Rabu, 31 Januari 2024

Rindu Arwah Ayahanda Ibrahim

 Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini dan berikan kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa ada.. Alhamdulillah.. 

Kubur dari google

πŸ’šAl Fatihah untuk arwah ayah, Ibrahim Bin Abdullah. Gambar kubur Bak Ldy tak ambil.

πŸ’š Arwah Bak meninggal pada 17 Mei 2022..  Beberapa hari selepas merayakan Aidilfitri mengejut.. 15 Syawal.. Hampir 2 tahun arwah meninggalkan kami..

πŸ’š Waktu Bak sihat, Bak selalu datang ke rumah Ldy, bawa makanan pagi... kalau Ldy tiada di rumah, Bak akan sangkut makanan di tombol pintu.. 

πŸ’šBila Ldy balik dari hantar anak sekolah, Ldy akan ambil dan makan.. Ldy dah tahu, itu adalah dari Bak.. Xde orang lain yang datang dan sangkut makanan di pintu.

πŸ’š Kadang-kadang, lepas Bak balik dari pasar.. Bak akan singgah rumah Ldy.. Bak akan naik ke rumah, borak-borak dan ajak Ldy balik rumah Bak untuk makan tengahari, makan lauk yang Bak bawa balik untuk Che masakkan.

πŸ’š Bila Ldy balik rumah Bak untuk makan tengahari, Che akan kata kenapa balik tak bagitahu, sebab nasi tanak sedikit.. 😊 

πŸ’š Ldy tahu, Bak rindu suasana bising dengan anak-anak suatu ketika dahulu.. sebab itu Bak sentiasa cari alasan untuk Lady balik ke rumah.

πŸ’š Tetapi Ldy serba salah.. sebab anak-anak Ldy bising.. Bimbang mengganggu istirehat Bak dan Che. Mereka suka gaduh, sebab itulah kalau boleh Ldy jarang balik supaya kehidupan Bak dan Che lebih tenang.

πŸ’š Sebab dah lama kehidupan Bak dan Che bising dengan anak-anak dan cucu-cucu yang suka berkelahi sesama sendiri.

πŸ’š Lagipun, Ldy jarang balik ke rumah sebab Ldy sukar untuk menguruskan anak-anak di rumah Bak. πŸ˜“ Mulut Ldy akan bising, marah-marah sebab Ldy fikir orang serabut dan tak suka anak-anak Ldy, sebelum orang lain marah.. biar Ldy yang marah dulu.

πŸ’š Kalau Ldy balik rumah Bak, Ldy akan menyusahkan Bak dan Che untuk menyediakan makan minum Ldy anak beranak sebab Ldy tidak boleh berdikari sendiri sepenuhnya di sana. 

πŸ’š Sebab itulah Ldy jarang balik rumah Bak dan Che. 

πŸ’š Ldy tak tahulah Bak dan Che akan faham ke tak.

πŸ’š Bak, sampai sekarang Ldy masih rasa Bak masih ada bersama. Kadang-kadang kalau balik dari jalan, Ldy akan tengok di tombol pintu.. dengan harapan masih ada makanan tersangkut di situ.

πŸ’š Dan Ldy akan bagitahu hati, Bak dah takde, jangan berharap Bak akan kembali.

πŸ’š Kadang-kadang jam 9 pagi, kalau terdengar orang bagi salam Lady akan cepat2 jenguk dengan harapan Bak datang ke rumah untuk jenguk Ldy anak beranak.

πŸ’š Biasanya kalau ada Ldy panggil untuk makan-makan benda simple, Bak akan datang jalan kaki ke rumah Ldy. 

πŸ’š Walaupun Bak tak makan tapi bak meraikan kami. 

πŸ’š Sekarang lepas Bak dah takde, Ldy dah tak buat makan makan sebab Bak tiada untuk meraikan lagi. 

πŸ’š Ldy terasa sangat kehilangan.

πŸ’š Kalau dulu selalu belikan makanan malam-malam sebab Bak suka makan malam.. Bila beli, makan ramai-ramai.. terasa sangat meriah.. Lepas Bak dah xde, dah stop beli dan makan.. 

πŸ’š Kakak selalu ulang-ulang kenangan makan malam dengan tokki, tapi abi dah ayohchik dah xbuat macam tu.. Biarlah ia tinggal kenangan sahaja. 

