Isnin, 30 Disember 2013

Happy New Year - 2014

Salam korang.. 
Hari ini dah 31 Disember 2013.. menandakan esok bermulanya tahun baru 2014.. Alhamdulillah..
Berkesempatankah lagi kite untuk menyedut udara pada tahun 2014?
Semoga semuanya dipanjangkan umur oleh Allah swt.. ameeeennn..


Bagi lady, tahun 2013 merupakan tahun yang lady paling x suke dlm hidup lady.. lady rasa semakin jauh dari Allah.. xtahu kenapa lady berperasaan seperti itu.. adakah hati lady telah mati.. huhuhuhuhu.. mintak dijauhkan.. ameeennn.. 

Lady harap sangat2 tahun 2014 ni kehidupan lady jauh lebih bermakna.. Lady harap sangat tahun 2014 nanti mampu membawa perubahan dalam hidup lady.. menjadi seorang anak solehah, isteri mithali, dan ibu yang berjiwa kental.. ameeennnn..

Lady kene buang segala sifat negatif yang bermaharajalela dalam jasad lady sekarang.. mengontrol hidup lady.. huhuhu.. 

Ya Allah ya Tuhanku, Engkau berilah peluang kepada kami untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik.. Engkau matikanlah kami dalam keadaan kami bebas dari belengu dosa..
Engkau berilah keredhaan dan peluang untuk kami menebus segala dosa dosa silam kami ya Allah..
Engkau bantulah kami untuk melunasi segala hutang2 kami ya Allah.. 
Engkau bantulah penghutang-penghutang kami untuk lunasi hutang2 mereka ya Allah..

Ya Allah, engkau bantulah kami untuk menjadi seorang muslim/ah yang jauh lebih baik ya Allah..
Ya Allah, Engkau berilah kekuatan kepada Kami untuk mendidik anak-anak kami menjadi insan hebat ya Allah..
Ya Allah, Engkau bantulah kami untuk menjadi insan hebat ya Allah..
Yang dapat membantu kami dan orang-orang sekeliling kami ya Allah..

Ya Allah, Engkau bantulah kami untuk :

♥ Solat Di Awal Waktu
♥ Amalkan SOlat Sunat Dhuha
♥ Puasa Isnin Khamis
♥ Khatam Quran
♥ Tahajut malam2.. (walaupun x setiap malam)
♥ dan amalan2 lain..

Amen ameennn ya robbala'lameeennn..


Salam Tahun Baru Masihi.. 2014.. 
Semoga Tahun Ini Menjanjikan Yang Lebih Baik Untuk Semua..
Ameeennnn..


p/s : Jom sama-sama jadi blogger yang hebat.. yang boleh menuntun diri dan orang lain ke arah keredhaaan Allah.. ameeennnn..

Ahad, 29 Disember 2013

Jangan Bunuh Semut

Assalamualaikum..
Kali ini lady nak share sal semut.. kebetulan ada gambar kerengga yang melindungi diri dari pemangsa.. hehehehe.. ni gambar kerengga tu.. kerengga tu sama spesis ngan semutla.. kan? hihihihi


Kerengga ni diambil waktu kat rumah abang ipar lady.. ambik dengan kamera henset jerk.. moment yang menarik.. time ni die nak protect diri sendiri.. comel jer.. walaupun kecik tapi sangat hebat.. die nak gigit kamera sebenarnye.. kalau time kecik2 lady suke main ngan kerengga.. lady bagi kepingan2 kecil bunga hidup.. mereka ramai-ramai kutip dan bawa ke 'rumah' mereka. Seronok tengok mereka bekerjasama..

Lady nak share satu ilmu yang lady dapat dari facebook lady.. Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullah dulu.. kita ucaplah:

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. 

Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/ bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.

Dulu sebelum lady berkahwin, di tepi umah lady banyak pokok2.. ade sekumpulan semut besar suka masuk bilik lady.. tapi lady tak pernah halau or bunuh dia.. sebab lady kasihan.. lady just cakap kat mereka.. jangan gigit lady.. lady x marah kalau die nak menumpang.. dan alhamdulillah mereka memang x pernah ganggu lady.. walaupun lady terpenyet die, die tetap x gigit lady.. terharu sangat2.. time tu lady x jumpe lagi pesanan yang lady jumpe ni.. lady bagitau ibu lady.. ibu lady diam jerk..

