Khamis, 30 Januari 2014

Khasiat Lemon


Lemon atau nama saintifiknya Citrus limon merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon manis sangat efektif dalam mengubati penyakit kembung dan muntah-muntah. Ia juga berkesan untuk menurunkan risiko penyakit-penyakit kelamin.

Ini disebabkan ia bertindak membunuh kuman dan bakteria, sekaligus mempertingkatkan daya tahan badan.

Elemen-elemen alkali yang terdapat dalam lemon manis boleh mengurangkan paras asid dalam perut. Elemen seratnya pula sangat berguna untuk menyembuhkan sembelit.

Jus lemon manis juga memberikan khasiat bagi tubuh di dalam merangsang nafsu makan dan mampu membaiki kerosakan yang dialami oleh sistem pencernaan dengan cepat.

Di antara zat yang terdapat pada buah lemon ialah potasium, kalsium, dan fosforus. Pengambilan segelas jus lemon setiap hari terutama pada waktu pagi dapat meningkatkan kesihatan badan.

Manfaat lain jus lemon untuk kesihatan ialah :-

♥ Menyembuhkan dan meredakan penyakit influenza, malaria dan masuk angin
♥ Bersifat antibakteria
♥ Meneutralkan kandungan gula dalam darah
♥ Baik untuk saraf dan jantung
♥ Menurunkan tekanan darah tinggi
♥ Memelihara kesihatan gigi dan tulang
♥ Menyembuhkan penyakit pada ginjal dan kerosakan pundi kencing

Tips Memilih Lemon

Lemon yang baik mempunyai kulit yang kuning, nipis, dan isi buahnya berwarna kuning muda. Pilihlah lemon yang keras dan berat. Jika ingin menyimpannya selama lebih dari empat hari, maka simpanlah buah lemon ini di dalam peti ais.

10 ulasan:

  1. salam jumaat...lemon sedap buat jus.

    BalasPadam
  2. Banyak khasiatnya ya.. kami jarang beli lemon.. kalaau beli utk guna sejenis masak je..yg lain banyak membazir je..

    BalasPadam
  3. bagus kan lemon ni
    akak pun amalkan minum lemon
    sedapp :)

    BalasPadam
  4. sekarang ni setiap pagi minum lemon and madu..memang baik!!!

    BalasPadam
  5. abang ipar suka blender lemon dengan rumput belalai gajah
    minum pagi2 hari

    BalasPadam
  6. abang ipar suka blender lemon dengan rumput belalai gajah
    minum pagi2 hari

    BalasPadam
  7. abang ipar suka blender lemon dengan rumput belalai gajah
    minum pagi2 hari

    BalasPadam
  8. kalau batuk, selalu guna lemon + madu, InsyaAllah, mujarab..

    air honey lemon sejuk sedap diminum di waktu panas..

    BalasPadam
  9. baru tahu
    suka letak lemon kalau minum barli.. hihi.. sedap

    BalasPadam
  10. assalam LB
    nti ciksu bg ye resepi burger mesia tu.
    ciksu on d way blk kl ni.dlm keta..

    pantang 60 hti tu just mandi air panas n pakai bengkung je.pakai bengkung pon ciksu just sapu minyak pati halia..
    pantang makan sampai skrg la.. hihi..

    BalasPadam