Assalamualaikum semua..
Sebagaimana yang sedia maklum, Ldy berkerusi roda..
Maka bila berkerusi roda, lebih afdhol kurus kerana bila badan berat walaupun sedikit cuma, ia agak menyukarkan pergerakan Ldy menguruskan rumahtangga dan buat kerja-kerja seharian.
Turut menyulitkan diri sendiri untuk transfer dari lantai ke kerusi roda, dari katil ke kerusi roda, dari toilet ke kerusi roda, dari kereta ke kerusi roda.. sebarang pergerakan akan lebih sulit bila berat badan naik.
Cara untuk mengetahui berat badan naik apabila pergelangan tangan Ldy sakit sebab perlu mengangkat beban yang melebihi had kuasa tangan.
Macam-macam cara Ldy buat untuk kuruskan badan, tetapi semakin lama semakin sakit pergelangan tangannya..
Dari saiz S, lahir anak pertama jadi saiz M.. Lahir anak kedua terus ke L.. dan sukar sungguh untuk turun... Pakaian semakin lama semakin sendat sehinggal terasa sukar nak angakat tangan sebab baju dah jadi sendat.. sehingga Che tegur suruh beli baju lain sebab dah tak muat..
Maka, macam-macam lah buat untuk kuruskan badan.. Setiap hari Ldy buat exersize.. makan nasi sekali sehari.. puasa.. tetapi semua bukan menurunkan berat, tetapi pergelangan tangan tetap sakit, sengal.. menandakan berat tak pernah mahu turun. Badan pula sakit-sakit sengal tulang sebab buat macam-macam pergerakan fizikal yang termampu Ldy lakukan, yang sangat-sangat terbatas sebab itu tak turun-turun.
Buat kerja sikit penat, bergerak lebih sedikit sakit badan.. asyik tergolek sahaja sebab badan terasa lemau.. dalam hati 'duk fikir mau mati' agaknya.. maka macam-macamlah terlintas di fikiran menjadikan otak dan badan bertambah berat. Emosi semakin tenat.
Terjumpa di FB tentang diet IF.. sehari selepas jumpa (sehari sebelum bulan November 2023), terus amalkan Diet IF.
Terus berpuasa 20 hari sebab sebelum ini pun makan sehari sekali, lewat petang baru makan ... Maka follow la tips puasa IF. Ldy buat IF Keto.
Diet IF Keto ni boleh puasa selama 16 jam, 18 jam, 20 jam.. bergantung kepada keupayaan badan masing-masing. Dalam tempoh berpuasa boleh minum air masak.
Makanan yang boleh dimakan hanyalah protein yakni lauk sahaja. Selain dari itu tidak boleh dimakan.. termasuk gula.. garam boleh yer.. tetapi Ldy tidak tinggalkan sayur hijau, kalau tidak Ldy tidak boleh telan protein. Maka Ldy makan sayur bersama lauk.
Begitulah Ldy follow sehingga cukup dua bulan iaitu dari Nov sehingga Disember. Alhamdulillah muka dah mula runcing, pergelangan tangan sudah tidak sakit dan sengal lagi. Tetapi bahagian perut still maintain, cuma baju saiz L bila pakai tak nampak perut bonyot.
Ldy sebenarnya tak boleh timbang sebab Ldy tidak boleh berdiri.. maka tiada alat penimbang yang boleh ukur berat Ldy.
Selepas dua bulan, Ldy dah mula makan sikit-sikit karbo.. kadang-kadang sehari Ldy makan semulut nasi yang anak Ldy tidak habis.. tidak lebih dari semulut.. semulut itu hanya mulut baby usia satu tahun.
Dan sekarang masuk bulan ke-4 Ldy berdiet Keto.. Alhamdulillah perut dan kembali mengecil.. dan Ldy boleh timbang secara duduk atas penimbang.. Alhamdulillah berat Ldy dah 41.2kg. Syukur..
Sekarang nak naik kerusi roda dari lantai dah mudah, takde dah menggigil2 tangan nak panjat kerusi roda. Syukur yang amat..
Dan Ldy dah mula ambil sikit2 makanan .. nasi dalam 3 mulut. Dalam seminggu ada 1/2 kali ambil.. Gula/ susu Ldy masih belum rasa.. terasa bukan bahan perlu untuk hidup dah. Sudah sebati dalam diri.. Kalau Ldy nak manis, Ldy guna stevia.
Lady buat puasa IF Keto ni bersama suami. Masing-masing sumber kekuatan untuk teruskan.
