Jumaat, 20 Disember 2013

Siwak/ Miswak/ Sugi

"Siwak itu merupakan pembersih mulut dan menjadikan redha bagi Rabb."

♥ Siwak atau Miswak merupakan bahagian daripada batang, akar, atau ranting tumbuhan arak (Salvadora persica) yang kebanyakannya tumbuh di daerah Timur Tengah, Asia dan Afrika.

♥ Siwak berbentuk batang yang diambil dari akar dan ranting tanaman arak yang berdiameter 1 cm hingga 5 cm.

♥ Pohon arak adalah pohon yang kecil seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, berdiameter lebih dari satu kaki.


♥ Jika kulitnya dikupas ia berwarna keputih-putihan dan memiliki juntaian serat.


♥ Akarnya berwarna coklat dan bahagian dalamnya berwarna putih. Aromanya seperti daun saderi dan rasanya agak pedas.


♥ Ia mengharumkan bau mulut, menguatkan gigi, menghilangkan lendir dan kahak, menajamkan penglihatan, mencegah gigi berlubang, membantu proses pencernaan makanan, melancarkan lidah untuk berbicara, meningkatkan kelancaran dalam membaca al-Quran, zikir dan solat, mendapat keredhaan Allah, menjadikan para malaikat kagum, serta memperbanyakkan kebaikan.


♥ Siwak mengandungi mineral semulajadi yang dapat membunuh dan menghalang pertumbuhan bakteria, mengikis plaque, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi.


♥ Siwak memiliki kandungan kimia yang bermanfaat meliputi: 

  • Antibacterial Acids, seperti astringents, abrasive, dan detergent yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah jangkitan, dan menghentikan pendarahan pada gusi. Penggunaan kayu siwak akan membuatkan lidah berasa sedikit pedas dan sedikit terbakar kerana terdapat kandungan seperti mustard yang membentuk antibacterial acid tersebut.
  • Kandungan kimia seperti klorida, potassium, sodium bikarbonat, florida, silika, sulfur, vitamin C, trimetilamin, salvadorin, tannin dan beberapa mineral lainnya yang berfungsi membersih, memutih dan menyihatkan gigi serta gusi.
  • Aroma semulajadi yang memiliki rasa dan bau yang segar dapat memberi kesegaran kepada mulut dan menghilangkan masalah bau mulut.
  • Terdapat enzim yang berkesan mencegah pembentukan plaque.
  • Anti Decay Agent (Zat anti pembusukan) dan Antigermal System yang bertindak seperti pinisilin mengurangkan jumlah dan mencegah terjadinya proses pembusukan. 
[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit]

11 ulasan:

  1. bersiwak utk kesihatan gigi n tubuh....

    BalasPadam
  2. :)

    Jom amalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/12/malam-cinta-rasul-pemasyuran-darul.html

    BalasPadam
  3. pernah amalkn tp x istiqamah la Lady..ingat nk start balik la

    BalasPadam
  4. anak akak nak sangat benda ni..tah mana nak dicari

    BalasPadam
  5. Terima kasih LB for sharing

    BalasPadam
  6. Salam lady...ada rak jual kayu siwak ni..?ianya yg juga dinamakan bersugi tukan...kalau ubat gigi berasaskan kayu siwak ni sy tau la ada tp kalau kayu itu sendiri,sy blom pernah jumpa....

    P/s..kalau nak sarung tu,kena join segmen di blog acik@aku penghibur...hehehehe.....

    BalasPadam
  7. kira siwak tu kayu sugila..
    owh tg foe sharing byak infomasi baru dpat dipelajari.. :)

    BalasPadam
  8. ohh baru tahu siwak itu kayu sugi ^_^

    terima kasih infonya.. jemput join segmen baru di blog saya

    BalasPadam
  9. ohh baru tahu siwak itu kayu sugi ^_^

    terima kasih infonya.. jemput join segmen baru di blog saya

    BalasPadam
  10. Kakak masa balik dari Mekah hari itu pun beli banyak dan agih pada kawan dan jiran... ada macam-macam harga dijual. Saiz juga macam-macam..

    BalasPadam
  11. bestnya kalau dpt guna ni
    thanks share

    BalasPadam