Semoga lepas ni kite x sewenang-wenangnya bunuh semut.. kasihan kat semut tu.. huhuhu.. tp kalau semut tu banyak sgt.. terpaksa jugak kan.. huhuhuhu..

Jumaat, 27 Disember 2013

Beby Zahra Dah Berumur 7 Bulan - Alhamdulillah :D

Salam korang.. pada 23 hb Dis 2013 usia saya sudah genap 7 bulan.. hihihi.. Alhamdulillah Allah panjangkan usia saya dan usia kedua-dua abi dan ibu saya.. :D
Saya seronok sangat.. sekarang saya sudah dapat angkat badan setinggi dalam gambar atas ni.. tapi sampai sekarang saya tak mampu nak merangkak lagi.. tak taulah kenapa.. saya terfikir jugak adakah saya memang tidak boleh merangkak atau sememangnya saya ni lambat.. kakak sepupu saya dia tidak merangkak, tapi die mengengsot.. dia duduk dan bergerak secara duduk.. kemudian terus boleh berjalan.. :D..
Ibu saya tak galakkan saya guna walker.. kata ibu saya, saya kene belajar merangkak untuk merangsang saraf2 pada otak saya.. ibu saya nak perkembangan tumbesaran saya ikut fitrah kejadian manusia yang Allah cipta.. Tidak perlulah kita merubahnya.. :D.. itu kata ibu sayalah.. tapi abi saya suka letak saya dalam walker.. :D.. time ibu jaga memang ibu x letak dalam walker, ibu suka cakap2 ngn saya, suka nyanyi nyanyi dengan saya.. sebab tu ibu x letak dalam walker.. :D
Ini lah abi saya.. ritu uncle akubiomed tanye saya ikut iras siapa.. wajah saya ikut iras abi saya.. semua ikut abi.. abi waktu kecik macam muka sayalah, yang bezanya cuma jantina jerk.. :D.. saya besar macam abi saya, ibu saya kecik jerk.. kecik tuek..
Gambar ini diambil sewaktu pergi ke SOGO.. 1st time saya pergi saner.. x beli ape apepun.. ibu kate gi cuci mate jerk.. time tu ade sale.. sale sale pun harganya boleh tahanlah.. ibu kate baik beli kat lain, tempat yang lagi murah kan ader.. duit yg ade boleh simpan untuk saya ke sekolah.. hehehehe.. nak beli baju, beli jer kat pasaraya ku.. sesuaila ngn org mcm kiter.. hehehehe :D.. 
Sekarang saya dah boleh tidur dalam buai.. ibu saya tidurkan saya dalam buai.. tp sebenarnya x elok tuk kesihatan.. xelok mcmn pun sy x tahu.. huhuhuhuhu.. tapi saya suka je duk dalam buai.. gambar kat atas tu bukan buai.. ibu saje jer letak gambar tu sebab ibu x ambik gmbr dalam buai.. ritu sehari selepas pasang buai, adik jatuh atas lantai simen sekali ngn buai2 nyer.. sakit.. huhuhuhu.. adik nangis esak2.. tp ibu tetap jugak letak dalam tu lepas abi baiki2.. ikat kuat2.. huhuhuhuhu..

tata korang.. lain kali saya bebel lagi ek :D.. sebulan sekali je ibu bagi can tuk saya bebel di sini.. nanti bile saye besar leh saya tgk gmbr2 sy di sini..

Selasa, 24 Disember 2013

Kenapa Perlu Samak Jika dijilat Anjing - Saintifik

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

"Kesucian bejana kamu jika dijilat anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, pertamanya dengan tanah."

Persatuan Doktor Kesihatan Anak di Munich - Jerman, mengatakan bahawa air liur anjing mengandungi pelbagai bakteria pembawa penyakit. Bakteria tersebut dapat menyerang organ dalaman manusia melalui sistem terbuka. Risiko penyebaran penyakit jika terkena gigitan anjing. 

Anjing yang comel mungkin meninggalkan luka kecil ketika menggigit manusia, walaupun kelihatan kecil tetap perlu diubati. Luka gigitannya akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang terdapat dalam air liur anjing.

Berdasarkan kajian dari Universiti Munich, memelihara anjing meningkatkan risiko mengidap kanser payudara. Sebanyak 79.7% pesakit kanser payudara yang selalu menghabiskan masa bersama anjing dan selebihnya tidak mempunyainya haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3% dari 14 401 pemilik anjing menghidap kanser. Ternyata, kanser itu disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV). 

