Khamis, 30 Januari 2014

Khasiat Lemon


Lemon atau nama saintifiknya Citrus limon merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon manis sangat efektif dalam mengubati penyakit kembung dan muntah-muntah. Ia juga berkesan untuk menurunkan risiko penyakit-penyakit kelamin.

Ini disebabkan ia bertindak membunuh kuman dan bakteria, sekaligus mempertingkatkan daya tahan badan.

Elemen-elemen alkali yang terdapat dalam lemon manis boleh mengurangkan paras asid dalam perut. Elemen seratnya pula sangat berguna untuk menyembuhkan sembelit.

Jus lemon manis juga memberikan khasiat bagi tubuh di dalam merangsang nafsu makan dan mampu membaiki kerosakan yang dialami oleh sistem pencernaan dengan cepat.

Di antara zat yang terdapat pada buah lemon ialah potasium, kalsium, dan fosforus. Pengambilan segelas jus lemon setiap hari terutama pada waktu pagi dapat meningkatkan kesihatan badan.

Manfaat lain jus lemon untuk kesihatan ialah :-

♥ Menyembuhkan dan meredakan penyakit influenza, malaria dan masuk angin
♥ Bersifat antibakteria
♥ Meneutralkan kandungan gula dalam darah
♥ Baik untuk saraf dan jantung
♥ Menurunkan tekanan darah tinggi
♥ Memelihara kesihatan gigi dan tulang
♥ Menyembuhkan penyakit pada ginjal dan kerosakan pundi kencing

Tips Memilih Lemon

Lemon yang baik mempunyai kulit yang kuning, nipis, dan isi buahnya berwarna kuning muda. Pilihlah lemon yang keras dan berat. Jika ingin menyimpannya selama lebih dari empat hari, maka simpanlah buah lemon ini di dalam peti ais.

Selasa, 28 Januari 2014

Resepi Meehun Rebus Special LadyBird

Salam korang.. hehehe.. petang tadi lady masak Meehun rebus special.. Tak pernah buat pun sebelum ni, tapi alhamdulillah menjadik.. :D..

Nah ko, seperiuk hampir penuh.. hehehe, alang-alang buat biar tahan lama.. :P.. petang sampai pagi keesokan harinye baru habis :P.. hehehehe
Ta daa.. meehun rebus special sedia untuk dimakan.. :D.. sedap sampai menjilat sudu.. hehehehe.. yang paling sedap telur tu :D.. 

Resepi Meehun Rebus Special LadyBird:

1. Meehun - direndam air panas dan ditoskan
2. Bawang merah dan bawang putih - dimayang nipis2..
3. Ayam yang ipotong kecil-kecil
4. Air
5. Lada Hitam
6. Sayur
5. Fish ball (kalau buat sendiri fish ball lagi sedap, gentel2 ikan yang ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam sup)
7. Telur
8. Garam/ Gula
8. Perasa yang dibenarkan
9. Secubit belacan

Cara-Cara

1. Panaskan minyak, masukkan secubit belacan dan digoreng sehingga belacan garing.

2. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan ditumis sehingga naik bau.. kemudian masukkan gula. Kacau sehingga gula cair kemudian masukkan ayam dan tunggu seketika.

3. Masukkan air secukupnya, dan biarkan menggelegak. Apabila menggelegak, kecilkan api dan masukkan telur satu persatu sehingga telur masak. Bilangannya bergantung kepada berapa ramai yang nak dihidangkan.

4. Apabila yakin telur telah masak, masukkan semua perasa yang anda ingin masukkan, jangan banyak2 nanti terlebih rasa x sedap.

5. Masukkan sayur dan tutupkan api.. Sedia untuk dihidangkan. :D..

p/s: sejurus selepas masukkan sayur terus tutup api yer.. kalau x jadilah mcm tomato lady tu.. habis mati semua nutrien..

Ahad, 26 Januari 2014

Lobak Merah - Bagus Untuk Sistem Untuk Pencernaan


Menurut kajian dan pemerhatian, lobak merah mengandungi unsur karoten yang mampu mencegah kanser.

