..lebih kurang macam nie jugak..

pasal garam tu baru sy tau..tq 4 sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...