Dr. al-Isma'lawi al-Muhajir mengatakan anjing dapat menyebarkan virus Rocks Characins, yang mengakibatkan penglihatan kabur dan buta.

Mengapa Perlu Dibersihkan Dengan Tanah?

Tanah mengandungi dua bahan yang dapat membunuh bakteia/ virus iaitu Tetracyline dan Tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa jenis bakteria. 

Tanah merupakan bahan yang efektif dalam membunuh bakteria/ virus. Tanah kubur orang yang meninggal disebabkan sakit aneh tidak mengandungi sebarang bakteria/ virus di dalamnya.

Hal ini kerana molekul yang terkandung di dalam tanah bertindakbalas dengan bakteria/ virus tersebut sehingga memudahkan proses penguraiannya secara keseluruhan.

 p/s : Kalau berdasarkan kajian ini, lady rasa kenapa tidak dicuba memberi makan tanah kepada pesakit HIV/ AIDS. Mungkin mendatangkan kesan yang positif.. Just andaian lady.

Rujukan : Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit m/s 20

Ahad, 22 Disember 2013

Bunga Kobis - Bagus Untuk Sistem Pencernaan

Bahagian yang berwarna hijau di sekeliling bunga kubis merupakan tempat sebahagian besar zat kalsium disimpan. Bunga kubis berfaedah sebagai pembersih usus dan mengurangkan risiko kanser perut dan usus.

Sebatian yang terdapat pada bunga kubis adalah merupakan 'indole'. Secara amnya, sebatian ini dapat merangsang pertahanan dan membentuk sistem penyahtoksifikasi di dalam meneutralkan karsinogen sehinggakan ia sendiri tidak mempunyai masa untuk berkembang.

Namun begitu, ia tidak boleh meningkatkan pembentukan gas dalam perut. Di antara zat yang terdapat pada bunga kubis ialah potassium, fosforus, dan kalsium.

Minumlah setengah gelas jus bunga kubis ini setiap hari untuk menjaga kesihatan usus.

Manfaat lain jus bunga kubis ialah :-

♥ Mengurangkan risiko kanser prostat
♥ Elok untuk pesakit diabetes kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah
♥ Membantu mengurangkan kandungan lemak
♥ Menurunkan paras kolesterol

Tips Memilih Bunga Kubis

♥ Pilihlah bunga kubis yang berwarna putih atau krim, berat,m bentuk kelihatan padat dan daun-daun di sekelilingnya berwarna hijau dan segar. Jika sudah layu dan gugur, ini bermakna kualitinya juga sudah menurun.

Jumaat, 20 Disember 2013

Siwak/ Miswak/ Sugi

"Siwak itu merupakan pembersih mulut dan menjadikan redha bagi Rabb."

♥ Siwak atau Miswak merupakan bahagian daripada batang, akar, atau ranting tumbuhan arak (Salvadora persica) yang kebanyakannya tumbuh di daerah Timur Tengah, Asia dan Afrika.

♥ Siwak berbentuk batang yang diambil dari akar dan ranting tanaman arak yang berdiameter 1 cm hingga 5 cm.

♥ Pohon arak adalah pohon yang kecil seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, berdiameter lebih dari satu kaki.


♥ Jika kulitnya dikupas ia berwarna keputih-putihan dan memiliki juntaian serat.


♥ Akarnya berwarna coklat dan bahagian dalamnya berwarna putih. Aromanya seperti daun saderi dan rasanya agak pedas.


♥ Ia mengharumkan bau mulut, menguatkan gigi, menghilangkan lendir dan kahak, menajamkan penglihatan, mencegah gigi berlubang, membantu proses pencernaan makanan, melancarkan lidah untuk berbicara, meningkatkan kelancaran dalam membaca al-Quran, zikir dan solat, mendapat keredhaan Allah, menjadikan para malaikat kagum, serta memperbanyakkan kebaikan.


♥ Siwak mengandungi mineral semulajadi yang dapat membunuh dan menghalang pertumbuhan bakteria, mengikis plaque, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi.


