Selasa, 13 Februari 2024

Hikmah Solat Malam (Qiamullail)

Barangsiapa solat dua rakaat di malam hari, maka dia dianggap menghabiskan malamnya dengan bersujud dan berdiri kepada Allah taala.




























Antara Hikmah Solat Malam :


♥ Hamba yang tekun melakukan solat malam untuk Allah nescaya akan diberi kekuatan dan kemudahan berdiri di suatu ketika semua manusia menghadap Allah.

♥ Hamba yang rajin mengerjakan solat malam akan mendapatkan balasan dari Allah pada hari kiamat nanti dengan balasan yang membahagiakan dirinya.

♥ Hamba yang mudah bangun malam untuk menunaikan solat, Allah akan menjadikan wajahnya bercahaya, ceria, dan gembira.

♥ Qiyamullail dapat melahirkan individu yang mampu membimbing individu lain untuk melakukan pelbagai amal soleh.

♥ Dengan qiyamullail, seseorang dapat melembutkan hatinya, kemudian hatinya menjadi jernih, sehingga dapat meraih kekusyukan dan keihklasan beribadat kepada Allah.

Kajian klinikal membuktikan bahawa:

♥ Orang-orang tua yang mengamalkan solat malam, mereka jauh lebih sihat daripada mereka yang tidak mengamalkan solat malam.

♥  Dapat menghindarkan individu dari penyakit sesak dada akibat daripada penyempitan pembuluh darah, dan terhindar dari berjangkit ke hati dan otak.

♥ Dapat meningkatkan daya tahan tubuh daripada pelbagai penyakit yang menyerang jantung, otak dan organ tubuh lain. Tidur terlalu lama antara sebab salur darah tersumbat.

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit ms: 78]

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum Lady

    terima kasih atas peringatan ini

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah diberi kesempatan dan dipermudahkan...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, perkongsian yang sangat bagus. In Shaa Allah... Semoga kita istiqomah melakukannya.

    BalasPadam
  4. Insya Allah, terima kasih atas perkongsian nya.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas ingatannya. Kadang lupa tapi bila ada yg mengingatkan, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. Peringatan spt ini sgt menyejukkan hati.
    Thank you.

    BalasPadam
  7. qiamullail merupkan ibadah istimewa yang dianugerahkan kepada mereka yang beriman dan (mampu) menjauhi maksiat...

    BalasPadam
  8. Terima kasih utk perkongsian dan peringatan ini.

    BalasPadam
  9. oh ya
    pasal pokok daun tapai tu
    mcm mn ya sy nak describe?
    pokok tu byk tumbuh kat kawasan berdekatan sawah padi

    haaa penah tgk tak video2 street food kat india?
    peniaga sana alas / bungkus makanan guna daun
    tu laa daun tapai
    yg org kg sy panggil
    tp sy tgk daun kat india tu
    lebar sikit drpd kat sini
    tp ckp utk bungkus tapai

    nnt blk kg kalau ada kenduri sy try cari
    n sy jadikan entry

    BalasPadam
  10. Saya masih berusaha untuk rutin dan konsisten sholat malam. Kadang bisa, lebih sering tak bangun. Tapi semoga di bulan ramadhan ini bisa konsisten, karena ada sahur . Jadi bisalah sholat dulu baru sahur

    BalasPadam