🌸Assalamualaikum semua..
🌸 Semoga kemenangan buat Palestin.. Kemenangan tertangguh.. Hanya Allah sebaik-baik penolongNya.. Semoga Allah kabulkan doa-doa kita semua.. Terlalu sakit dan perit sehingga semakin menusuk masuk ke dalam hati segala kata2.. speechless.. Allah ada.. Allah bersama-sama kita orang yang sabar.. InsyaAllah.. Mohon kekuatan hati untuk mereka dan untuk kita.. ameeennnn
🌸 Tajuk hari ni agak serius.. Dulu pernah dengar orang-orang tua bagitahu, petanda nak mati adalah badan jadi semakin panjang dan telinga semakin lembik, hidung jatuh.
🌸Badan semakin memanjang kemungkinan sebab sendi-sendi semakin meregang, otot-otot semakin mengendur menyebabkan telinga dan hidung meleret ke bawah atau ke tepi.
🌸 Sewaktu arwah Bak masih ada, tetapi sehari sebelum meninggal.. tidak terlintas untuk menelek semuanya.. sebab terasa Bak sakit biasa.
🌸 Tetapi pernah cakap ngan Bak, waktu tu beli katil baru sebab Bak sukar untuk berbaring di lantai (hobi bak baring kat depan TV sementara tunggu azan ataupun sejurus balik dari kerja)
🌸 Waktu Bak nak test katil baru tu, abang angkat Bak letak atas katil.. Ldy bagitahu Bak, katil ni pendek untuk Bak.. Kene beli katil lain.
🌸 Lady ingat katil dalam bilik Bak tidur lebih panjang dari yang Ldy beli. Rupanya sama saiz, tetapi Bak semakin memanjang rupanya.
🌸 Terasa Bak masih ada, semua ini baru sahaja berlaku. Hakikatnya, pada 15 Syawal nanti genaplah Bak dua tahun meninggalkan kami di sini.
🌸 Semoga Bak tenang di sana, berjumpa Tokki dan Tok. Bergaul mesra dan bertegur sapa di sana. InsyaAllah, ameeeennnn...
🌸 Nanti giliran kami pula menyusul..
🌸 Takut sebenarnya fikir tentang mati.. banyak sangat lagi urusan dunia tidak diselesaikan, jika dibawa ke mati akan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.
🌸 Allahuakbar, semoga Engkau matikan kami setelah Engkau memberi keampunan kepada Kami, menerima taubat-taubat kami. Ameeennn..
p/s : Adik, Kakak.. nanti kalau ibu / abi meninggal jangan lupa ziarahi kami yer.. sedekahkan al Fatihah dan Ayat2 suci al Quran.. Sentiasa doakan ibu dan abi yer anak-anak. Sentiasa ziarahi rumah baru kami.. Jadikan rumah baru kami seperti kebun2 bunga dengan doa-doa kalian.
Mati itu pasti...memang takut nak hadapi🥺
BalasPadamMudah-mudahan kita beroleh husnul khotimah 🤲
BalasPadamTakut, tapi itulah hakikatnya...setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati
Mati itu semua orang akan menghadapinya cuma tarikhnya adalah rahsia. Moga kita semua mati dengan pengakhiran yang baik.
BalasPadamSemoga arwah bak ditempatkan di kalangan orang beriman
BalasPadamsemoga arwah tenang di sana. mati itu pasti.. kita pun sedang menunggu giliran sahaja. semoga dijemputNya dengan keadaan yang beriman dan bersedia, aamiin..
BalasPadamSemoga Allah rahmati semua ahli keluarga dan saudara mara kita yang telah dulu pergi .Bagus dipagi barokah ini berkongsi ilmu begini
BalasPadamNgeri kalau memikirkan soal mati ini karena masih banyak persoalan duniawi, semoga arwah di tempatkan di tempat terbaik.
BalasPadamAllahummaghfirlahu warhamhu waafihi wafuanhu.
BalasPadamMoga kita semua mati dengan pengakhiran yang baik...
BalasPadamsy dgr psl ni ms sek men dulu
BalasPadamdulu bdk2 lelai sek sy
org luar selalu pggl utk
solatkan jenazah
so drpd diorg laa kami dgr
psl ni. sy rs dirg mungkin dgr drpd
bilal yg uruskan jenazah kot...
saya baru tahu berkenaan memanjang tu.
BalasPadamsemoga kita juga akan menghadap Allah dengan pengakhiran yang baiK!
Saya baru tahu tanda mati yg badan memanjang ini. Yg saya tahu sewaktu adek ipar, papa dan mama mertua meninggal, mereka selalunya merasa melihat sesuatu . Awalnya dipikir omongan meracau saja, seolah melihat sesuatu yg kita sendiri tak bisa lihat.
BalasPadamTapi Bbrp hari kemudian, mereka meninggal. Makanya saya pikir apa setiap orang yg akan meninggal, seolah didatangi sesuatu?
Seram juga ini informasinya, tapi lumayan menambah informasi baru bagi saya.
BalasPadamYe betul, jenazah arwah Mak Pah pun memanjang, memang SA sedar tu...SA pun oesan kat anak2 saudara dan Dania...kalau mama dh xde, jangan lupa ziarah kubur mama..sedekahkan Al-Fatihah..jangan buarkan kubur mama x berziarah dan sepi
BalasPadammati itu pasti.. tak ada satu orang pun dapat lari.. smoga kita smua dapat melakukan banyak ibadah. amin..
BalasPadamsetiap kita akan merasai detiknya semoga dipermudahkan semuanya
BalasPadam