Ldy nak kurus bukan sebab nak nampak lebih cantik, lebih muda.. Ldy nak kurus sebab kalau gemuk Ldy sakit, sukar nak bergerak, jadi malas, suka marah2..
Semoga Allah beri kekuatan untuk Ldy terus kuat dan bersemangat. Ldy nak sihat, nak sempurna mungkin sudah tidak ada peluang, tetapi untuk sihat insyaAllah masih ada.
Walaupun kehidupan Ldy atas kerusi roda, Ldy harap sangat Ldy masih diberi kemampuan untuk menjadi seorang isteri yang boleh uruskan suami dan rumahtangga, uruskan anak-anak, uruskan diri sendiri. Kalau boleh Ldy mahu jadi lebih baik dari orang biasa supaya anak-anak Ldy dan suami Ldy tidak rasa kurang, malah rasa lebih dan bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.
Semoga Allah tolong. Ameeennnn..
semoga dipermudahkan urusan dan semoga body goals tercapai hehe! fighting sis!! <3
BalasPadamWah kalau saya malahan kepingin nambah berat badan sis, berat badan sayapun tak jauh dari sis 😀,,tapi susah buat saya menaikkan berat badan...yang penting sehat yaa
BalasPadamOh... Sebelum ni uncle tak terfikir pun tentang kekangan cara untuk menimbang tu...
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan akak.. Terinspirasi terus nak kurangkan berat tapi banyak betul dugaan makanan ni. Adoiii...
BalasPadamthanks for sharing. MZ pun nak restart diet, cuma asyik bertangguh2 ni...sebab utama sbb kolesterol MZ yg asyik naik ni, dan of course nak lose weight utk nampak more presentable dan confident
BalasPadamWah hebat kak, metode dietnya menginspirasi hehe...Mbul kini agak naik timbangan dari 45 kg ke 48,7 kg huhu hampir 49 kg...tinggi badan mendekati 160 cm...tapi blom nyampe...cuma mendekati hehe...Apa Mbul termasuk gemuk ya
BalasPadamMembaca tulisan ini membuat saya terharu, Mbak.
BalasPadamBegitu besar semangat Mbak untuk tidak tergantung kepada orang lain walau Mbak duduk di kursi roda.
Ah Mbak 41 kg itu sudah kurus. Bertahan di level berat badan itu ya Mbak.
Semoga Mbak sehat selalu dan keluarga Mbak selalu dalam naungan bahagia.
Salam,
Moga mencapai berat badan ideal ya Lady....
BalasPadamBuat IF memang mudah turunkan berat badan.
BalasPadamInsya'Allah semoga dipermudahkan segala urusan akak..
BalasPadamMoga urusan dipermudahkanNYA dan moga kembali sihat dan dapat menjalankan rutin harian buat keluarga.
BalasPadamAllahu Akbar, kuatnya semangat yg dipinjamkan-Nya. Terasa diri yg sempurna ini begitu lemah dibanding dgn Ldy
BalasPadamSemoga Ldy terus sihat dan cergas ya.
BalasPadamKuatnya semangat Ldy, baru tahu berkerusi roda. Semoga dipermudahkan segala urusan.
BalasPadam41.2 tu macam kurus sangat je Ldy? Semoga Ldy diberi kesihatan yang baik
BalasPadamsaya tak salah baca kan?
BalasPadam41.2 tu kurus dah tu...
ke sblm ni lagi kurus?
husband lady join sama IF tu ok ada teman bersemangat...smoga di permudahkan segala urusan
BalasPadamSA nak kurus..tapi macam x dapat je..hahahaha
BalasPadamKuatnya adik yang bernama LadyBird ni. Tahniah atas usaha diet. Buat untuk diri sendiri, memang puas hati. Semoga Lady terus kuat, dan sihat.
BalasPadamAlhamdulillah, saya ikut senang baca progress kak lady 🤗❤️. Bukan hal mudah untuk menurunkan berat badan. Bagi beberapa orang itu suliiit, apalagi yg metabolismenya cendrung lambat. Memang lah hrs dibantu dengan workout, dan jaga makan.
BalasPadamJadi kurus sebenarnya bagus untuk sesiapa. Saya sendiri tak nak menjadi gemuk, karena banyak penyakit akan datang kan. So saya pun berusaha untuk maintain berat badan di angka ideal
Semangaaaaat kak lady ❤️❤️🤗. Saya doakan kakak selalu sehat sekeluarga
Semoga diberikan kesihatan yg baik... nak kurus mmg struggle... sy jauh lg dari berat badan ideal..
BalasPadamalamak saya bab diet keto ni tak gemar sangat, hahaha
BalasPadam