πŸ’š Sebab kenangan itu jika diulang menggamit kesedihan yang tiada kesudahan.

πŸ’š Bak, Za rindu Bak.. Za jarang dah balik ke rumah.. Rumah kita dah berbeza.. Toilet yang Bak buatkan untuk za dah takde.. Sebab terpaksa robohkan atas sebab yang Bak sendiri telah maklum.

πŸ’š Bak, za mintak maaf sebab dah lama tak pergi kubur bak.. sebab terpaksa naik bukit tinggi untuk ke kubur. Za xmboh menyusahkan orang untuk tolak mendaki bukit tu.

πŸ’š Tetapi Bak jangan risau, Za akan sentiasa doakan untuk Bak di sana, Za doakan agar Bak ditempatkan di Syurga yang tertinggi insyaAllah. 

πŸ’š Banyak pengorbanan jiwa dan raga Bak dan Che untuk besarkan Za. 

πŸ’š Semoga Allah kurniakan Bak dan Che mahligai yang sangat indah di sana.. Kita kumpul balik di sana bersama-sama yer .. 

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul

 Ya Allah, bantulah mereka.. 

Ya Allah, ringankanlah bebanan mereka..

Ya Allah, kenyangkanlah mereka..

Ya Allah, berkatilah hidup mereka..

Ya Allah, hapuskanlah musuh-musuh kami..

Ya Allah, butakanlah mata musuh-musuh kami..

Ya Allah, ambillah nyawa musuh-musuh kami..

Ya Allah, masukkanlah rasa takut di hati musuh-musuh kami..

Ya Allah, pesongkanlah senjata mereka ke arah sesama mereka..

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk melawan musuh-musuh kami..

Ya Allah, Engkau bantulah kami untuk mempertahankan Islam daripada tangan-tangan musuh-musuh kami..

Ameeennnnn... Hanya kepadaMu kami berserah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan..

Ameeennnn Ameeeeennnn Ya Robbal A'lameeennnnn










Tiada Daya Upaya Kami, Segalanya Kami Berserah KepadaMu..
Bantulah Saudara Saudara Kami di Sana..

Selasa, 30 Januari 2024

Lauk Ikan Singgang, Sayur Air Teney, Ikan Goreng, Budu

πŸ€Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kepada Semua Sahabat Blogger.. Semoga Kalian Semua Diberi Kesihatan Yang Baik..

πŸ€ Alhamdulillah, hari ni masak lauk simple masakan orang Terengganu pure..

πŸ€Ikan Selayang Singgang

πŸ€Bahan-bahannya adalah 

  • Ikan selayang segar
  • Kunyit (nak lagi mengancam letak kunyit hidup)
  • Lengkuas
  • Asam Keping
  • Garam
πŸ€Caranya : 
  • Panaskan air sampai mendidih.
  • Masukkan semua bahan2 termasuk ikan yang telah dibersihkan. 
  • Biarkan sehingga air mendidih dan ikan masak. 
  • Nak pastikan ikan masak, tengok isi ikan di hujung ekor.. kalau dah meregang dari tulang, sila angkat dengan segera.

πŸ€ Tip nak sedap :
  • Ikan tu bersihkan sebersihnya, buang sisik di bahagian ekor, dan bersihkan semua sisik di seluruh badan ikan.
  • Air hanya sekadar tenggelam ikan.
  • Masukkan bahan2 tu banyak sehingga rasa dalam kuahnya. 
  • Jangan terlalu banyak nanti xsedap, pedor/ rahang orang Trengganu panggil.
  • Makan dengan nasi panas2 berlaukkan budu campur bawang, halia, lada burung, bawang kecik yang diracik halus.
πŸ€ Lauk macam ni favourit kakak dan adik.. simple dan sihat. Adik ngan kakak perlu makan ikan banyak2 supaya cerdik dan cerdas (tupun kalau rajin belajar, kalau malas makanla ikan sekilo sehari pun xkan jadi pandai πŸ‘½)


