πAssalamualaikum semua..
πSemoga kemenangan buat Palestin.. Kemenangan tertangguh.. Hanya Allah sebaik-baik penolongNya.. Semoga Allah kabulkan doa-doa kita semua.. Terlalu sakit dan perit sehingga semakin menusuk masuk ke dalam hati segala kata2.. speechless..
Ehsan Google |
π Cuti sekolah ni, banyak sungguh majlis kenduri kahwin diadakan..
π Alhamdulillah rezeki untuk para tetamu.. hadirin, sama-sama memeriahkan majlis dan mendoakan mempelai..
π Memudahkan kami untuk tidak memasak pada hari kenduri.. Walaupun seminggu hanya 2/3 hari sahaja masak (Ldy la tu)
π Waktu ni lah boleh gantung periuk belanga sudu garfu ni.. boleh dapat makan secara percuma.. Alhamdulillah..
π Lady biasanya kalau pergi kenduri.. Ldy ambil makanan sedikit sahaja.. sebab bimbang tidak habis.. perut semakin mengecil..
π Kalau tak habis, dengan pinggan-pinggan Ldy bawa balik masuk kereta supaya Ldy dapat habiskan secara perlahan-lahan.
π Sayang sangat rasanya apabila membazir.. Kasihan pengantin dan keluarga sanggup bergolok gadai/ meminjam semata-mata untuk menjamu sahabat tetangga..
π Sebab Ldy pernah buat majlis.. majlis naik rumah, majlis hari raya, majlis sambut birthday..
π Makanan banyak sangat tidak dihabiskan oleh tetamu.. sambil bersih makanan, pinggang mangkuk periuk cawan, sambil sedih tengok makanan yang dibuang begitu sahaja.
π Ada ayam yang hanya digigit sedikit sudah dibuang di dalam plastik hitam.. Allahu.. sedih..
π Bukan kita kedekut, tetapi perasaan sayang pada makanan tu sangat-sangat terasa.
π Bukan mudah untuk kita mencari duit, menyediakan makanan.. untuk sama-sama menikmati.. sama-sama berkongsi.. sama-sama bergembira..
π Bukan berkira.. cuma ada perasaan sedikit terkilan..
π Air buah-buah tu kan... airnya diminum, segala mak nenek buah-buah yang diletakkan dibuang semuanya.. sedih sebab dibuat dengan penuh kasih sayang supaya tetamu dapat makan dan minum sedap.. tapi dibuang tanpa rasa bersalah..
π Begitulah perasaan kami yang pernah merasa sedikit 'miskin' dahulu. Dan apabila bayangkan pembaziran tu, teringat saudara2 di Palestin sana. Allahuakbar.. perasaan ini begitu halus meresap ke seluruh jiwa..
π Sanggup gagahkan diri menyelongkar plastik hitam yang dibuang sisa-sisa makanan... dikumpulkan.. dan diberi kepada sahabat jiran yang membela ayam.. Alhamdulillah mereka sanggup menerima..
π Kurang sedikit rasa bersalah tu di hati..
π Kita halalkan semua pembaziran daripada tetamu itu bagi bahagian kita.. cuma mungkin bahagian pembaziran yang dilakukan oleh setiap individu itu Allah akan menuntut tanggungjawa di situ..
π Ingatan pada diri sendiri untuk tidak membazir.. Jangan dikecam yer.. Cuma nukilkan sedikit rasa kesedihannya di sini untuk panduan adik dan kakak supaya tidak sesekali ambil mudah pada makanan.
Agreed sgt2πππ
BalasPadamMasa kenduri memang kebanyakan tuan rumah akan sediakan pelbagai pilihan. Kita pun jadi rambang mata nak memilih tapi biasakan diri ambil ikut keperluan, kalau ikut nafsu makan, memang berlakulah pembaziran.
BalasPadamYa Allah.. Betul Lady.. Linda selalu igtkn anak ambil sedikit je, kalau nk lagi.. Tambah.. Jgn amik benda yg tak makan...
BalasPadamBetul tu...