♥ Siwak memiliki kandungan kimia yang bermanfaat meliputi: 

  • Antibacterial Acids, seperti astringents, abrasive, dan detergent yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah jangkitan, dan menghentikan pendarahan pada gusi. Penggunaan kayu siwak akan membuatkan lidah berasa sedikit pedas dan sedikit terbakar kerana terdapat kandungan seperti mustard yang membentuk antibacterial acid tersebut.
  • Kandungan kimia seperti klorida, potassium, sodium bikarbonat, florida, silika, sulfur, vitamin C, trimetilamin, salvadorin, tannin dan beberapa mineral lainnya yang berfungsi membersih, memutih dan menyihatkan gigi serta gusi.
  • Aroma semulajadi yang memiliki rasa dan bau yang segar dapat memberi kesegaran kepada mulut dan menghilangkan masalah bau mulut.
  • Terdapat enzim yang berkesan mencegah pembentukan plaque.
  • Anti Decay Agent (Zat anti pembusukan) dan Antigermal System yang bertindak seperti pinisilin mengurangkan jumlah dan mencegah terjadinya proses pembusukan. 
[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit]

Selasa, 17 Disember 2013

Zahra Udah 6 Bulan :D


Salam korang, usia saya sudah mencecah enam bulan.. hihihi.. saye dah lame boleh senyum.. comel kan saye? :D.. gigi saye xde lagi.. senyuman saye manis kan walaupun xde gigi :P ibu saye pakaikan saye 'kopiah'.. ibu saye kate nak saye biasakan diri dengan tudung nanti.. :D.. macam2 ibu saye pakaikan saye, termasuk telekung yang ibu saye pakai.. hehehehe..

Ini gambar saye waktu saye meniarap.. saye dah lama boleh meniarap.. sekarang saye dah mula nak belajar merangkak  .. baru belajar angkat2 dada.. punggung saye xleh angkat lagi.. berat.. huhuhu.. sekarang saya dah boleh berpusing-pusing.. kalau ibu saye letak atas tilam, saya dah boleh berpusing 360 darjah..

Saye ade ramai kawan.. kat atas katil saye ni ade ulat, ade hello kitty, ade bear, ade ulat.. semua ader.. dan semua saye pernah makan :P.. saye suke masukkan barang mainan saye ke dalam mulut.. rasenye x sedap, tp bolehla.. :P

Ni saye duk pusing2 barang mainan sayer.. angry bird.. kalau kite pusingkan die die akan hasilkan bunyi.. saye suke bunyinyer.. :D

Saye akan jadi macamnila kalau saye dah penat meniarap.. kalau saye penat saye angkat2 tangan supaye og ambik saye.. hehehe.. cerdikkan saye? :P


Isnin, 16 Disember 2013

Majlis Pertunangan - Dayah

Salam Sahabat Semua.. Kali Ini Lady Nak Paparkan Gambar Saudara Lady Yang Tinggal Di Kg Wakaf Che Kapor Semasa Majlis Pertunangannya :D.. Temanya Merah.. Warna Yang Sangat-Sangat Berani.. 

Semoga Dipercepatkan Pernikahannya Dan Dipermudahkan Jalannya.. Ameeennnn.. 

Kalian Memerlukan Fotografer Bagi Tahun 2014? 
Jika Kalian Membuat Tempahan Sekarang, Diskaun Hebat Menanti Anda.. 
Hubungi Kami Segera, FNZStudio di Talian 013-9606 169. :D Hasilnya Berbaloi-Baloi, INSYAALLAH..

p/s : Untuk ke page kami, kalian boleh terus menekan gambar..
























Sabtu, 14 Disember 2013

Bagaimana Rasulullah Tidur

Tidur Rasulullah merupakan cara tidur terbaik dan sangat bermanfaat bagi tubuh, akal dan kesihatan. Berikut dijelaskan bagaimana etika tidur Rasulullah SAW.

1. Waktu  

- Rasulullah biasa tidur pada sebelah malam (setelah solat Isyak) dan bangun pada awal pagi (sepertiga akhir malam)
- Setelah Rasulullah melaksanakan qiamullail, baginda tidur sejenak pada seperenam terakhir dari sebahagian sepertiga malam terakhir (sebentar sebelum subuh).
- Rasulullah tidur sebentar setelah waktu Dhiha berakhir sebelum memasuki waktu Zuhur (di antara keduanya).

2. Tempat  

Rasullullah biasanya tidur di atas sebuah tikar yang dibuat dari dedaunan. Mengapa baginda memilih tikar yang dibuat daripada dedaunan? Supaya baginda tidak terlena dan berlebih-lebihan dalam tidurnya. Sifat dedaunan yang kasar akan membantu mengingatkan baginda untuk segera terbangun ketika tidur sudah mencukupi.

