Isnin, 20 Januari 2025

Sup Belut Buatan Sendiri ๐Ÿ˜‚

Assalamualaikum.. Alhamdulillah Allah sentiasa bersama.. Semoga Palestin sentiasa Merdeka. Ameennnn 

Alhamdulillah, rezeki dapat belum segar.. RM50 2 kilo siap siang. Tak tahu la mahal ke murah sebab ni kali pertama beli dan proses sendiri. Lady seawalnya bukan peminat makhluk Allah yang ini.

Bersihkan dengan air, lendirnya tak hilang. Rendam dengan air tepung gandum lebih kurang lima minit. Lepas tu bersih lagi.. Cuba bau, masih ada sedikit lagi bau ikan panjang ni..

Rendam kali kedua dengan gandum.. macam basuh dengan sabun rupanya.. berbuih-buih. Baem kata ibu basuh dengan sabun ke.. ๐Ÿ˜‚

Last sekali lady rendam dengan perahan asam limau. Alhamdulillah lulus .. tiada bau hanyir pekat dan tiada lagi lendir.

Lady ambik 1/4 bahagian.. jadikan sup.. masuk segala rempah ratus.. banyakkan rencah sebab taknak bagi bau dan boleh dimakan dengan baik. Dalam hati berdoa semoga bolehlah dimakan walaupun bukan untuk diri sendiri.

Lulus dan sedap encik suami kata.. Alhamdulillah.. tak dia sia berpenat lelah menahan perasaan proses belut ni. Abi dengan Kakak je yang habiskan kesemuanya. Adik dan ibu hanya tengok sahaja. 

Alhamdulillah. Lagi 3/4 bahagian masih duk fikir nak buat apa. 

P/s : waktu lady mula2 sakit dulu, Bak dan Che lumurkan darah dan lendir belut keseluruhan badan Lady yang lumpuh sepenuhnya akibat jatuh. Alhamdulillah kata mereka ada perubahan waktu tu. Terima kasih Che dan Bak tidak putus asa merawat Lady. Hanya Syurga tempatmu insyaAllah. Ameeenn.. 


 

10 ulasan:

Ana Jingga berkata...

Kak ana pernah merasa sekali makan paprik belut ni kat kedai Thai, boleh terima juga rasa nya :)

dear anies berkata...

uiiii nampak sangat sedappppp tuuuu
ada lg x? hahaha

NA berkata...

Belut memang sedap tapi seram tengok waktu masih hidup dan dalam keadaan mentah.

anamizu berkata...

wowwww belut! masa di kampung arwah nenek di Bagan Serai Taiping dulu selalu lah juga nenek buat masak belut ni hehe

Abam Kie berkata...

Sy sampai sekarang x sanggup makan belut....

Roziah @ Cie berkata...

paling seram tengok belut ni. tak pernah makan.

Mama Zharfan berkata...

saya pernah mkn sup belut ni (long time ago), my mom yg masak..sedap jer, rasa mcm sup ikan puyu/haruan

adnil linda berkata...

Linda tak pernah makan belut.. Tapi, orang kata mcm rase ayam.. Kikiki

Warisan Petani berkata...

Sedapnyer sop belut

Rawiwa berkata...

Rasanya macam tak pernah makan belut lagi. Akak pun kalau basuh ikan keli akan guna tepung gandum. Limau nipis/kasturi dan asam keping sesekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...