Dengan pengambilan 200 ml jus lobak merah setiap hari terutamanya pada waktu pagi sebelum sarapan akan membantu di dalam memelihara kesihatan usus besar.

Di antara zat yang terdapat pada lobak merah ialah potasium, kalsium dan fosforus.

Manfaat lain jus lobak merahterhadap kesihatan ialah :-

♥ Membantu kesihatan mata
♥ Mencegah kanser peparu
♥ Menurunkan kadar kolesterol darah
♥ Meningkatkan daya ketahanan badan
♥ Baik untuk penyakit arthritis (radang sendi) dan sakit urat
♥ Meneutralkan paras gula dalam darah

Tips Memilih Lobak Merah

♥ Pilihlah lobak merah yang keras, halus, segar dan berwarna oren cerah.

♥ Pastikan tidak memilih lobak merah yang sudah lembik, lembut dan berkerut. Semakin cerah warna lobak tersebut semakin banyak kandungan vitaminnya.

Rujukan : Buku Mengatasi Masalah Penghadaman Dengan Jus Buah-Buahan
Tulisan Dr. Ap. Bangun, MHA dan Nuni Dalina M. Jamaluddin

Isnin, 20 Januari 2014

Pisang - Bagus Untuk Sistem Pencernaan

Ihsan Google
Salam semua.. Jom kite perbanyakkan makan pisang.. Banyak khasiatnya..

Pisang mempunyai banyak khasiat dan enak pula rasanya. Ia mampu menjadikan permukaan sel perut lebih kuat dalam menahan cecair yang merbahaya atau toksin.

Buah ini dapat menstimulasikan perkembangan sel sel di dalam perut yang baru dan mengeluarkan lapisan pelindung berlendir yang mana akan dapat menyelubungi permukaan perut dengan cepat.

Oleh yang demikian, pisang dapat mencegah kerosakan yang berterusan yang disebabkan oleh asid hidroklorik dan pepsin atau asid perut.

Di antara zat yang terdapat pada pisang ialah potassium, magnessium, dan fosforus.

Jus pisang diambil sehari sekali pada waktu malam sebelum tidur. Untuk menyediakan segelas jus pisang, gunakan dua biji pisang yang bersaiz sederhana. Jenis pisang yang digunakan sebaik-baiknya adalah pisang embun.

Manfaat lain pisang untuk kesihatan ialah :-

♥ Menurunkan kolesterol darah
♥ Menurunkan tekanan darah
♥ Baik untuk darah dan jantung

Tips Memilih Pisang

♥ Pisang yang masih hijau atau muda boleh diperam untuk menjadikannya matang dengan menyimpannya dalam suhu bilik.

♥ Namun jika ingin segera memakannya, pilihlah pisang yang sudah masak. Jangan memilih pisang yang sudah terlalu ranum.

Sabtu, 18 Januari 2014

Bahaya Hubungan S*** Oral

Tahukah anda bahawa hubungan S*** Oral boleh menyebabkan kanser mulut?


S*** Oral merupakan salah satu cara memindahkan virus jenis Human papillomavirus (HPV) iaitu virus penyebab kanser serviks yang boleh menyebabkan kanser mulut.

Berdasarkan kajian, sepuluh tahun terakhir ini jumlah pengidap kanser mulut melebihi pesakit kanser testis dan kanser serviks.

Kebanyakannya pesakit berusia bawah 45 tahun, iaitu pada usia tahap s**sualitinya sedang memuncak.

Lapisan mulut manusia merupakan organ yang mempunyai lapisan jaringan halus dan kurang elastis.

Mukosa atau jaringan halus pada bibir mudah terluka mengakibatkan bakteria dan virus senang membiak.

Di samping itu, mulut dan bibir sering mengalami pecah-pecah yang mengundang bahaya seperti penyakit klamidia, herpes genitalis, gonore, hepatitis B, HIV dan HPV.

[Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit : 61]

p/s : Terdapat banyak penyebab yang boleh menyebabkan kanser mulut.. antaranya seperti dalam gambar yang lady attach kat bawah :


Menuju Ke Alam Abadi

Salam semua sahabat ladybird's life.. rase x bersemangat jer hari ni.. tetibe je raser sayu sangat2..

Lady baru tahu kawan sekampus lady meninggal pada hari Selasa baru-baru ni.. tu pun lady tahu melalui blog Cikgu Tehr.. Kawan lady tu pemilik blog Kisah Dari Hati. Mazila.. Bila lady kol eila, adik dia angkat dan bagitahu lady eila dah meninggal.. huhuhuhu lady xtanye bagaimana dan mengapa sebab environment macam x mengizinkan.. bunyi kekalutan masih ader.. lady pun menggigil tuk tanye banyak2.. sebab antara percaya dengan tidak..

Jodoh, Ajal, Maut itu rahsia Allah.. tiada siapa yang tahu.. kite ni, entahkan esok entahkan luser dipanggil pergi.. :(.. sedih dan takut bila membayangi saat-saat kematian datang menjemput.. :(


Jom sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Mazila.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan insan yang terpuji.. insyaAllah.. ameeeeennn..

Beliau sangat-sangat baik orangnye.. :( sukar tuk menemui insan sebaik itu..

Rabu, 15 Januari 2014

Tomato - Bagus Untuk Sistem Pencernaan


Kandungan zat besi yang terdapat di dalam buah tomato mudah dicernakan sehingga dapat diserap keseluruhan zatnya oleh sistem pencernaan kita. Manfaat jus tomato adalah terhadap pencernaan adalah di mana ia bertindak membersihkan perut dan usus, menyembuhkan sembelit, kembung perut dan buasir.

Tomato merupakan sumber vitamin C dan vitamin A. Di antara zat yang terdapat pada tomato ialah potasium, fosforus, dan magnesium. Jika ia dimakan mentah, tomato ini turut membekalkan sejumlah besar vitamin E.

Ia seeloknya disimpan dalam suhu bilik, agar buah tomato yang belum cukup masak itu, masak dalam keadaan semulajadi. Jika tidak menggunakannya dalam jangkamasa beberapa hari, simpanlah di dalam peti sejuk.

Tomato hanya mengandungi sedikit sahaja lemak dan merupakan buah yang serbaguna, baik dalkam penggunaan dalam masakan berlauk seperti kari atau juga sebagai pelengkap untuk salad, jus, dan sup. Amalkan meminum jus tomato setiap pagi sebanyak satu gelas.

Manfaat lain jus tomato terhadap kesihatan ialah :-

♥ Meneutralkan kandungan gula dalam darah
♥ Mengurangkan risiko kanser prostat
♥ Mencegah penyumbatan usus
♥ Membantu membuang lemak
♥ Meningkatkan daya tahan tubuh

Tips Memilih Tomato

♥Pilihlah tomato yang segar, mempunyai bentuk yang elok (bulat), berkilat, bebas dari calar atau busuk dan berwarna merahm uda (tidak kusam).

♥ Disarankan membeli tomato yang masak secara semulajadi dan bukannya diperam.

Selasa, 14 Januari 2014

Kenapa Berkerusi Roda?

Salam korang... hehehe.. Tajuk xleh blah.. hehehe.. xpernah buat tajuk macam ni.. :P.. Dulu2 kalau yg bace blog lady dulu2 mesti korang dah tahu kehidupan lady byk masalah.. sebab byk entry lady seolah2 seperti entry motivasi atau luahan perasaan.. tp x nukilkan kepada permasalahan sebenar.. hehehe..

