Assalamualaikum semua.. semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa..
π Doa teristimewa sekali untuk Saudara Palestina.. Didoakan agar Allah lindungi kalian dan kurniakan ketabahan serta kurniaan Syurga untuk kalian. Sesungguhnya kita semua sedang diuji, kami di sini dengan ujian yang berkemungkinan penyebab semakin jauhnya dari redho Allah dalam kehidupan kami dan ujian kalian boleh mendekatkan kalian dengan Redho Allah. Rasa sedih, teramat-amat sedih.. dari kesedihan itu lahirnya doa ini dari hati yang maha dalam untuk saudara di sana.
πππ
|
Sewaktu baru sampai di Shah Alam sebelum gi ke rumah Adik Kucing Bisu |
πIni Ibunda Ldy, Fatimah Abdul Rahman.. Nama kakak diambil sempena nama bonda dan mil. Kami anak-anaknya memanggil beliau dengan panggilan Che.
π Che.. Ldy simpan nukilan ini di sini untuk tatapan anak-anak Ldy suatu hari nanti. Dan mungkin suatu hari nanti ingatan Ldy pada Che sudah tiada.. Ldy akan baca nukilan Ldy di sini satu persatu.
π Che ni dilahirkan, dibesarkan, dan peneruskan kehidupan ke alam perkahwinan dengan segala macam cabaran dan ujian.
π Segala ujian-ujian tersebut menjadikan Che kurang pandai untuk mengekspresikan perasaan sendiri.
π Che anak orang susah, cerita kesusahan che hanya berkisar tentang ayah Che yakni tokki Ldy. Che hanya bercerita tentang Tokki, selebih cerita Ldy dengar dari mulut mak sedare Ldy iaitu adik bongsu che.
π Che tidak pernah bercerita tentang Tok (Midah) dan adik-adik Che. Che hanya bercerita tentang Tokki. Mungkin perasaan Che lebih kepada Tokki sehingga kenangan Che dengan Tok dan adik beradik Che hilang. Sebab apa yang berlaku pada Tokki adalah sangat kejam bagi kami dan Che selaku anak solong menyerap semua kesedihan tersebut.
π Che dibesarkan dalam keluarga yang susah dibandingkan dengan Bak. Tokki bekerja sebagai tukang rumah, tukang urut dan peneroka tanah hutan.
π Macam-macam pekerjaan Tokki lakukan untuk membesarkan Che sekeluarga. Tok pula membantu Tokki, menjual barangan di Pasar Manir, Terengganu untuk mencari pendapatan sampingan.
π Tugas membesarkan anak-anak diuruskan oleh Che selaku anak sulung. Memasak, Mengemas, Membersih, Menjaga adik-adik dan Mengurus rumahtangga.
π Che bagitahu che tak pandai masak, hanya boleh masak perkara yang simple-simple sahaja.
π Barangan untuk memasak tidak banyak ada di rumah tokki, makan sekadarnya sahaja.. nasi dengan garam, nasi dengan telur, nasi dengan belacan. ubi kayu.. sayur sayur dalam hutan.. ikan yang dikail sendiri..
π Bawang, halia, dan keperluan masakan lain hanya sedikit.. Che hanya guna sikit sahaja untuk memasak sebab perlu berjimat. Adik beradik ramai.
|
Gambar waktu di hotel berhadapan ICT (menginap 3 hari 2 malam) |
π Selepas Che kawin dengan Bak.. keluarga kami pun bukan orang senang.. sekadarnya sahaja.. lebih kurang kehidupan che dengan tokki dan tok.
π Maka kehidupan Che begitu diteruskan ke alam perkahwinan.. Che tidak pernah bergaul dengan sesiapa pada zaman kanak-kanak dan remaja. Maka cara che berkomunikasi agak terbatas. Che banyak diam dan banyak pendam. Segalanya diserap dan disimpan ke dalam hati.
π Perkahwinan bagi Che adalah suatu kejutan budaya. Sebagaimana dugaan untuk Che menerima Bak, begitulah dugaan bak untuk menerima Che.
π Kehidupan kami sekeluarga banyak liku.. dengan kesusahan hidup, dan dengan kehadiran anak OKU (Ldy la tu). Menyebabkan kehidupan Che dan Bak dalam keadaan "ujian" yang tidak berkesudahan sehinggalah ke akhir hayat Bak dan Che.
π Dugaan demi dugaan Che lalui dengan tabah.. menjadikan Che kuat.. tegas.. dan sedikit tiada "perasaan".
π Tiada perasaan itu hadir supaya Che mampu lalui semuanya tanpa kesedihan, yang ada keredhoan dan ketabahan.
π Sehingga suatu tahap, Che hilang senyuman. Sehingga sekarang.
π Gambar pertama yang Ldy snap tu.. setelah beberapa kali Ldy snap dan ajar Che tersenyum. Yang ni paling menjadi.
π Gambar tu Ldy ambil selepas habis Iddah Che.. Ldy bawa Che jalan-jalan untuk tenangkan hati. Tetapi Che kelihatan jalan tanpa emosi. Che sentiasa ingatkan rumah, tetap nak balik.. Mungkin teringatkan arwah Bak di "rumah" walaupun Bak sudah tiada.
π Tiada banyak cerita tentang Che.. Sebab inagatan Ldy sendiri semakin diambil Tuhan.
π Ldy mungkin seperti Che.. Tekanan menjadikan ingatan kita semakin kurang.. kurang.. dan seterusnya hilang..
π Atas faktor itu juga Ldy kuatkan hati untuk menulis dan menulis semua yang terlintas dan masih diingatan.
|
Gambar waktu gi Kameron Highland |
π Che, Ldy harap sekarang hidup che lebih tenang, lebih damai.. lebih tenteram.
π Che sekarang ada hobi tersendiri.. Hobi tanam pokok, Hobi bela ayam, Hobi cabut rumput. Dan sekarang Che dah pandai masak..
π Selepas kami adik beradik semakin membesar.. semua peralatan sudah lengkap di rumah.. Che belajar masak dengan Tok (Ibu Bak), belajar dari Nyang (Tok Bak) dan belajar dari Nyang Kicik (Mak sedare Bak). Dan sekarang Che belajar dari Tok Mbang.. satu-satunya mak sedare bak yang masih ada. Alhamdulillah.
π Terima kasih Che, masakkan kami makanan yang sedap-sedap...
π Che, Ldy doakan agar Che sentiasa sihat.. Ceria.. dan Boleh tersenyum.. Kami tidak mampu mengembalikan zaman Che kanak-kanak, remaja dan dewasa.. tapi kami masih boleh bahagiakan Che waktu Che sudah tua (walapun sebenarnya kami tak berapa yakin mampu bahagiakan Che)
π Semoga hati Che berbunga-bunga seperti bunga yang Che tanam, Ceria seperti kucing , ayam yang cik bela..
π Che, Ldy yakin... rumah Che dan Bak sudah tersedia di sana.. Rumah yang dipenuhi dengan kebahagiaan.. InsyaAllah.. Ameeennnn..
|
Gambar waktu rewang kenduri Sidah anak Che Yah |
[14/02/2024]