Ahad, 3 November 2013

Aktiviti Berbasikal Beramai-Ramai

Adakah aktiviti berbasikal secara beramai-ramai di jalan raya amat sesuai dilakukan di Malaysia? 

Adakah udara persekitaran di Malaysia amat-amat bersih untuk disedut andaikata aktiviti tersebut dikatakan aktiviti yang sihat dan untuk menjaga kesihatan? 

Adakah Malaysia sama dengan Jepun andai aktiviti tersebut dilakukan untuk mencontohi Jepun? 

Jom sama-sama fikir.. 

Ihsan dari abang google


Bagi pendapat lady ia banyak mendatangkan kesan negatif daripada positif.. 

Dari sudut agama, pemakaian mereka tidak memenuhi syarat menutup aurat.. pakaian mereka tergolong dalam istilah 'berpakaian tetapi telanjang', kecuali mereka memakai pakaian yg longgar.. aurat bg lelaki adalah dr pusat sehingga ke lutut. 

Dari sudut keselamatan pula memang fail, kerana mereka biasanya berbasikal dalam kumpulan yg agak besar.. dan memakan space yg banyak di jalanraya dan agak mengganggu lalulintas di mana hampir lebih separuh daripada jalan digunakan oleh mereka.. berbeza dengan jalan di Jepun kerana mereka mempunyai space untuk pejalan kaki dan pengguna basikal adalah dr 1 meter - 4 meter.. 

Dari sudut kesihatan pula memang mendatangkan bahaya kepada sistem saraf. Ini kerana karbon monoksida yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor amat2 membahayakan sistem tubuh hidupan.. ia boleh merencatkan sistem saraf pusat sehingga jika disedut dengan kuantiti yg banyak boleh menyebabkan lumpuh seluruh badan termasuk lumpuh otak.

Dari sudut positifnye mungkin boleh mengurangkan pencemaran di Malaysia, tetapi mendatangkan pencemaran dalam badan kite.. terutamanya pada paru2.. baik sedut asap rokok (bagi perokok) daripada sedut asap kenderaan.. 

Ia akan memberikan kesihatan yang baik jika sekiranya sebahagian besar daripada penduduk Malaysia menggunakan basikal sebagai sumber pengangkutan utama, dan persekitaran di Malaysia bersih dari segala kehadiran karbon yang membahayakan kesihatan.. Jepun walaupun negara industri tetapi disebabkan masyarakatnya suka menanam pokok walaupun hanya mempunyai kawasan lapang yang kecil telah mewujudkan suatu iklim micro yang seolah2 seperti di pergunungan. Lagipun di negara jepun, kwsan perindustrian didirikan jauh drp kwsan kediaman serta kenderaan permotoran mereka menggunakan minyak yang mengeluarkan bahan cemaran pd tahap yang sangat rendah.

Allahua'lam.

12 ulasan:

MulutPayau berkata...

Setuju dgn pendapat LB..

eira eixora berkata...

kalau nak guna basikal ni mungkin kena praktis dulu. sebabnya saya dulu masa kat uni naik basikal dalam kampus. tapi penat sangat. kalau ada kelas memang terkejar2. sebab tu kot orang mesia tak suka naik basikal.

nohas berkata...

ya, setuju dgn fakta2 diatas..tiada supporting infrastructure, lagipun pemandu2 kenderaan di M'sia, terutamanya di KL ni, sgt merbahaya utk penunggang basikal..

lagipun cuaca di M'sia ni panas, kalau berbasikal ke pejabat, mahu berpeluh-peluh dibuatnya..tak selesa..kalau utk rekreasi, bolehlah kot..

Nabilah Rosman berkata...

setuju.. byk negetif dari positif.. unless kta ade tempat yang proper utk aktiviti2 sebegini..

akubiomed berkata...

Kayuh basikal ini bagus untuk kesihatan cuma pengguna jalan raya lain kurang prihatin kehadiran mereka.

Unknown berkata...

salam kenal..mmg setuju ngan pendapat tuan blog ni

Bumilangkawi berkata...

mmg bagus berbasikal ni..

mira_nas berkata...

Rekreasi ok lah, tapi bile dah guna jalan raya tu bahaya la sikit.

Bunda_nora berkata...

Salam ukhuwah dan Salam Maal Hijrah dari bunda....

QasehnyaRania berkata...

setuju sangat.

*oo.. gitew kesahnya..
dh brpa lama kakak biras n kakak lady kawin?
kalau x keberatan nk share le..

Redzlan aka Tabib berkata...

Health benefits from the increased physical activity outweigh the health risks

Redzlan aka Tabib berkata...

Resiko tidak bersukan (penyakit lifestyle)lebih tinggi dari resiko berbasikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...