Tuesday, November 19, 2013

Habbatus Sauda Ubat Segala Penyakit- Kajian Saintifik

Ibnu Umar ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda (jintan hitam) kerana padanya terkandung ubat penyembuh dari segala jenis penyakit kecuali kematian."

1. Biji Habbatus Sauda menunjukkan tindakbalas galactogogue pada tikus kajian, maksudnya terdapat meningkatan jumlah najis tikus yang diberi makan biji bijian. Kajian histology menunjukkan lebih banyak proliferasi dari aktiviti acnidan secretary pada jaringan payudara ibu tikus yang memakan biji Habbatus Sauda. (Agarwala et.al, 1987)

2. Peningkatan jumlah pengeluaran susu kambing yang diberi makan Habbatus Sauda adalah sebanyak 100 mg/kb berat selama 10 hari (Vihan and Panwar, 1987)

3. Persiapan perubatan herba dengan salah satu unsurnya menunjukkan kesan hypoglycemic yang jelas pada haiwan kajian. (Eskander et. al, 1995). Kajian lanjut mengunakan teh herba yang dicampur Habbatus Sauda menunjukkan kesan nyata hypoglycemic pada alloxan termasuk termasuk tikus yang mengidap diabetes. (El. Sabrawy et. al, 1996)

4. Aplikasi pada losyen yang mengandungi Habbatus Sauda menunjukkan kemampuan penyembuhan luka pada kambing dan anak lembu. (Ahmed et. al, 1995)

5. Kandungan aktif biji Habbatus Sauda mengandungi lemak asam yang dapat berfungsi sebagai anti tumorEhrlich ascities carcinoma (ECA)
untuk melawan sel-sel

6. Ekstrak Etanol dari Habbatus Sauda dalam dos 200 mg/kg dapat menghapus copper acetate yang disuntik pada ovul arnab. (Vohora et.al, 1973)

Air, Etanol (90%) dan ekstrak lainnya yang diambil secara oral tidak menunjukkan wujudnya pertumbuhan dan aktiviti resorptive pada tikus albino. (Prakash and Mathur, 1976)

Namun terdapat aktiviti estrogenic pada tikus yang belum dewasa. (Maurya et. al, 1983)

7. Ekstrak alkohol pada Habbatus Sauda dapat menghindari pertumbuhan E. coli, S. aureus manakala ekstrak air menjadi tidak aktif (Korup, 1956).

Ekstrak petroleum yang ditemui juga aktif untuk melawan M. pyogenes, B. subtilis, D. pneumoniae dan S. pyrogens (bhatnagar et al. 1961).

8. Ekstrak etanol (50%) dari N. sativa menunjukkan aktiviti antiprotozoa melawan E. histolyca menurun STA (Dhar et. al. 1968).

Minyak volatie dari Habbatus Sauda memiliki kesan anti spasmodic yang memungkinkan aktiviti calcium autagonistic (aqel 1993).

9. Ekstrak etanol (50%) Habbatus Sauda menunjukkan hasil pada anjing atau kucing, aktiviti lemah, spasmolytic yang tercerai pada babi iluem guinea dan ekstrak kesan depresi CNS pada tikus.

Ini juga menunjukkan suatu antagonis terhadap hiperaktif amphetamin pada aktiviti anti kanser melawan Lewis lung carcinoma (Dhar et. al. 1968)

Minyak volatile dari dari Habbatus Sauda memiliki kesan anti spasmodic yang memungkinkan aktiviti calcium autagonistic (aquel 1993).  

10. Ekstrak biji-bijian dari Habbatus Sauda menunjukkan kemampuan dalam mencegah gangguan pada gigi (Namba et. al 1985) sementara minyaknya dapat diguna untuk ubat anti serangga (Deshpande et. al. 1962; El Dakhakhny, 1965; Mahafouz et. al. 1996), immunopotentiating (El kadi and Kandil, 1987) dan aktiviti hypotensive.

p/s : Lady salin 100% daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Prnah Sakit m/s 24. Mungkin hasil kajian ini diperlukan oleh students. :D

10 comments:

missShila Nget said...

pernah try amalkn..
buat mcm teh..tak letak gula..

tak lama.. huhuhu..
sebab tak rajin..

nohas said...

yakin dan percaya dgn sabda Rasulullah saw..sudah terbukti secara saintifik..

LydSunshine said...

Lady, akak mmg amalkan softgel Habbatus Sauda jenama Baraka yg warna oren tu. Sejak mengandungkan Luth lagi. Akak mmg tak makan langsung vitamin yg doktor bagi. Alhamdulillah, Luth bila lahir takde kuning. Pastu susu badan mmg banyak. Actually cukup la untuk keperluan anak.

*Lady, akak dah share pasal fotobuk tu.

atuk said...

Assalamualaikum Lady

terima kasih info

Tihara said...

baguskan habbatus sauda..nama dia pun sedap :)

Vee said...

amalkan habatus sauda boleh jauhkan kita daripada penyakit .

Kakzakie said...

Kalau kita kaji balik apa pun perubatan yg berasal dari ajaran baginda rasulullah memanglah baik cuma manusia tak nak aplikasikan. Lihatlah macam kurma dah tahu banyak khasiat tapi masih ramai yg tak tahu dan mengabaikan..

Puan Kutu said...

Dah tebukti perubatan cara Rasulallah terbaik asalkan kita berusaha dan percaya yg mendatangkan n menyembuhkan penyakit adalah Allah

afzalsukasuki said...

kat umah ada habbatus sauda..hmm haritu saya salai atas kuali then baru makan stu sudu setiap hari :)

QasehnyaRania said...

teringin sangat nak makan habatus sauda ni tapi x tahu kat mana nk carik. masa kt jb dulu ada org jual tp x beli.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...