Nukilan lady biasanya hanya berbentuk sipi-sipi.. hanya kiasan luaran.. sebab bagi lady kalau diingt2 memang sangat2 parah.. kalau ditulis, nanti baca balik dan balik.. pasti lambat sembuh.. sebab itu lady x tulis secara telus.. lagipun nanti seolah2 seperti menagih simpati org.. tu yg lady malu nak tulis.. dan waktu tu mungkin lady masih belum dapat menerima keadaan lady sebenar.. belum dapat menerima suratan sebagai kenyataan.. hehehe.. macam poyolah sangat..

Maka lady bersembunyilah di sebalik blog ladybird ni.. menyembunyikan diri dengan hati yg sepi.. sob3x.. menukilkan kenyataan hidup dengan dunia sendiri.. hehehehe..

Entry ni dihasilkan rentetan daripada entry yang lady citer lady ke KL tu.. hehehe.. disebabkan ade yg tanye lady sakit ape.. maka lady nak jawablah dalam entry ni.. x sedih pun sebenarnye.. sebab tu boleh tulis.. :P.. 

Lady sebenarnye jatuh sewaktu lady berusia dalam 6 tahun gitu.. lady jatuh dari atas tempat salaian mak lady.. kebetulan time tu ade tiang kat bawah tu dan bucu tiang tu terkena leher lady.. maka menyebabkan kecederaan pada C3 dan C4.. hakikatnya kecederaan di situ boleh menyebabkan kematian/ lumpuh seluruh badan.. hehehehe.. dan lady lumpuh seluruh badan, alhamdulillah tak mati.. kalau mati x wujudlah blog ni.. hihi~..

Disebabkan itu, lady terlantarlah di hospital.. berapa lama pun lady x pasti.. tetapi time tu nak bukak mata ngn tutup mata pun lady x mampu.. terlalu sukar tuk menggerakkan kelopak mata.. tetapi sesape yg bercakap ngn lady, berbicara ngn lady, mengutuk lady, mengata lady lady faham dan hanya sekarang (bila lady dewasa) baru lady ingat.. ingatan lady slow2 baru boleh ingt balik ape yg berlaku dan boleh cerita balik.. kalau dulu org tanye kenapa, lady x mampu jawab sebab x tahu.. x ingat.. hehe..

Alhamdulillah, setelah banyak usaha ibu ayah lakukan, banyak masa dan duit dihabiskan.. lady mampu bergerak perlahan-lahan.. dan sampailah lady berjaya menggunakan tongkat untuk bergerak.. dan sekarang selepas bersalin lady pakai kerusi roda sebab badan tak kuat lagi tuk meneruskan usaha untuk berjalan secara normal.. kalian doakan ek.. hehehe..

Sepanjang kehidupan lady lalui.. dulu lady sangat2 sedih nak lalui.. sebab setiap fasa kehidupan lady banyak dugaan dan rintangannya.. tapi sekarang bila dah dewasa.. bila difikir2kan balik ia bukanlah suatu rintangan.. tapi jalan yang berliku tuk dapatkan sesuatu yg lebih baik.. :D


Inilah rupa lady sekarang.. sekarang dah boleh pakai tongkat balik.. cuma kalau pakai tongkat susah nak pegang baby.. hehehe.. 

Sekarang masih dalam usaha tuk berjaya berjalan secara normal.. tanpa tongkat dan tanpa kerusi roda.. 

Mampukah ek? Mampu atau tidak, usaha masih dan sedang dijalankan.. lady berserah pada Allah.. 

Cuma sekarang lady berharap sangat suami lady tabah menjaga lady.. bila fikir2 sangat2 takut tuk rasa kehilangan ape yag dimiliki sekarang.. 

Full Stop. 

Hehehe, bimbang tuk meneruskan, nanti jadi sebuah entry sedih :P.. xda sedeh2.. hehehehe..

Ahad, 12 Januari 2014

Jalan-Jalan Ke Kuala Lumpur

Salam.. :D Apa khabar semua? 
Entry ni dah lama nak di-publishkan.. tapi segan nak publish.. hehehe.. :P..

