Indah sungguh bunga kenanga,
Mekar mewangi di tepi laman;
Kasih ibu tak pernah kurangnya,
Menjadi teduh sepanjang zaman.
Petang redup di sungai tenang,
Ikan menari riang tak henti;
Restu ibu bagai cahaya terang,
Pembimbing hidup, penyejuk hati.
Pagi cerah menyambut mentari,
Kicau burung menghibur rasa;
Ibu menjaga sepenuh hati,
Doa dipanjat tak pernah putus asa.
Laut berombak halus merayu,
Kapal berlabuh di pinggir pantai;
Kasih ibu tidak pernah layu,
Mekar di jiwa anak hingga akhir nanti.
Selamat pagi semua ibu ibu dan ayah ayah.
9 ulasan:
Puisi yang sangat indah. Jadi rindu dengan ayah dan ibu saya. Sejak saya sudah berkahwin, saya jarang bertemu mereka. Selepas membaca ini, saya jadi rindu lagi dan ingin singgah ke rumah orang tua.
Selamat pagi LB...seronok plak hari ni baca pantun
Bagus pantunnya. selamat pagi dan selamat tahun baru
love these ryhming pantun :) have a nice day Lady
Sedap bait2 pantunnya
Pagi hari hujan lebat
Anak ayam berlari -lari
Selamat pagi Ibu hebat
Semoga ceria sepanjang hari 😁
jalan berdua bersama zainab
singgah sebentar di pasar karat
doa ibu tiada hijab
sejahtera di dunia serta akhirat
terbang tinggi burung merpati,
singgah berteduh di hujung titi,
sayang ibu tiada pengganti,
kasih ibu bawa ke mati.
Sukanya baca pantun, sempit idea nak join.
Catat Ulasan