Sabtu, 11 Januari 2025

Antara Penyebab Buasir - 11 Rejab

Semoga Allah Hancurkan Golongan Yang Hancurkan PALESTIN. Ameeennnn..

Alhamdulillah, hari ini Lady nak berkongsi tentang Buasir.. Memandangkan kami menjual Produk Buasir, Herba Bonda Mujarab, penawar buasir.. Ldy dapati kebanyakan di kalangan kita hadapi masalah ini, terutama sekali bagi yang meminati masakan pedas dan golongan wanita yang mengandung dan bersalin.

Tekan gambar untuk terus ke website kami bagi maklumat detail.

Masalah buasir ni biasanya berlaku apabila terdapat tekanan yang berlebihan pada saluran darah di kawasan dubur dan rektum, menyebabkan pembengkakan atau keradangan. Berikut adalah beberapa penyebab utama buasir:

1. Sembelit atau Tabiat Buang Air Besar yang Tidak Teratur

Meneran dengan kuat semasa membuang air besar boleh memberikan tekanan pada saluran darah di kawasan dubur.

2. Cirit-Birit Kronik

Najis cair yang berulang kali boleh mengganggu dan menyebabkan iritasi pada kawasan dubur.

3. Kehamilan

Wanita hamil lebih cenderung mengalami buasir kerana tekanan rahim yang membesar ke atas saluran darah serta perubahan hormon.

4. Kurang Pengambilan Serat

Diet yang rendah serat boleh menyebabkan najis keras, menyukarkan proses membuang air besar.

5. Obesiti

Berat badan berlebihan memberikan tekanan tambahan pada kawasan pelvis dan dubur.

6. Duduk atau Berdiri Terlalu Lama

Duduk atau berdiri untuk tempoh yang lama, terutamanya di tandas, boleh meningkatkan tekanan pada saluran darah.

7. Kurang Aktiviti Fizikal

Gaya hidup yang tidak aktif boleh melambatkan pergerakan usus, seterusnya menyebabkan sembelit.

8. Umur yang Meningkat

Seiring dengan usia, tisu penyokong dalam saluran dubur menjadi lebih lemah dan mudah bengkak.

9. Angkat Beban Berat

Melakukan aktiviti yang melibatkan angkatan berat secara kerap boleh memberi tekanan tambahan pada saluran darah.

👀👀👀👀

Untuk mengelakkan buasir, penting untuk menjaga gaya hidup sihat, mengambil makanan tinggi serat, minum air yang mencukupi, dan elakkan meneran semasa membuang air besar.

Bagi yang dah belum ada masalah ini, jagalah makan, aktiviti seharian.. mungkin sekarang kita tiada masalah lagi tetapi bila dah berusia ia datang dengan sendirinya. Nauzubillah.

Jom kita amalkan gaya hidup sihat yer sahabat blogger. Buasir ni penyakit yang tiada penawarnya sebab ia akan semakin teruk berkadaran dengan peningkatan usia kita jika tidak dijaga dari awal.

2 ulasan:

Time Traveller berkata...

Umur yg meningkat.... Aduh risau sudah huhuu

Puan Hazel berkata...

Jom, sama² kita jaga kesihatan ❤️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...