Waktu cuti bulan Disember ritu, lady mengambil kesempatan berkunjung ke KL.. hehehe.. mcm x pernah g kl jerk :P.. dulu2 je gi kl, time muda2 dulu.. sekarang dh lama x gi.. siap nak gaduh2 lagi ngn en hubby sebab nak sangat pergi kl :P.. 

Maka kami pergilah ramai2.. lima buah kereta semuanya.. hehehe.. keluarga moklong, keluarga cik kin, keluarga cikla, keluarga pok iju, dan keluarga ciksu (lady la tu).. hihihi~ 

Tak pergi mane2 pun sebenarnye, hanya gi Pavilion, Sogo, Low Yat.. pas tu gi makan2 jerk.. Kami pergi selama 3 hari 2 malam.. :D.. 

Ini antara gambar yang lady masukkan di sini untuk kenangan kami sekeluarga.. 1st time lady masukkan gambar keluarga lady dalam blog LadyBirs' Life ni.. :D

Ini gambar hubby, Adly (anak sedare) dan baby lady.. si kecil Zahra.. :D..
Berposing sakan kat pokok ape ntah tu.. comel jerk lady tengok.. tu yang lady suh mereka duk tercongok di situ :D
Hehe, tadaaaa... inilah lady.. si kecik lady.. Lady pakai kerusi roda sebenarnya.. tapi time gambar ni diambil lady duk atas katil.. :P.. hehehehe.. Nantilah suatu hari nanti lady upload gambar lady atas wheelchair lak :D.. Lepas ni kalau korang terserempak ngan lady lehlah tegur2 ek.. 
Korang nampak tak budak kecik pakai baju merah tu.. :D.. Budak ni lady jumpe kat Sogo.. Ntah macammana die ternonong2 pergi tegur lady tunjuk baju lady same kaler ngan baju die.. hehehe.. comel jer telatahnya.. berani dan cerdik..  Namanya ape ntah, lady lupe..
Peace.. hihi.. comel x sayer? Ni lah Adli yang menemani lady sepanjang lady menjadi 'ciksu'.. Umurnya baru 6 tahun.. Alhamdulillah.. Sekarang ni Adlilah yang jadi 'Abang' kepada Baby Zahra..  
Lady suke pemandangan dari sini.. Nampak kemeriahannya.. Time ni x ramai lagi orang datang.. pagi lagi.. lepas lady dah nak balik baru penuh orang berpusu2.. Agar sukar tuk lady bergerak menggunakan kerusi roda bila kawasan padat dipenuhi orang.. tapi alhamdulillah masing2 alert..
Gambar adik ngan Abi.. :D.. tadi gambar adik ngan ibu.. :D.. jadi muka adik persis sape ek.. abi ke ibu? :P..
Adli berkenan dengan kuda ni sebab comel.. Dia nak duduk atas kuda tu, tapi kuda tu kecik sangatlah tuk adli :D.. hihihihi
Habislah putus telinga kuda Adli gigit.. :D..
Yang ini namanya Nana, sepupu Zahra.. Anak Maklong.. hihihi.. Comelkan si Nana ni.. Baru tingkatan 2 ni.. :D
Ni kasut yang lady berkenan, yang oren kat tengah tu.. tapi lady dah beli kasut lain, maka kasut ni xleh belilah.. nak buat ape beli kasut banyak2.. lady suka beli kasut selepas kasut yg lady pakai rosak.. :D..
Ini je lah hasil lady g KL ritu.. hihihi.. lady nak sangat gi kat Petrosains, tapi x berkesempatan.. walaupun dah berkali kali pergi tapi lady tetap nak pergi jugak.. :D.. InsyaAllah lain kali kalau pergi lagi lady akan ke sana bawa baby zahra.. :D

Jumaat, 10 Januari 2014

Resepi Kuah Asam Laksa Terengganu

Salam sahabat semua :D Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera.. ameeeennn.. :D..
Hari ini hari Jumaat (time entry ni ditulis). Semua adik beradik ipar lady balik.. Kakak ipar lady masak tumis asam laksa.. 1st time lady dengar ade name masakan asam laksa.. :D.. 

