Sunday, November 17, 2013

Keutamaan Makan Menggunakan Tangan

Makan menggunakan tangan merupakan ajaran yang ditunjukkan oleh Nabi saw. Makan menggunakan tangan merupakan sunnah Rasulullah saw., khususnya menggunakan tangan kanan. 

Dari Umar Ibn Salam berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu." [HR. Bukhari - Muslim]

Dari Salamah Ibn al-Akwa', 'bahawasanya seseorang yang makan di hadapan Rasulullah saw. dengan tangan kirinya, maka baginda menegur dengan bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu."

Dia menjawab,"Saya tidak boleh."

Baginda bersabda: "Semoga kamu tidak boleh."

Orang itu tetap tidak mahu, kerana sombong akhirnya dia benar-benar tidak boleh mengangkat tangan kanan ke mulutnya." [HR. Muslim]

Islam begitu menganjurkan umatnya makan menggunakan tangan iaitu makanan yang boleh diambil dengan tangan. Oleh itu apa kebaikannya makan menggunakan tangan?
Ihsan google
Fakta ini membuktikan bahawa tangan lebih bersih daripada sudu, dengan alasan:

1. Tangan dibasuh oleh pemiliknya sendiri sehingga dapat diketahui taraf kebersihannya. Sedangkan sudu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu kebersihannya. 

2. Tangan hanya digunakan oleh pemiliknya sahaja. Sedangkan sudu diguna berganti-ganti dari satu mulut kepada mulut yang lain.

3. Kebersihan tangan lebih dipercayai sebab tangan sentiasa bersama pemiliknya sedangkan sudu ketika diperlukan sahaja.

Makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan. Hal ini kerana terdapat enzim RNAse yang dapat mengawal bakteria sehingga kebarangkalian untuk bakteria/ virus masuk ke dalam sistem pencernaan sangat rendah.

Enzim ini selalu terdapat pada jari-jari dan telapak tangan manusia. Proses penyuapan makanan ke dalam saluran pencernaan akan membolehkan enzim mengawal sel bakteria sehingga aktiviti bakteria menjadi minimum. Apabila makanan masuk ke dalam saluran pencernaan, enzim ini akan mengawal pergerakan bakteria sehingga ke saluran pembuangan. 

[Kenapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit, m/s 35]

8 comments:

LydSunshine said...

betul jugak tu. Pasal kat jari ada enzyme tu yg paling menarik sebenarnya. Sudu takde enzyme pencernaan. Tapi kena tgk keadaan la kan. Kalau macam sup cemana nak makan dgn tangan, mesti kena guna sudu jgk,.

sud@is said...

Betul Lady tok sy pernah cakap ilang 44 jenis penyakit

Kakzakie said...

Bukan saja sunat makan menggunakan tangan, bahkan kalau boleh jilat semua sisa dijari kerana kita tak tahu dari semua yg kita makan itu yg mana satu memberi lebih keberkatan..

nohas said...

semoga kita sentiasa mencontohi sunnah Rasulullah saw..

insan marhaen said...

Sekarang ini IM seboleh-bolehnya mengamalkan makan menggunakan tangan sekalipun semasa kursus ISO di Vistana Hotel baru lalu.

Qaseh Wee said...

bila guna tangan utk memasak , air tangan itu boleh jadi ubat kepada yang makan ....

Puan Kutu said...

Aiman pling suka makan guna tangan even benda berkuah..:)

QasehnyaRania said...

betul tu, sy pon lebih suka guna tgn.
jawapan no 1&2 saya selalu gunakan bila ada yg bertanya. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...