Solat bukan sahaja keutamaannya di Akhirat nanti, malahan gerakan solat amat sesuai dengan anatomi tubuh manusia. Bahkan dari sudut perubatan, solat merupakan ubat penyembuhan untuk pelbagai penyakit.
Takbiratul Ihram
Berdiri tegak, mengangkat kedua-dua tangan selaras dengan telinga, lalu kedua belah tangan diletakkan di atas perut atau bahagian bawah dada.
Gerakan ini melancarkan aliran darah, limfa dan menguatkan otot lengan. Ketika mengangkat tangan, otot meregang sehingga aliran darah yang mengandungi oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua-dua belah tangan diletakkan semula di atas perut atau bahagian bawah dada. Perbuatan ini dapat mengelakkan masalah sendi, khususnya pada bahagian atas tubuh.
Rukuk
Rukuk yang sempurna diketahui melalui tulang belakang yang lurus sehingga gelas air yang diletakkan di atas punggung tidak akan tumpah. Keadaan kepala juga harus selari dengan tulang belakang di mana fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Keadaan jantung yang sejajar dengan otak memudahkan pengaliran darah secara maksimum di bahagian tengah badan.
Tangan yang menyentuh kedua-dua belah bahagian lutut berfungsi untuk merehatkan otot-otot bahu sehingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah gerakan yang baik untuk mencegah gangguan prostat.
I'tidal
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua belah tangan setinggi telinga.
I'tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerakan berdiri, bongkok, berdiri, sujud, merupakan suatu latihan untuk membuatkan sistem pencernaan sentiasa baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pengembangan serta pelonggaran secara bergantian. Kesannya sistem pencernaan menjadi lebih lancar.
Sujud
Menonggeng dengan meletakkan kedua belah tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai.
Aliran limfa dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi ini menyebabkan darah yang mengandungi oksigen mampu mengalir secara maksimum ke otak. Aliran ini dapat mempengaruhi daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, lakukan sujud dengan tuma'ninah, jangan tergesa-gesa agar bekalan darah yang mengalir ke otak mencukupi.
Kedudukan ini dapat menghalang daripada terkena penyakit buasir, khususnya bagi wanita, samada rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa untuk proses kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Gerakan sujud dalam solat sangat unik. Tujuannya adalah supaya manusia menundukkan diri serendah-rendahnya bahkan lebih rendah dari tarafnya sendiri. Dari sudut pandangan ilmu psikoneuroimunology (ilmu mengenai ketahanan tubuh dari sudut pandang psikologis) yang didalami oleh Prof Sholeh, gerakan ini memberi manusia darjat setinggi-tingginya.
Dengan melakukan gerakan sujud setiap kali solat, pembuluh darah di otak akan menerima kemasukan oksigen. Ketika sujud, posisi tersebut akan menyebabkan darah mengalir ke otak, hal ini bermakna otak mendapatkan akan mendapatkan bekalan yang mencukupi dan berterusan bagi memacu kerja-kerja selnya. Dengan kata lain, sujud yang tuma'ninah dan berterusan dapat memacu kecerdasan.
Sujud adalah latihan kekuatan untuk otot tertentu , termasuk otot dada. Ketika sujud, beban bahagian atas tubuh hanya ditampung oleh lengan dan tapak tangan sahaja. Ketika inilah kontraksi terjadi pada otot dada, bahagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Bentuk payudara akan menjadi cantik selain dapat membaiki fungsi kelenjar susunya.
Saat pinggul dan pinggang terangkat melepasi kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) menegang sepenuhnya. Keadaan ini melatih organ di sekitar perut untuk menegang lebih dalam dan lama. Ia memberi kebaikan kepada wanita kerana ketika bersalin mereka memerlukan pernafasan yang baik dan kemampuan mengejang yang mencukupi.
Apabila otot-otot perut telah berkembang dan menjadi lebih besar dan kuat, ia menjadi lebih elastik. Perbuatan sujud ini akan mengembalikan semula serta mempertahankan organ-organ perut pada tempat asalnya.
Duduk
Duduk ada dua jenis, iaitu iftirasy (tahiyyat awal), dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaannya terletak pada posisi telapak kaki.
Ketika Iftirasy, ia tertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini mengelakkan sakit pada pangkal paha yang menyebabkan penghidapnya tidak mampu berjalan.
Duduk Tawarruk pula sangat baik bagi lelaki kerana tumit dapat menekan aliran kencing (uretra), kelenjar kelamin lelaki (prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul, postur ini dapat mencegah impotensi.
Kepelbagaian posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot meregang dan kemudian relaks kembali. Gerakan dan tekanan harmonis ini dapat menjaga kelenturan serta kekuatan organ-organ kita. bagi wanita, kedudukan ini akan membaiki organ reproduksi.
Salam
Gerakan memaling atau memusing kepala ke kanan dan ke kiri. Manfaatnya untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala selain daripada menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga keanjalan kulit wajah.
Gerakan-gerakan dalam solat lebih kurang sama dengan yoga atau peregangan (streaching). Tujuannya adalah untuk melenturkan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Kehebatan solat jika dibandingkan dengan gerakan lain adalah pergerakan solat lebih banyak dan menyeluruh sehingga turut melibatkan pergerakan jari kaki dan tangan.
p/s : Lady pernah tuliskan sal gerakan2 solat sebelum ini, tetapi tidaklah sedetail yg ini..
[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit m/s: 73]
Amat rugi mereka yg tak solat kan..kalau buat yg sunat sekali, lagi byk manfaatnya utk kesihatan..
BalasPadamSalamm..tumpang lalu lagi yea.
BalasPadamSubhanallah.. bila tau khasiat solat ni, rasa macam nak solat selalu.. hihi
BalasPadamkita memang beruntung, dari solat jer..kita boleh sihat, insyaAllah..Allah tambah syg lagi..beruntungnya jd org Islam :)
BalasPadamSempurna semua kan.. :)
BalasPadamSujud memang baik utk wanita mengandung. Boleh jugak amalkan kalau anak songsang. InsyaAllah boleh pusing. Cuma akak dulu masa pregnant, nak sujud tu kemain seksa. Huhu..
BalasPadamsinggah sini bls jejak..thanks for sharing..
BalasPadampenuh hikmah :)
BalasPadamsangat bermanfaat artikel ini.. setiap pergerakan dalam solat pasti ada hikmahnya..
BalasPadamagama dan sains tak boleh dipisah dah banyak terbukti ianya selari
BalasPadamtq lady
SALAM PAGI JUMAAT YG MULIA...BERSOLATLAH DGN RAJIN YA...
BalasPadampenuh berhikmat...tips yang berguna
BalasPadamPasal soalan Lady di blog saya...Wah..soalan macam mencabar je.. hihi.. terima kasih bertanya.. nanti saya lapang, saya buat satu entry ya.. harap dapat membantu.
BalasPadamAhamdulillah..dapat tambahkan pengetahuan bila baca ni... syukur kita bersolat..syukur agama kita agama yang benar...
Itulah sebabnya kenapa mereka yg rajin mendirikan solat (bukan yg 5 waktu saja) biasanya kelihatan awet muda dan sihat...
BalasPadamUntung dunia dan akhirat inilah dia.
solat pun macam senaman juga
BalasPadamrajin solat, insyallah sihat lah tubuh badan kita, pastikan khusyuk.. :)
BalasPadamciksu ada beli buku seindah nama semurni peribadi
BalasPadamdlm buku tu pon digalakkan ibu mengandung sentiasa melakukan sujud. baik utk perjalanan drah