Kami buatlah sesame.. hihihi~.. inilah rupenye asam laksa tu.. sepatutnya letak meehun tu.. tapi kami xletak, kalau letak nanti kuahnya sikit sebab diserap oleh laksa.. kuahnya sedap dan sangat2 sedap diratah tanpa makan dengan nasi.. :D..


Bahan-Bahan :

Bawang Merah, Bawang Putih, Lada Hitam <--- Ditumbuk lumat
Minyak (untuk menumis)
Sayur Sawi
Taugeh
Meehun (lady x letak)
Ikan segar + sedikit sagu diblend - dibentuk bulat2
Air
Perasa yang dibenarkan (ajinomoto, garam, gula)

Cara-Cara :

Tumis bahan yang ditumbuk lumat sehingga naik bau..

Masukkan air secukupnya (padan-padan untuk dibuat kuah)

Biarkan air mendidih, kemudian masukkan fish ball tadi. Tunggu sehingga fish ball timbul.

Kemudian masukkan sawi dan taugeh.

Masukkan perasa, garam, gula.. dan sedia untuk dihidang. :D

Cara nak buat fish ball Terengganu  :

Ikan selayang dibuang tulang, dicampur dengan sedikit sagu supaya senang digentel. Kemudian diblend sampai hancus dan digentel2 untuk membentuk bulat bulat kecil seperti di bawah ni.


Selamat mencuba yer.. hehehehe~

Khamis, 9 Januari 2014

Bayi Dikerat Dua


Assalamualaikum :D Kali ini lady nak bercerita kisah seorang bayi.. Begitu bernilainya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.. Kisah ini lady petik daripada sebuah buku yang berjudul Sirah dan Kisah Nabi Muhammad saw. Untuk Putera Puteri Muslim.

Di dalam buku ini terdapat  banyak kisah teladan pendek untuk tatapan puteri putera kecil. Sesuai dibacakan untuk anak-anak.. Harganya pula hanya RM10.00. 

Nabi Muhammad saw. bercerita, ada dua orang  wanita keluar membawa bayi mereka. Tiba-tiba seekor serigala menyerang dan memakan salah seorang dari bayi mereka. 

Kedua-dua wanita tersebut tersebut merebutkan si bayi yang masih hidup. Masing-masing mengaku bahawa bayi itu adalah anaknya. Lalu mereka membawa anak itu kpada nabi Daud as..

Baginda berkata, "Apa yang menyebabkan perselisihan di antara kamu?" Kedua-dua wanita tersebut menceritakan kisah yang mereka alami. Lalu Nabi Daud memutuskan bahawa si anak milik wanita yang lebih tua.

Merasa tidak puas hati, mereka membawa perkara tersebut kepada Nabi Sulaiman as.. Baginda berkata, "Berikan kepadaku sebilah pisau, aku akan membelah anak ini menjadi dua dan masing-masing akan mendapat separuh daripada anak itu.

Wanita yang lebih muda terkejut dan berkata, "Apakah tuanku hendak membelahnya menjadi dua, wahai Nabi Allah?"

Nabi Sulaiman menjawab, "Ya."

Wanita tersebut memohon, "Janganlah tuanku lakukan perkara tersebut.. Biarkan bahagianku kurelakan untuk saudaraku ini."

Maka Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut adalah hak si wanita yang lebih muda. Baginda berkata, "Ambillah anak ini kerana dia adalah anak kamu.

Begitulah kasih ibu pada anaknya.

Rabu, 8 Januari 2014

Di Sebalik Gerakan Solat

Solat bukan sahaja keutamaannya di Akhirat nanti, malahan gerakan solat amat sesuai dengan anatomi tubuh manusia. Bahkan dari sudut perubatan, solat merupakan ubat penyembuhan untuk pelbagai penyakit.

Takbiratul Ihram

Berdiri tegak, mengangkat kedua-dua tangan selaras dengan telinga, lalu kedua belah tangan diletakkan di atas perut atau bahagian bawah dada.

