SEMOGA ALLAH HANCURKAN SEMUA MUSUH-MUSUH ISLAM YANG MEMERANGI UMAT DAN NEGARA2 ISLAM, BERIKAN KEMENANGAN UNTUK PALESTIN. AMEEENNN..
Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada diri sendiri..
Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia..
Ameennnn ..
Terima kasih Che, Bak… menerima kehadiran Lady dalam hidup kalian seadanya..
Terima kasih kepada adik beradik lady, suami lady.. anak2 lady.. ipar duai lady.. sahabat2 n saudara2 Ldy yang sanggup menerima Lady dalam hidup kalian..
Semoga Allah kurniakan Syurga tertinggi untuk kalian semua..
Terima kasih juga untuk kawan2 blogger yang sentiasa menjadi sahabat alam maya Lady, sesungguhnya kalian juga dalam doa Lady.
Ameennnn
p/s : First time war war kan hari kelahiran dalam seumur hidup lady, dari kecil sehingga sekarang ldy memang tidak selesa untuk maklumkan perihal kelahiran sebab jauh.. sangat2 jauh di sudut hati ada satu ketakutan tentang kematian sehingga hari lahir itu bagi lady adalah peringatan dari Allah tentang kematian. Tetapi sekarang, kematian semakin terasa mendekat dengan diri.. sangat sangat dekat.. orang2 sekeliling sudah diambil satu persatu.. dan sangat terasa Allah akan ambil diri ini juga..
Semoga ketika Dia mengambil nyawaku itu.. Dia sudah mengampuni semua dosa dosaku.. menyediakan ku taman syurga untuk aku berehat dari perit getir hidupku, dibukakan semua hati orang2 yang telah aku sakiti samada aku sedar atau aku tak sedar untuk memberi kemaafan untukku.
Ameeennn..
Jika aku tidak lagi menulis di sini, kalian tekanlah gambar2 yang aku letakkan di sini.. ia akan tertaut ke fb personalku.. melalui situ kalian pasti tahu aku sudah tiada atau masih ada..
Selamat Hari Lahir LadyBird..
Lahirnya seorang, kehidupannya ditinggalkan seorang demi seorang, matinya juga nanti seorang, dikuburkan juga seorang.. menjawab soalan mungkar dan nakir juga seorang.
16 ulasan:
Alahmdulillah...saya juga pernah ke pasar Siti Khatijah suatu ketika dahulu
Ya betul dah terasa kematian dekat dengan orang-orang yang hampir meninggal dunia.
Sayapun lahir bulan Januari.
Selamat harijadi terlewat!
Happy Birthday utk Puan Punya Blog.. Semoga sentiasa ceria positif dan cergas pada tahun 2025 ini amin..
Happy belated birthday. Moga yang baik-baik sahaja dan terus menulis yer.
Happy Belated Birthday, moga sihat ceria dan murah rezeki selalu.
Happy belated birthday. Semoga tercapai apa dihajati.
wishing you a year filled with happiness, success, and all the things that bring you joy!
happy belated birthday!
happy belated bday lady! moga yg baik-baik aja hendaknya.. Ana pon mcm tu juga -- selalu rasa risau andai terjadi apa-apa bila tiba tarikh lahir,..
Happy belated birthday Lady. Selagi belum sampai janji kita utk dijemputnya jangan berhenti dari berjuang. In shaa Allah! Salam sayang peluk cium dari Ibu Aqil.
Selamat ulang tahun sis...semoga selalu dalam perlindungan Allah SWT.
Selamat harijadi semoga terus sihat dan ceria selalu
sanah helwah, epi besday Lady! moga sentiasa di bwh lindungan Ilahi.aamiin
Sannah Helwah Dear..Semoga yg terbaik utk tahun ini..amin
Barakallah Fii Umrik buat LB...semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa success dalam apa sahaja bidang yang diceburi...happy selalu tau..
happy belated birthday....smoga apa yg dihajati dimakbulkan
Catat Ulasan