Saturday, September 28, 2013

Khasiat Buah Oren - Bagus Untuk Proses Pencernaan

Assalamualaikum dan selamat malam semua... :D

Siapa yang suke makan buah oren? Lady pasti ramai yaNg suka akan rasanya.. Selepas lady bersalin hari tu, lady di'hadap'kan dengan buah oren.. hampir setiap hari lady makan buah oren.. amat bagus untuk proses penyembuhan luka..

Selain itu, buah oren juga berfungsi di dalam membaiki sistem pencernaan, merangsang nafsu makan, menghilangkan masalah kembung perut, membunuh dan menghancurkan cacing-cacing yang terdapat di dalam usus, menyembuhkan sakit perut dan juga sembelit.

Jus oren menjadikan saluran usus lebih bersih dan terhindar daripada menjadi kediaman rasmi mikroorganisma merbahaya.

Makanan yang tidak dicerna dengan baik akan menyebabkan pembusukan makanan dalam perut lalu menghasilkan gas.

Kewujudan gas dalam perut menyebabkan perut sentiasa terasa penuh (kembung). Jus oren mampu membersihkan saluran perut serta usus kecil dan usus bersar, sehingga mampu untuk meningkatkan tenaga pencernaan bagi kedua-dua organ tersebut.

Di antara zat yang terdapat pada buah oren ialah potassium, kalsium, dan fosforus. Untuk membaiki sistem pencernaan, adalah disarankan meminum satu gelas jus oren pada waktu pagi secara teratur.

Manfaat lain jus oren untuk kesihatan adalah seperti :-                              

♥ Menyembuhkan penyakit ulser mulut
♥ Menurunkan paras kolesterol
♥ Menghilangkan batu hempedu
♥ Sebagai ejen anti kanser

Tips Memilih Buah Oren                                                                                       

♥Pilihlah buah oren yang keras, padat, berat, matang dan mempunyai jalinan serat kulit yang baik.

♥Elakkan daripada memilih buah oren yang ringan dan tidak padat kerana kandungan airnya adalah sedikit.

~ Kalian memerlukan photografer untuk majlis anda? Hubungi kami di talian 019-900 5689/ 013-9606169 atau PM kami di https://www.facebook.com/fathumohamadphotography


19 comments:

zalizalu said...

tapi saye tak boleh makan buah oren dah... huhu... asid urik tinggi :(

insan marhaen said...

Lepas ni akan selalu minum jus oren dan epal untuk kurangkan kolestrol IM..

muhammad naim Abdullah said...

Betul akak.. :)

Buat kegemaran naim juga , akak :)

Jay Ar said...

Buah oren memang bagus utk kesihatan. Yg tak bagus ialah jus oren dlm botol yg jika diamalkan boleh mempercepatkan kencing manis...

Telor Power said...

saya tak suke oren...masam.
apa khasiat yg setara dgn buah oren sis LB,dan rasa tak masam?

LydSunshine said...

Akak suka sgt buah oren. Tapi skrg ni tak boleh makan sebab kalo makan, anak sakit perut.

wahida said...

saya pun x boleh mkn buah oren, sbb ada lelah...

~CAHAYA~ said...

Buah Oren juga bagus utk pertumbuhan janin di dalam perut...^_^

Puan Bui Junaidi said...

BOLEH DI AMALKAN NI SBB BYK KEBAIKANNYA..^_^

HeNRieTTa JoSe said...

Dh lmer rietta xberkunjung ke sini...thanks for the share...

tenku butang said...

Hai.. done follow sini no. 1170
Klu sudi jom lea follow teman lik yea..
Leh kita kunjung mengunjung oasni..
Salam kenal yea.. heee..

http://tengkubutang.blogspot.com/

❤Kamsiah❤ said...

tak payah telan pil2 vitamin c..makan buah oren ja...

Aishah Jahirah said...

kalau yg masam tak lalu...tp yg best mkn buah oren ni,senang je ke toilet...hihi

radin siti aisyah said...

sedapnya buah oren...mmg fav nih..
meh follow sy

http://ummiammararif.blogspot.com/

ummu hanan said...

Bagus info ni..Terima kasih atas sharing yang bermanfaat..^_^

aidilputra tupperware said...

Saya suka mkn buah oren sbb ianya membantu mencegah kanser dan selsema.

http://tupperware1malaysia.blogspot.com

aidilputra said...

Sesuai jika kerap selsema

mardiana abu darin said...

Info yang bagus. Thank's a lot...

http://apapayahsangat.blogspot.com/

Nurin Irsalina said...

nak share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...