3. Posisi  

Rasulullah saw. tidur dengan posisi berbaring mengadap ke kanan atau tidur pada sisi tubuh sebelah kanan. Tidur mengiring di atas perut kanannya, kedua-dua betisnya sedikit dibengkokkan, dan tangan kanan diletakkan di bawah pipi, sambil mengadap ke kiblat. Posisi ini sama dengan posisi janin di dalam rahim ibu.

4. Etika Tidur Rasullah saw.

Berikut adalah beberapa etika yang biasa dilakukan oleh Rasulullah sama ada ketika sebelum atau selepas tidur.

a) Berwhuduk terlebih dahulu.

Rasulullah bersabda kepada Al-Barra' bin Azib yang bermaksud:

"Jika engkau akan pergi ke tempat tidurmu, hendaklah engkau berwhuduk seperti wudhuk untuk solat."   [Muttafaq alaih]

b) Memulakan tidur dengan mengiring ke kanan (di atas perut kanannya) dan tidak mengapa berubah posisi dengan tidur di atas perut kiri seketika untuk menghilangkan penat dan kembali ke posisi asal.

c) Mengucapkan zikir-zikir dan doa-doa sebelum tidur.

d) Ketika bangun tidur, sebelum berdiri mengucap doa bangun dari tidur.

Jumaat, 13 Disember 2013

Etika Makan Rasulullah SAW.

Menurut Rasulullah saw. baik perkataan mahupun perbuatan baginda, ia merupakan sebahagian daripada keimanan kita. Antara sunnah Rasulullah saw. yang sangat baik untuk kita ikuti adalah etika ataupun tata cara baginda makan.

Hal ini mungkin dianggap remeh, namun dari cara tersebut kita dapat membiasakan diri untuk meneruskan sunnah baginda saw.

Berikut adalah etika yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. ketika baginda makan:


1. Rasulullah meletakkan makanan di atas lantai dan baginda tidak pernah makan di atas meja makan. Meletakkan makanan di atas lantai lebih mendekatkan diri kepada sifat tawadhuk.

2. Menerima makanan yang ada
Jika baginda tertarik pada makanan yang telah disajikan, maka baginda akan menjamahnya tetapi jika baginda kurang gemarinya, maka baginda meninggalkannya tanpa menghina sedikitpun.

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika baginda berselera, baginda memakannya dan jika baginda tidak tertarik maka baginda tinggalkannya."

3. Baginda mulakan makannya dengan mengucap basmalah
"Jika salah seorang dari kamu makan, sebutlah nama Allah Taala. Jika dia lupa, tidak menyebut nama Allah, hendaklah ia menyebut 'Bismillahi, awwalahu wa aakhirah' (Dengan nama Allah sejak awal hingga akhir)."

4.Baginda makan dengan tiga jari tangan kanannya, mengecilkan suapan, menguyah dengan baik, dan makan dimulai dari makanan yang berada di bahagian tepi, bukan di bahagian tengah.

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

"Keberkatan itu turun di tengah makanan. Maka makanlah dari pinggirnya dan jangan dari tengahnya." 
[Abu Dawud dan Tirmidzi]

5. Baginda tidak pernah meniup makanan atau minuman yang masih panas dan lebih selesa menunggu sehingga sejuk, kemudian barulah memakan atau meminumnya. Baginda juga tidak bernafas di dalam gelas ketika minum. 

Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Abas, Rasulullah melarang bernafas atau meniup di dalam minuman. 

6. Menghindari makan yang berlebihan, baginda pernah bersabda yang bermaksud :

"Tidak ada ruang yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suapan untuk meluruskan tulang punggungnya. Jika tidak mampu, maka sepertiga dari perutnya hendak diisi untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk bernafas (untuk angin)".

[Imam Ahmad & Imam Tirmidzi]

7. Baginda mengakhiri makan dengan memuji Allah sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

"Barangsiapa memakan makanan dan berkata, 'segala puji bagi Allah yang memberi makanan ini kepadaku dan memberikannya kepadaku tanpa ada daya dan upaya dariku.' Maka dosa masa lalunya diampuni."

[Muttafaq alaih]

Rabu, 11 Disember 2013

Bahaya Hubungan S*** Melalui Anus

Beberapa teknik seks berisiko untuk mendapatkan penyakit. Salah satu cara yang merbahaya adalah hubungan seks anal atau melalui anus. 

Keburukannya :

1. Jika dibandingkan dengan vagina, struktur anus jauh lebih ketat. Apabila tekanan yang kuat diberikan padanya akan menyebabkan rasa pedih, sakit, dan tidak selesa walaupun semasa membuang air besar.

2. Tiada cecair pelincir di anus. Berbeza dengan vagina yang mampu menghasilkan pelincir sendiri apabila menerima rangsangan, sesuai dengan peranannya.

3. Mudah menyebarkan penyakit berjangkit. Anus merupakan tempat pengeluaran tinja, dan ia sudah pasti mempunyai banyak bakteria pencemar yang boleh membahayakan kesihatan. Faktor ini yang menjadi punca penularan penyakit kelamin.

4. Tersebarnya virus dan bakteria merbahaya. Ketiadaan pelincir menyebabkan luka pada penis dan dinding anus sehingga mudah untuk menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menularnya penyakit jangkitan bakteria pada saluran kencing dan juga pada ginjal.

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit]

Isnin, 9 Disember 2013

Santapan Tengahari

Salam korang.. :D diharap semuanya sihat..
Kat sini alhamdulillah hujan mulai reda.. :D.. Alhamdulillah jugak sebab banjir x kena di tempat lady.. tetapi di tempat abang2 ipar di Kemaman air naik sehingga ke paras dada.. semua barang rosak.. huhuhuhu..

Kali ini lady lady nak share ape yg lady masak tuk makan tengahari :P.. x sedap pun, tapi alhamdulillah bolehlah kenyang sampai malam nanti.. malam ni xtahu la nak makan ape lak.. masakan yang amat2 simple.. :P

Sawi masak goreng bersama sos tiram.. 1st time lady goreng mcm ni.. sedap.. alhamdulillah.. secukup rasa.. ala-ala pahit sikit (lady x suke sayur tp kene makan jugak)
Ikan goreng sekali.. :D.. lady goreng dalam minyak yang lady goreng ikan bilis.. ntah kenapa warna die mcm ni.. tapi x hangit.. lady sayang nak buang minyak tu, jadi lady recycle balik.. :P
Alhamdulillah, ditambah dengan sedikit kicap sebagai kuah sangat menyelerakan.. 
Masakan ni masakan simple yang lady reti buat :D.. yang paling simple nasi putih ngn telur dadar :D kasihan kat suami lady yang tukang habiskan.. hihihihihi.. kalau tak habis lain kali jangan harap akan masak lagi :P.. 

p/s : Isteri paling kejam :P

Sabtu, 7 Disember 2013

Khasiat Kacang Buncis

ihsan google
Kandungan enzim protease inhibator pada buncis berfungsi untuk mencegah kanser usus. Selain itu, kandungan ligninnya, jika diubah oleh bakteria dalam usus besar akan menjadi bahan yang dapat mencegah kanser usus besar.

Kandungan serat yang tinggi pada kacang buncis sangat baik untuk melancarkan pencernaan atau mencegah sebarang keradangan, serta mengubati ulser perut.

Di antara zat yang terdapat pada kacang buncis ialah potassium, kalsium dan fosforus. Jsunya akan memberikan manfaat yang maksimum sekiranya diambil sebanyak 150 ml setiap pagi.

Manfaat lain jus buncis ialah:-

♥ Menurunkan risiko diserang penyakit kanser
♥ Merangsang sistem antibodi tubuh
♥ Membantu pertumbuhan tubuh
♥ Meneutralkan kandungan gula dalam darah

Tips Memilih Buncis

Pilih kacang buncis yang segar, tidak layu, dan masih muda.

Khamis, 5 Disember 2013

Nabi Muhammad SAW. Pernah Sakit?

Assalamualaikum wbt. :)..
Merujuk kepada tajuk di atas.. terfikirkah kite Nabi yang kita sayangi ni pernah sakit tak?
Bukankah Nabi merupakan kekasih Allah, xkan Allah x jaga Nabi kesayangan-Nya ni kan?

Seumur hidup nabi selama 63 tahun.. Nabi hanya pernah sakit tiga kali sahaja. Itupun bukanlah disebabkan kesalahannya sendiri.. bukan sebab kecuaian baginda mahupun kesilapan corak pemakanan baginda.. bukan juga disebabkan kecuaian baginda.. 

