Isnin, 6 Januari 2025

Ya Allah, Berikanlah Ibu-Ibu Jiwa Yang Tenang

Alhamdulillah, sikit je lagi nak habis buku Parenting ni..

Walaupun belum habis, Lady dah nak buat kesimpulan..


Bila ibu2 punyai jiwa yang tenang, InsyaAllah anak2 akan lebih tenang dan mudah untuk diurus.

Untuk mendapatkan jiwa yang tenang, ibu2 tidak boleh punyai sifat 'perfectionist'.

Anak adalah anak, mereka masih mentah untuk ditagihkan buat seperti kita yang sudah bertahun buat benda yang sama. Semua kerja nak sempurna. 

Kita juga tidak boleh jadikan anak kita bijak seperti Albert Einstein, nak matematik A, tertinggi keputusan di sekolah, kalau memang dah bijak itu adalah rezeki. Setiap individu kebijakannya berbeza.

Kita kadang2 paksa anak untuk jadikan anak kite lembut perwatakan seperti Puteri Gunung Ledang, cantik, pandai masak, cermat. Perfect sebagai seorang gadis lindungan bulan. Pemalu. 

Yang lelaki pula kita nak rajin, keras jiwa, tak suke merenget, suka menolong.. pengemas, pembersih. Bersifat Penyayang. Sopan.

Kalau boleh kita nak anak kita lah segala2 nya. Dialah terpaling cerdik. Terpaling sopan. Terpaling lembut. Terpaling pengemas. Terpaling2 lah semuanya. 

Untuk capai itu sebab tu kita rasa tak tenang, sentiasa tak sempurna pada pandangan mata.

Sebab tu lah kita asyik nak marah, beremosi.. anak jadi mangsa.. semua tak kena pada pandangan mata kita.

Maka Ibu Fateemah dan Ibraheem, andakah itu? 

Sekiranya anda, mohon untuk berubah supaya anak2 anda tidak stress. 

Terimalah mereka seadanya dan didiklah mereka dengan lemah lembut tetapi tegas dan berperaturan.

Yang penting adalah usaha mereka setiap masa untuk jadikan yang terbaik. Jadikan kita sebagai pendorong dan pembimbing utama atas pencapaian mereka.

Jadikan kegagalan sebagai suatu proses untuk menggapai kejayaan..

Good Luck Ibu. 

...

Tekan gambar, anda akan terus dibawa ke fb ladybird.

12 ulasan:

Mulan berkata...

Terikut cara dibesarkan dulu2, asyik nak mencubit, melepuk anak2 je masa diorang kecil. Tapi buat jugak sikit2 kutil dll tu cuma yang ditambah seperti hugs and kisses yang kurang dibuat dulu2 (dalam family dekat dan jauh kami). Juga minta maaf dengan anak2 selepas marah diorang.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Moga kita tak menjadi seorang ibu yg narsistik, hingga menyebabkan anak kehilangan keyakinan diri. Nauzubillahiminzalik!.

Betul tu, tak boleh nak “perfectionist” sgt, ada terbaca, IQ anak byk dpt dari ibu berbanding bapa. So, sepatutnya kena kesian anak tu bukan malah dimarahi jika result anak kurang memberangsangkan. (Komen ni umum, bukan utk LB atau I tau). Hihi.

uncle gedek berkata...

Ye... Kita usaha je yang terbaik...

fairus berkata...

Anak dara perempuan saya 12 tahun. Pandai memasak. Ada je benda yang nak dimasaknya.. Dia biasa jadi mangsa abangnya untuk buat nasi goreng.. Hehe.

MRENEYOO berkata...

Gak ada manusia yang sempurna, tapi sebagai orang tua tetap mengusahakan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Puan Hazel berkata...

Kita pun tak perfect, mana mungkin anak kita pun... Biarlah ada ruang utk anak² buat silap, bereksperimentasi dan belajar dr kesalahan mereka.

Mama Zharfan berkata...

thanks for sharing :) memang seboleh mungkin nak suruh anak2 jd yg terbaek tp kena redho jugak dgn capability masing2

thisni3za berkata...

Kita as parent cuba yg terbaik..Semoga Allah beri yg terbaik jgk =)

Kakmim berkata...

Mmg mencuba utk x jadi perfectionist sejak dh berumur... diri sendiri penat

Sueann berkata...

Pernah tersentak bila seseorang kata pada saya, macam la awak x pernah kecik dulu...lebih kurang jer perangai kita ngan anak masa dulu...lepas tu insaf sekajap..

Ammi berkata...

yelah kita sendiri pun tak perfect mana mungkin anak kita perfect serba serbi. they are not robot, they are normal human being. cumanya kita ajarlah mana yang patut supaya mudah untuk mereka kelak

dear anies berkata...

boleh x sy katakan, ibu2 perlu dalami terlebih dahulu karektor dan kecenderungan anak2 sebelum ambil keputusan utk buat itu ini (mengikut kehendaknya)? sbb bila anak2 gagal capai apa yg dikehendakinya, kelak si ibu yg stress dan berasakan dirinya gagal mendidik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...