Gerakan ini melancarkan aliran darah, limfa dan menguatkan otot lengan. Ketika mengangkat tangan, otot meregang sehingga aliran darah yang mengandungi oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua-dua belah tangan diletakkan semula di atas perut atau bahagian bawah dada. Perbuatan ini dapat mengelakkan masalah sendi, khususnya pada bahagian atas tubuh.

Rukuk

Rukuk yang sempurna diketahui melalui tulang belakang yang lurus sehingga gelas air yang diletakkan di atas punggung tidak akan tumpah. Keadaan kepala juga harus selari dengan tulang belakang di mana fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Keadaan jantung yang sejajar dengan otak memudahkan pengaliran darah secara maksimum di bahagian tengah badan. 

Tangan yang menyentuh kedua-dua belah bahagian lutut berfungsi untuk merehatkan otot-otot bahu sehingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah gerakan yang baik untuk mencegah gangguan prostat.

I'tidal

Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua belah tangan setinggi telinga.

I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerakan berdiri, bongkok, berdiri, sujud, merupakan suatu latihan untuk membuatkan sistem pencernaan sentiasa baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pengembangan serta pelonggaran secara bergantian. Kesannya sistem pencernaan menjadi lebih lancar.

Sujud

Menonggeng dengan meletakkan kedua belah tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. 

Aliran limfa dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi ini menyebabkan darah yang mengandungi oksigen mampu mengalir secara maksimum ke otak. Aliran ini dapat mempengaruhi daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa-gesa agar bekalan darah yang mengalir ke otak mencukupi. 

Kedudukan ini dapat menghalang daripada terkena penyakit buasir, khususnya bagi wanita, samada rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa untuk proses kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.


Gerakan sujud dalam solat sangat unik. Tujuannya adalah supaya manusia menundukkan diri serendah-rendahnya bahkan lebih rendah dari tarafnya sendiri. Dari sudut pandangan ilmu psikoneuroimunology (ilmu mengenai ketahanan tubuh dari sudut pandang psikologis) yang didalami oleh Prof Sholeh, gerakan ini memberi manusia darjat setinggi-tingginya. 

Dengan melakukan gerakan sujud setiap kali solat, pembuluh darah di otak akan menerima kemasukan oksigen. Ketika sujud, posisi tersebut akan menyebabkan darah mengalir ke otak, hal ini bermakna otak mendapatkan akan mendapatkan bekalan yang mencukupi dan berterusan bagi memacu kerja-kerja selnya. Dengan kata lain, sujud yang tuma'ninah dan berterusan dapat memacu kecerdasan.

Sujud adalah latihan kekuatan untuk otot tertentu , termasuk otot dada. Ketika sujud, beban bahagian atas tubuh hanya ditampung oleh lengan dan tapak tangan sahaja. Ketika inilah kontraksi terjadi pada otot dada, bahagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Bentuk payudara akan menjadi cantik selain dapat membaiki fungsi kelenjar susunya.

Saat pinggul dan pinggang terangkat melepasi kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) menegang sepenuhnya. Keadaan ini melatih organ di sekitar perut untuk menegang lebih dalam dan lama. Ia memberi kebaikan kepada wanita kerana ketika bersalin mereka memerlukan pernafasan yang baik dan kemampuan mengejang yang mencukupi. 

Apabila otot-otot perut telah berkembang dan menjadi lebih besar dan kuat, ia menjadi lebih elastik. Perbuatan sujud ini akan mengembalikan semula serta mempertahankan organ-organ perut pada tempat asalnya.

Duduk

Duduk ada dua jenis, iaitu iftirasy (tahiyyat awal), dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaannya terletak pada posisi telapak kaki. 

Ketika Iftirasy, ia tertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini mengelakkan sakit pada pangkal paha yang menyebabkan penghidapnya tidak mampu berjalan. 

Duduk Tawarruk pula sangat baik bagi lelaki kerana tumit dapat menekan aliran kencing (uretra), kelenjar kelamin lelaki (prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul, postur ini dapat mencegah impotensi.

