Saturday, November 23, 2013

Bahaya Hubungan S*** Ketika Haid

Larangan menyetubuhi isteri ketika haid bersamaan dengan larangan menyetubuhi isteri melalui anusnya. Allah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud :

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: 'haid itu adalah suatu kotoran'. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

[al-Baqarah, 2:222]

Islam secara tegasnya melarang hubungan seks ketika seorang isteri sedang haid. Larangan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah sebelum ilmu kesihatan moden berkembang, sekitar 1400 tahun dahulu.

Hubungan seksual ketika haid tidak bagus untuk kesihatan diri. Antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi adalah jangkitan bakteria, endometriosis dan emboli kerana darah haid amat digemari bakteria.

Ketika haid, rahim wanita mengandungi lapisan endometrium yang terdiri dari darah dan sel-sel kalenjar sebagai persediaan untuk menerima janin jika proses persenyawaan berlaku.

Pada hari normal, vagina wanita mempunyai suatu cairan yang berfungsi untuk mencegah daripada berlakunya jangkitan bakteria. Namun apabila haid berlaku, lendir yang mencegah jangkitan tersebut akan diganti dengan aliran darah yang sedia untuk dikeluarkan. Darah amat sesuai sebagai tempat pembiakan bakteria.

Jika wanita haid melakukan hubungan seksual, risiko yang mungkin terjadi adalah jangkitan bakteria pada organ reproduksi. Jika ia berlaku, kemungkinan besar ia akan merebak pada bahagian tubuh lain melalui pembuluh darah yang terbuka di permukaan rahim semasa haid.

Hubungan seksual akan menyebabkan geselan-geselan pada dinding vagina sehingga meninggalkan kesan luka atau melecet pada dinding vagina

Oleh sebab itu, bakteria lebih mudah masuk ke organ reproduksi dan menyebabkan jangkitan sehingga menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Risiko yang seterusnya adalah endometriosis. Endometriosis akan membawa masalah kesuburan kepada wanita. Ketika melakukan hubungan seksual, berlaku penekanan pada rahim sehingga terjadi pengecutan (kontraksi) dari organ-organ reproduksi. Pengecutan tersebut mendorong darah haid masuk ke saluran telur (tiup fallopio) dan bertakung di situ.

Selain itu, melakukan hubungan seks ketika haid menyebabkan berlakunya emboli udara. Semasa pembuluh darah terbuka, kemungkinan udara dapat masuk dan boleh mengakibatkan kematian.

Malahan sangat berisiko untuk mendapat penyakit lain yang berkaitan dengan hubungan seksual termasuklah gonorhea.

Banyak kesan negatif yang timbul disebabkan melakukan hubungan ketika haid, maka perlu dielakkan untuk kepentingan kesihatan kita.

Walaupun begitu, masih banyak cara yang boleh kita lakukan untuk melunaskan kehendak naluri dengan kaedah yang lain.


p/s: Diedit dari buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

5 comments:

Tihara said...

Islam itu indah dan suci..
kenalah ikut peraturan kan..

nohas said...

setiap larangan Allah, ada hikmah tersendiri, dan dah dibuktikan secara saintifik..

Angah said...

tq for sharing...

Puan Ida said...

good info
tq for sharing
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni ye

LydSunshine said...

tak geli ke lelaki tu kalo nak buat tu waktu perempuan haid... huhu... kena ikut Allah suruh, baru la aman rumahtangga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...