BalasPadamTerima kasih atas nasihatnya. Setuju, jangan tamak nak ambil banyak kemudian tak habis. Itukan amalan syaitan.
BalasPadamSaya pun selalu rasa sedih bila terpandang pinggan² yang ditinggalkan tetamu lain masih ada makanan. Kenapalah tak fikir sebelum ambil.
BalasPadamSaya amalkan ambil apa² sikit je dulu. Kalau kena cita rasa boleh bangun tambah lagi. Rasa berdosa kalau buang makanan gitu je.
Sayapun kalau makan di kenduri tak pernah banyak, secukupnya saja, sayang kalau lauk terbuang.
BalasPadamBetul tu, kesian tuan rumah
BalasPadamSetuju Mbak. Kalau hadiri kenduri, ambil makanan seperlunya saja.
BalasPadamJangan sampai tersisa makanan di piring kita, tidak enak sama tuan rumah yang telah repot-repot menyediakan buat tamu-tamu.
Salam,
Sedih tengok tetamu ambik nasi, lauk, kuih pastu tak habis makan. Bila ambik tu penuhhhhh sepinggan. Sedih.
BalasPadambila tengok tetamu makan ala-ala orang kaya ni timbul rasa geram,sedih,kecewa sangat
BalasPadamsetuju. sebab tu masa kenduri saya hari tu mak mintak orang tolong sendukkan lauk untuk tetamu. bukan kedekut tapi takut membazir
BalasPadamkata kunci.... berpada-pada... kan?
BalasPadamSelalu la amik macam tiada esok bagimu lagi..tapi tak habis...sygnya tengok nasi tu..memang la makanan tu free tapi bukanlah untuk dibazirkan..bukan kenduri kahwin je..buffet ramadhan especially nya...
BalasPadamSetuju dengan pendapat ambil makanan secukupnya sahaja.
BalasPadamBukan setakat di kenduri kahwin di mana-mana pun ajelah contoh macam pergi annual dinner atau berbuka puasa di hotel.
Pernah pergi dengan member office ambil makanan macam tiada hari esok last-last tak habis boleh pulak dia selamba ambil yang lain tegur jugalah dengan berhemah tapi tulah macam mencurah air di daun keladi je rasa.
Setuju. Bukan saja di kenduri, kat umah pun, jgn beli2 tp tak dimakan.
BalasPadamBetul, ambil sedikit sahaja. Selalu tidak ambil kuih/ bubur sebab selalu kenyang makan nasi. Ini rasanya mereka malas bangun ambil banyak kali makanan.
BalasPadamsetujuuuuu sgt!
BalasPadamsy walau sedap mcm mn pun sy takakn cedok selagi boleh
sy try rs semua dlm kauntiti sedikit
dan pd ms sama igt kan diri
org belakang ramai tak mkn lg
sedih tgk pembaziran makanan di majlis kahwin/kenduri kendara
Ya setuju. Kadang bila tetamu datang lewat...makanan dah habis kalau kat meja buffet tu tak ada org jaga. Mau lauk ayam ambil 2-3 ketul.
BalasPadamIni benaaaar sangaaat kak ππ. Saya juga termasuk yg benciii segala hal mubazir. Trutama makanan. Banyak orang susah, tak bisa makan, warga Palestine yg kelaparan πππ. Kok bisaaa tega bgt buang2 makanan yg ada.
BalasPadamSaya selalu tekankan ke anak2, jgn pernah buang makanan, kecuali memang dianya dah basi, atau betul2 tak sanggub telan. Tapi itulah kenapa, kalo ada makanan yg blm pernah dicoba, ambil sedikit dulu, icip , baru kalo suka ambil lagi. Jangan lgs ambil banyak, tak suka, lalu buang. Saya suruh habiskan mereka. Belajar tanggung jawab dengan apa yg diambil.
betul tu.. setuju sngt.. ambillah berpada-pada.. yang mana kita rasa nak makan je
BalasPadamKalau ambil penuh pinggan dan makan habis takde masalah. Tapi kalau tak habis tu yang bermasalah. Orang kata tak ukur baju di badan sendiri.
BalasPadam