πŸ€ Sayur Air Teney

πŸ€ Bahan-Bahannya adalah :
  • Teney (tak tahu la orang luar panggil ape)
  • Isi ikan selayang yang telah direbus/dipanggang/digoreng) Lagi banyak lagi sedap dan lagi bagus.
  • Bawang merah dan putih yang dimayang atau ditumbuk
  • Lada Hitam (ditumbuk atau pakai je yang dah siap dikisar)
  • Asam Keping
  • Lada merah yang tak pedas, kalau pedas anak-anak x makan :P
  • Air 
πŸ€ Cara2nya :
  • Panaskan periuk, letakkan sesudu minyak yang sihat lagi menyihatkan.
  • Tumiskan bawang merah/bawang putih/lada hitam sampai wangi semerbak 
  • Masukkan air dan isi ikan
  • Biarkan mendidih, dan masukkan teney dan tunggu sampai masak.
  • Masukkan perasa garam secukup rasa.

πŸ€ Ikan Selayang Goreng

πŸ€ Ikan Selayang tu dilumurkan dengan Lada, Garam, Kunyit dan Bawang yang telah ditumbuk lumat.. Goreng garing-garing.


πŸ€ Budu ni gambar google sahaja sebab budu ni dihidangkan waktu nak makan, kalau tak habis terus dibuang.. xboleh disimpan sebab nanti tak sedap. :D 

πŸ€ Kalau ada buah pauh/ pelam yang separa masak boleh ricihkan dalam budu.. meleleh air liurnya kalau terbayangkan kesedapannya. MasyaAllah nikmat..

πŸ€ Ok, siap masakan untuk hari ni, nasi takde sebab ibu dan abi hanya makan ikan, sayur, cicah budu :D..

πŸ€ Sebenarnya Adik Baem yang request nak makan nasi + telur mata malam tadi... Alang-alang masak, biar betul2.. maka lahirlah pelbagai lauk ni.. kalau x masak nanti Ldy ngn suami makan telur ngan budu sahaja.. Pun sedap :D..

πŸ€ Yang pasti, bila terlahirnya lauk ni maka Adik pun makanla nasi ngn ikan singgang.. telur pun dah lupa dari ingatan. Malam ni la ibu suapkan adik telur mata ngan kicap dan nasi panas.

πŸ€ Alhamdulillah.. 

πŸ€ Minggu depan lak ibu masak yer anak-anak. 

Ahad, 28 Januari 2024

Pesanan Untuk Anak Lelaki Ibu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Video ni Ldy jumpa di TikTok.. Kelakuan kanak-kanak lelaki seusia Adik Ibraheem.. dalam lingkungan 4/5 tahun begitu. 

Bagi Ldy, nampak jelas sangat anak kecil ini seorang yang bertanggungjawab dan sangat sayangkan ibunya. Menjaga ibunya dan merawat ibunya.. 

Sedari kecil sudah jelas kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk seorang ibu.

Ldy selalu berpesan pada Adik..

πŸ’— Adik, adik seorang anak lelaki ibu dan abi.. adik perlu jaga ibu, abi dan kakak sebab adik lelaki.

πŸ’— Kalau orang jahat datang, adik perlu lindungi ibu dan kakak.. adik perlu belajar ilmu pertahanan diri dan tidak takut. Adik perlu berani sebab adik perlu jaga ibu, dan abi serta kakak.

πŸ’—Nanti di sekolah, adik perlu belajar silat.. kakak belajar taekwondo.. nanti kalau dah besar adik dan kakak pergi berperang.. bantu orang yang lemah, jangan biarkan orang jahat menguasai negara kita dan dunia.

πŸ’— Nanti adik besar, adik perlu belajar masak dan masakkan untuk ibu dan abi.. sebab waktu tu ibu dan abi dah tua. Jaga rumah kita sebagaimana ibu jaga.

πŸ’— Kalau ibu dan abi perlu pakai pampers, pakaikan untuk ibu dan abi, waktu Adik kecil seperti sekarang.. ibu dan abi bersihkan najis adik walaupun najis adik 'busuk bango'. Nanti adik perlu buat yang sama untuk ibu dan abi yer.. begitu juga untuk kakak..

πŸ’— Adik jaga ibu dan kakak, kalau ibu dan kakak tidak solat, tidak tutup aurat.. adik perlu larang, tegur dan marah.

πŸ’— Kalau dajjal datang, adik dan abi perlu ikat ibu dan kakak sebab orang perempuan hatinya lemah.. nanti kami akan pergi ke dajjal dan menjadi pengikutnya.

