Di suatu petang, kelihatan kakak sedang mengira-ngira duit dalam tabungannya..
Di depannya ada kalkulator yang seringkali ditekan-tekan.
Bila ditanya katanya untuk beli kasut sekolah, kasut sukan, baju seragam pengawas, tudung, vest, stokin, beg..
Dihitung2 dikira2 berulangkali dan kadang2 kelihatan wajahnya rungsing.. mungkin duit tabungannya tidak mencukupi keperluan sekolahnya.. tuisyen math dan sains lagi .
Pening dan rungsing agaknya beliau fikirkan duit perbelanjaan sekolah untuk beliau dan adiknya Ibraheem.
Beliau seorang anak yang memahami.. tetapi banyak peel dan emosinya.. banyak juga kehendaknya.
Kadang2 tidak jelas apa yang di kepalanya.. sukar untuk dijebak.. kadang2 baik kadang2 dengan pelbagai kerenah. Sulit.
Pernah juga nampak dibelek beleknya beg duit abi.. kemudian beliau masuk biliknya dan kemudian belek2 lagi beg duit abi.. tak tahu ape yang ralit dibelek.. Ibu hanya memerhati sambil buat kerja ibu yang tidak pernah habis.
Tiba2 keesokan harinya abi tanya, dari mana duit seringgit2 yang tebal dalam beg duitnya dan beberapa keping duit merah dan sekeping duit rm50.
Baru tahu rupa rupanya kakak ambil semua duit tabungannya dan memasukkan duit itu ke dalam beg duit abi dengan wajah sugul dan sedih.
Sebak pula jiwa ini teringatkan tindak tanduk kakak sebelumnya.
Mungkin dia kasihan abinya tiada duit, kadang-kadang kedengaran dia memarahi adiknya sebab adiknya meminta beli aiskrim yang agak "mahal"..
Kakak banyak emosi, rupa-rupanya dalam kepalanya banyak benda yang beliau duk fikirkan dalam seawal usianya..
Emosinya sangat banyak.. sukar untuk dijangka .
Maafkan ibu nak, ibu tak tahu emosi apa yang kakak tangani sekarang.
Terima kasih kakak sebab jadi anak ibu yang baik dan memahami.
Tetapi duhai anak, sememangnya duit dalam dompet tidak banyak sebab kebanyakan kita guna kad wahai anak.
Tetapi biarlah duhai anak, sekurang2nye dikau sudah mampu untuk berfikir dan memahami tanggungan perbelanjaan sesebuah keluarga.
Semoga kakak membesar dengan baik dan dipanjangkan usia.. dapat jaga keluarga kita nanti yer kakak..
Ibu sentiasa doakan untuk kakak dan adik.
Terima kasih kakak.
4 ulasan:
Alhamdulillah.. Memahami sungguh kakak... Semoga kakak terus menjadi anak solehah, dapat membantu keluarga.. Aamin2
Anak sulong byk memendam rasa kan... Yang paling banyak memerhati dan memahami keadaan keluarganya
Terharuuu saya bacanyaaa 🥹. Baik hati sangat si kakak yaa, di usia segitu dia sudah memahami utk belajar berbagi dan empati. Semoga nanti si kakak tumbuh semakin lembut hatinya dan dimudahkan rezeki 🤗
bagusnya kakak. sgt2 bertanggung jawab dan matang
Catat Ulasan