Kepelbagaian posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot meregang dan kemudian relaks kembali. Gerakan dan tekanan harmonis ini dapat menjaga kelenturan serta kekuatan organ-organ kita. bagi wanita, kedudukan ini akan membaiki organ reproduksi.

Salam

Gerakan memaling atau memusing kepala ke kanan dan ke kiri. Manfaatnya untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala selain daripada menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga keanjalan kulit wajah.

Gerakan-gerakan dalam solat lebih kurang sama dengan yoga atau peregangan (streaching). Tujuannya adalah untuk melenturkan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Kehebatan solat jika dibandingkan dengan gerakan lain adalah pergerakan solat lebih banyak dan menyeluruh sehingga turut melibatkan pergerakan jari kaki dan tangan.

p/s : Lady pernah tuliskan sal gerakan2 solat sebelum ini, tetapi tidaklah sedetail yg ini.. 

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit m/s: 73]

Isnin, 6 Januari 2014

Manfaat Solat Bagi Wanita Hamil


  • Menguatkan pelbagai sel otot dan pembuluh darah, membentuk ruas-ruas tulang belakang, begitu juga dengan sendi sehingga tubuh tetap kuat.
  • Melancarkan aliran darah dalam jantung yang kemudiannya dialirkan melalui pembulu vena dan pemuluh arteri. Oleh itu janin dalam rahim mendapat makanan yang mencukupi.
  • Menghilangkan kegelisahan dan rasa takut sewaktu mengandung serta mengukuhkan kepercayaan diri, penjagaan seluruh tubuh, dan meningkatkan kemampuan berfikir serta menguatkan ingatan.
Setiap ibu yang mengandung dibebani oleh janin yang berada di dalam rahim, terutama sekali apabila hampir bersalin.

Tetapi ketika mendirikan solat, gerakan-gerakan tersebut membantu melancarkan peredaran darah dan dapat mengurangkan alahan yang sering dialami oleh ibu hamil. 




Khamis, 2 Januari 2014

Rahsia di Sebalik Wuduk

Al-Wudhu' bermakna kebersihan, kebaikan dan ketertiban. 


Kewajipan berwuduk mendorong para pengkaji mengkaji rahsia di sebalik wuduk.

Berwuduk mampu merangsang pusat saraf dalam tubuh manusia. Proses penyerapan air wuduk dengan titik-titik saraf mengakibatkan tubuh manusia sentiasa sihat. 

Wajah orang yang sentiasa berwuduk akan kelihatan segar dan muda meskipun sudah berumur (awek muda).

Orang muslim membasuh wajahnya sebanyak tiga kali, bukan sekadar membasuh malahan menggosoknya sehingga semua bahagian wajah terkena air dan bebas daripada segala kotoran.

Membasuh wajah dapat mempengaruhi hujung-hujung saraf yang terdapat pada wajah, membersihkan pori-pori dan menjaga keanjalan kulit. Cara ini dapat menghindari dari segala kotoran dan bakteria yang membahayakan kesihatan kulit.

Orang yang sentiasa berwuduk akan memiliki tubuh yang lebih sihat dan segar berbanding dengan orang yang tidak pernah atau jarang berwuduk (buku Human Culture and Care). Fakta ini dikaji oleh Dr Develvet yang mengkaji perubahan yang terjadi pada tubuh yang dibasahi air.

Wuduk mampu mencegah kanser kulit. Kanser kulit berlaku disebabkan oleh penggunaan bahan kimia pada setiap hari. Namun apabila dibersihkan dengan air (terutamanya sewaktu berwuduk), bahan kimia akan larut.

Membasahkan anggota badan dengan air dapat mengembalikan tenaga, mengurangkan kekejangan, merehatkan saraf-saraf dan otot, menghilangkan masalah jantung, pedih-pedih otot, kecemasan serta insomnia. (Majalah al-Ishlah nombor 296)

Rujukan : Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit