Khamis, 5 Disember 2013

Nabi Muhammad SAW. Pernah Sakit?

Assalamualaikum wbt. :)..
Merujuk kepada tajuk di atas.. terfikirkah kite Nabi yang kita sayangi ni pernah sakit tak?
Bukankah Nabi merupakan kekasih Allah, xkan Allah x jaga Nabi kesayangan-Nya ni kan?

Seumur hidup nabi selama 63 tahun.. Nabi hanya pernah sakit tiga kali sahaja. Itupun bukanlah disebabkan kesalahannya sendiri.. bukan sebab kecuaian baginda mahupun kesilapan corak pemakanan baginda.. bukan juga disebabkan kecuaian baginda.. 

Nabi sakit disebabkan oleh faktor luaran persekitaran baginda.. Sebagai manusia biasa, baginda tidak bersifat kebal sunnatullah.. Apabila terkena api pasti lecur, kalau terkena pedang pasti luka.. bukankah begitu sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah terhadap hidupan.. 

Ketiga-tiga peristiwa yang menyebabkan Rasulullah sakit adalah :

1. Disihir oleh seorang lelaki Yahudi bernama Labid bin A'sham. Baginda disihir menggunakan sikat, rambut, dan kulit pelepah kurma. Kesan daripada sihir ini menyebabkan baginda merasakan telah makan, minum, dan bersama dengan isteri padalah semua itu belum dilakukan.

2. Diracun oleh wanita Yahudi bernama Zainab binti Harits. Wanita itu meletakkan racun Labithi pada daging kambing yang hendak disajikan kepada Rasulullah saw. dan para sahabat. Racun tersebut memberi kesan selama empat tahun sehingga mengakibatkan urat nadi terasa putus, sakit kepala, batuk, dan panas. Namun begitu, Rasulullah saw. mampu menahannya dan semua aktiviti yang dilakukan baginda tidak terganggu oleh kehadiran racun tersebut.


3. Rasa sakit lain yang pernah dialami oleh Rasulullah saw. adalah sakit disebabkan terluka kerana berperang.

[rujukan : Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit tulisan Asadullah al-Faruq]
[Gambar : Ihsan Google]

10 ulasan:

  1. Besarnya hikmah yang Allah beri kepada umat Nabi, umat terakhir..nice sharing

    BalasPadam
  2. ujian baginda lebih berat tapi tak pernah mengeluh. :')

    BalasPadam
  3. No 2 itu benar-benar memberi kekuatan pada IM...

    BalasPadam
  4. walaupun ditentang hebat Nabi Muhammad SAW tetap kuat.

    BalasPadam
  5. Moga kita semua mencintai Rasullullah.

    BalasPadam
  6. sangat bermanfaat perkongsian ini.. :D

    BalasPadam
  7. jom kita byk2 berselawat tanda ingat dn mgharap syafaat Rasulullah
    Tq lady

    BalasPadam
  8. Info yang menarik. Allah bagi keistimewaan kepada Rasullah.. 4 tahun sakit tapi tak mengganggu aktiviti? Kagum btl.. kita yg lemah ni, kalau sakit sikit pun dh mengeluh bermacam.

    BalasPadam