Nabi sakit disebabkan oleh faktor luaran persekitaran baginda.. Sebagai manusia biasa, baginda tidak bersifat kebal sunnatullah.. Apabila terkena api pasti lecur, kalau terkena pedang pasti luka.. bukankah begitu sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah terhadap hidupan.. 

Ketiga-tiga peristiwa yang menyebabkan Rasulullah sakit adalah :

1. Disihir oleh seorang lelaki Yahudi bernama Labid bin A'sham. Baginda disihir menggunakan sikat, rambut, dan kulit pelepah kurma. Kesan daripada sihir ini menyebabkan baginda merasakan telah makan, minum, dan bersama dengan isteri padalah semua itu belum dilakukan.

2. Diracun oleh wanita Yahudi bernama Zainab binti Harits. Wanita itu meletakkan racun Labithi pada daging kambing yang hendak disajikan kepada Rasulullah saw. dan para sahabat. Racun tersebut memberi kesan selama empat tahun sehingga mengakibatkan urat nadi terasa putus, sakit kepala, batuk, dan panas. Namun begitu, Rasulullah saw. mampu menahannya dan semua aktiviti yang dilakukan baginda tidak terganggu oleh kehadiran racun tersebut.


3. Rasa sakit lain yang pernah dialami oleh Rasulullah saw. adalah sakit disebabkan terluka kerana berperang.

[rujukan : Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit tulisan Asadullah al-Faruq]
[Gambar : Ihsan Google]

Selasa, 3 Disember 2013

Kaitan Antara Biologi dan Psikologi


Integrasi keilmuan baru dunia perubatan mengenai psikoneuroimmunology (PNI) kini cukup menarik untuk diperbincangkan. PNI menegaskan perkaitan antara fikiran, sistem saraf, sistem endokrin, dan sistem imun.

Dinyatakan emosi kita berpengaruh kepada sistem saraf yang mengatur banyak hal seperti pengeluaran jumlah insulin, endorfin, kadar denyutan jantung sehingga kepada pengaturan tekanan darah. 

Pada hujung-hujung terminal saraf terdapat zat-zat kimia pembawa, neurotransmitter yang bersentuhan secara langsung dengan sistem imun tubuh.

Dalam laluan jalur hormon juga situasinya serupa. Keadaan jiwa yang diwarnai emosi negatif seperti stress, depresi, cemas, dan marah mempengaruhi pengeluaran pelbagai zat penting seperti katekolamin, epinefrin atau nor-epinefrin, kortisol, prolaktin atau morfin natural seperti endorfin dan enkefalin yang semuanya sangat mempengaruhi sistem imun tubuh.

Sistem imun tubuh merupakan 'otak tubuh'. Sel-sel imun tubuh berkawal mengelilingi tubuh, mengalir dalam salur darah, cairan limfatik, dan bersentuhan dengan seluruh permukaan sel-sel lain.

Sel-sel tubuh natural kita dibiarkan sahaja oleh pasukan kawalan tubuh ini. Sedangkan sel-sel yang dikenalpasti sebagai agen asing akan diserang.

Serangan-serangan begini yang melindungi kita daripada pelbagai jangkitan mikroorganisma seperti virus bakteria dan anomali sel seperti kanser.

Ahli psikologi menemui fakta yang menyokong pendapat ini. Menurut mereka sistem imun tubuh juga mampu belajar. Terdapat ribuan jalur komunikasi antara sistem saraf pusat dan sistem imun yang menjadikan otak, emosi dan tubuh bukan sesuatu yang terpisah.

Sistem-sistem ini cukup rapat berhubungan antara satu dengan yang lain. Oleh itu mudah menerangkan mengapa mereka yang berkeperibadian 'A' yang agresif dan ekstrovert mempunyai risiko mendapat penyakit yang berbeza berbading mereka yang berkeperibadian jenis 'B' yang pasif dan introvert.

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit : 176]

p/s : Lady rasa artikel kali ini agak berat, xpe kalau x faham pun.. yg penting kite perlu faham bahawa kalau kite selalu marah, cepat naik angin, selalu stress boleh menyebabkan tekanan darah naik.. hehehehe Jadi amalkanlah cara hidup yang sihat.. jangan marah2.. selalu bertenang, amalkan pemikiran yang positif, pemakanan yang baik, dan cara pergaulan yang sihat.. insyaAllah semuanya akan jadi baik2.. :D

Ahad, 1 Disember 2013

Majlis Pernikahan Mad & Olin











p/s :  Click pada gambar jika anda ingin ke page kami.