Khamis, 22 Februari 2024

Wahai Anak, Jangan Sesekali Tinggalkan Solat

 Assalamualaikum wbt.. Semoga diberi kesihatan yang baik dan kesabaran atas semua ujian dariNya.

🌸 Nukilan untuk tatapan dan pedoman anak2 Ibu..

🌸 Anak-anak ibu, dengar ni ibu nak pesan..

🌸 Kalian semakin lama semakin membesar..

🌸 Dosa pahala kalian akan dikira setelah kalian akhir baligh..

🌸 Mungkin sudah tidak lama, mungkin tahun ini atau tahun depan..

🌸 Anak-anak ibu.. dengar ini pesanan ibu.. semat dan ikuti tanpa ingkari..

🌸 Jangan sesekali tinggalkan solat.. apa jua dugaan dan cabaran solat jangan ditinggal..

🌸 Sekiranya tertinggal dan ibu tekankan di sini, jangan sesekali bagi tertinggal.. tetapi sekiranya tertinggal.. 

🌸 Kalian perlu terus qada solat tersebut tanpa bertangguh-tangguh lagi..

🌸 Sekiranya waktu kalian teringat dan bukan di tempat dan waktu sesuai untuk qada, mohon untuk tulis..

🌸 Kalian perlu sediakan buku nota dan bawa ke mana-mana juga kalian pergi..

🌸 Catat apa sahaja yang perlu kalian lakukan.. dan perlu tunaikan..

🌸 Ingat itu pesanan ibu..

🌸 Sediakan buku nota.. 

🌸 Jangan abaikan sehingga kalian besar, dan jadikan amalan tinggalkan solat sehingga bertahun-tahun..

🌸 Jangan!!!

🌸 Jangan biarkan hati kalian mati, apabila kalian tinggalkan solat sekali.. ia akan jadi berkali-kali.. dan terus lagi berkali kali.. maka jangan biarkan walaupun sekali dalam hidup kalian..

🌸 Solat itu tiang Agama, jika solat ditinggalkan runtuh dan hancurlah AgamaMu..

23 ulasan:

  1. In shaa Allah .
    Pesanan yang baik elok sama- sama dipanjangkan

    BalasPadam
  2. Moga kita terus istiqomah dalam menjalankan tanggungjawap menjaga anak-anak yang makin hari makin mencabar.

    BalasPadam
  3. Nasehat seorang ibu kepada anak-anaknya, nasehat yang tulus ya Mbak.
    Solat adalah tiang agama, meninggalkannya berarti meruntuhkan...
    Semoga anak-anak Mbak menjalankan salat seperti Mbak nasehatkan.

    Salam,

    BalasPadam
  4. sy sentiasa pastikan anak2 sy menunaikan solat. cuma yg kecik ni je liat lagi nak solat. maklum la umo dia baru 8 thn.. tp kena tegas la agar berdisiplin nanti...

    BalasPadam
  5. baca entry ini terus teringat pesanan Luqmanul Hakim:

    wahai anakku! dirikanlah solat, ajaklah kpd makruf dan cegahlah kemunkaran dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. pastinya ini adalah azam untuk dicita-citakan. (surah luqman:18)

    BalasPadam
  6. terima kasih untuk peringatan ni !! mama zaty pun kalau zaty lambat perform solat, mesti dia akan marah..

    BalasPadam
  7. Ingatan untuk diri sendiri juga.

    BalasPadam
  8. Anak yang bersolat memudahkan kita juga di hari kemudian.. kena latih anak2 bersolat walau susah mcm mana sekali pun.. thanks for the good sharing :D

    BalasPadam
  9. inshaAllah.. pesanan untuk diri sendiri juga

    BalasPadam
  10. Memang hrs ditekankan sejak mereka 8 tahun. Saya dah mulai suruh dan ingatkan setiap hari. Tak apa terlihat marah, yg penting mereka hrs tahu pentingnya sholat

    Dulupun papa saya juga begitu, setiap saat diingatkan sampai bosan. Tapi kalo tak begitu, mungkin skr saya bakal anggab enteng dengan sholat.

    BalasPadam
  11. Solat tiang agama, sebagai emak terasa juga bila baca perkongsian macam ni. berat tanggungjawab kita

    BalasPadam
  12. saya pun selalu pesan yang sama pada anak2. sekarang saya dalam fasa qada solat yang saya pernah tertinggal sebelum ni. sebab dulu lagha, bila ada masa ni nak cuba qada semua solat sebelum meninggal walaupun cuma satu hari satu qada solat saja..

    BalasPadam
  13. Harapan kedua orang tua buat buah hatinya, jangan pernah lupa sholat, makasih buat tulisannya sis.

    BalasPadam
  14. peringatan untuk yang dah dewasa jugak

    BalasPadam
  15. Setuju, aktivitas apapun selalu utamakan solat terlebih dahulu.

    BalasPadam
  16. Peringatan buat anak2 kita semua juga buat kita ibubapa. Moga teguh kukuh Iman sehingga akhir hayat.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah...solat tiang agama... anak-anak perlu didedahkan untuk sentiasa solat..

    BalasPadam