Khamis, 23 Januari 2025

Perjalanan Ke Hatyai (Cuti-Cuti Malaysia)

 Assalamualaikum… Semoga Palestin terus merdeka.. semoga Allah hancurkan golongan Isroel laknatullah.. ameeeennn..

Jam 2.30 ptg semalam (Khamis, 23/01/25) kami bergerak ke Thailand.

Lebih kurang jam 6.30 petang sampai ke Buketa, bawa kereta dari Kuala Terengganu dalam keadaan santai-santai.. menikmati suasana lalulintas 😄

Kami menginap di AMPM Hotel di Sungai Kolok (Golok). Sangat selesa untuk kami berempat.  First time kami menginap di sini.

Katilnya sangat besar, muat untuk kami berempat.. luas dan selesa.. bukan saiz king dan juga bukan saiz queen.. special saiz .. 


Toiletnya besar,  mungkin dibuat untuk keselesaan OKU sebab pintu toiletnya sliding door.. 


Sebelum masuk hotel, kami makan dulu Auaddee Miang Pla pao.. 


Antara menu kesukaan kami di sini, Malaysia pun ada tapi perasaan nak makan tu lebih teruja di tempatnya sendiri


Kami order dua set MiangPla.. tomyam, dua nasi goreng dan mcm2 lagi yg sudah hilang dari radar ingatan (malas nak fikir)

Set Pencicah.. lady hanya makan yang hijau sahaja.. 


Tomyam yang pekat dan likat, kaya dengan binatang dan tumbuhan.. Aroma yang sangat memikat jiwa.. 


Nasi goreng ni sedap, tapi rasanya ade tambahan perencah yang tidak pernah rasa di Malaysia.. First time order nasi goreng di Thailand yang dapat rasa macam ni.. susah nak describe rasa macam mana. Tapi sedap, cuma Lady yang punyai lidah Melayu Lama tidak mampu untuk habiskan.

Selepas makan seperti dinausour makan, kami balik ke hotel untuk beradu. Kami ke sini dengan 5 buah kereta. Hari ni kami teruskan perjalanan ke Hatyai, otw balik baru singgah ke rumah makcik insyaAllah.

14 ulasan:

Afzan berkata...

LB masuk melalui rantau panjang ye?kami ada angan-angan nak masuk ke sana dengan kereta sendiri,tengah mencari2 info

Suria Amanda berkata...

Seronoknya...selamat bercuti LB...enjoy ye...

nayfatimahrasyid berkata...

selamat bercuti LB ;)

Mulan berkata...

Seronok nya drive ke sana. Kami ada juga plan tapi belum tercapai. Miang Pla sedapnya.

Puan Hazel berkata...

Selamat bercuti Lady.
Take care & stay safe

Bola Katok berkata...

Diorang pakar tomyam. Mesti lagi sedap sebab dapat makan kat tempat asalnya.

anamizu berkata...

wahhhhh bestnyaaa cuti-cuti malaysia! "selepas mkn sprti dinasour" ehehehehe

Ana Jingga berkata...

memang bezakan rasa masakan di sana dengan malaysia walaupun menu yang sama hehe

Mama Zharfan berkata...

bestnya dpt holiday bersama2 yg tersayang. have fun Lady!

Time Traveller berkata...

Cantik hotel tu... Bersih dan very need.. Thailand kalau makan mmg best huhu..

Abd Razak berkata...

Selamat bercuti dan happy holidays

dear anies berkata...

tom yam tuuuuu mmg menggoda seleraaaaaaa

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Saya nih belum pernah ke Hatyai, padahal tak jauh dr Penang. Sementara Penang setiap tahun saya balik 🤣.

Penasaran sangat. Banyak teman cakap Hatyai kulinernya sedap, apalagi banyak muslim. Tak susah cari makanan halal. Liat menu yg Kaka coba, LGS tertarik juga nak merasa 😍😍

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Kalau pergi sana tomyam memang menu wajib laaaa kena order ..satu lagi CCL suka telur dadar crispy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...