πŸ’— Adik perlu belajar rajin-rajin sekarang.. dengar cakap ibu dan abi serta kakak.. Jangan gaduh-gaduh sebab adik hanya ada kakak dan kakak hanya ada adik.

πŸ’— Nanti kalau adik dah besar, sebelum adik nak kawin.. adik perlu bagitahu isteri adik yang adik perlu jaga ibu.. sebab ibu di bawah jagaan adik.. sebab ibu sakit.. kalau bakal isteri adik tidak setuju, adik perlu cari bakal isteri baru yang sanggup terima ibu dan abi seadanya. Sebab ibu hanya ada adik selaku anak lelaki.

πŸ’— Kalau adik pergi berjalan, jangan lupa bawa ibu dan abi, ibu dan abi tidak pernah tinggalkan adik.. walaupun sesukar mana pun jangan sesekali abaikan ibu dan abi.

πŸ’— Adik, waktu ibu dan abi tua, ibu dan abi akan cakap ibu dan abi taknak ikut.. itu bukan bermakna ibu dan abi taknak ikut tetapi bimbang akan menyusahkan adik.. maka bawa sajalah ibu dan abi, sebab jauh di sudut hati ibu dan abi pasti nak ikut.

πŸ’— Adik, jangan sesekali tunjukkan ibu dan abi ini menyusahkan hidupmu.. kerana sebagaimana susahnya kami dalam mendidik adik dan kakak, kami tidak pernah meninggalkan kalian. 

πŸ’— Jika kami mati dahulu, adik jangan sesekali lupa doakan kami, sentiasa melawat kuburan kami, sentiasa jenggukkan kakak.. jangan biarkan kakak hidup susah.. biar susah sama sama senang sama-sama seperti kehidupan kita dahulu. 

πŸ’— Adik, pastikan suami kakak anak yang soleh, Hamba yang taat padaNya. InsyaAllah suami kakak akan jaga kakak dengan baik. 

πŸ’— Jangan sesekali tinggalkan kakak jika kami telah tiada yer adik.. jangan bagi kakak tidak tutup aurat dengan sempurna.. tegurlah kakak, marahlah kakak.. dan adik jagalah diri supaya menjadi Muslim yang taat padaNya.

πŸ’— Ibu dan Abi sayang kakak sebagaimana Ibu dan Abi sayangkan adik. 

πŸ’— Semoga Allah lindungi kita sekeluarga dari ujian yang berat dan lindungi kita dari azab kubur dan tempatkan kita semua dan semua saudara saudara kita muslim muslimat di SyurgaNya... Ameeennnn..



Sabtu, 27 Januari 2024

Lawatan Kerja Ke Setia Alam [23/01 - 26/01]

Assalamualaikum semua sahabat..

Alkisahnya Ldy up entry lama dalam draf sebab ketidak sempatan update entry baru tetapi tetap nak update 😁Jadi kita korekla yang lama-lama. Sangat lama, wajah Ldy pun nampak masih kebudak budakan waktu tu.. 

Kami sebenarnya bergegas ke Selangor dari Terengganu atas urusan kerja.. Biasanya suami sahaja yang pergi, tetapi kali ini Ldy dan anak-anak perlu turut serta. Rasanya cuti sekolah ni kami perlu cari tempat penginapan sementara di sana. Office kami ada dua, satu di Terengganu dan satu di Setia Alam (HQ), sebab itulah kami berulang alik.. 

Waktu kami on the way ke sana, dari pagi sehingga ke petang meredah hujan yang renyai-renyai dan kadang-kadang lebat juga. Dan ada juga kawasan di sana yang banjir, Terengganu pun banjir. 

Kami tinggal di rumah anak saudara suami yang menetap di sini. Cuaca di perumahan yang kami tinggal pada 4 petang di Setia Alam mendung dan sangat gelap.. Rasanya kalau hujan ni memang lebat lah... 

Tetapi cuaca ni tak lama, lepas tu kembali terang dengan sinaran mentari yang sangat indah.

Ini selepas jam 6 petang. Cantik kan? 

Alhamdulillah tidak banjir.. kalau banjir, terperangkaplah kami di sini. 

Petang Rabu, bawa anak jalan-jalan di Setia Mall.. sementara suami dan kawan-kawan buat kerja. 

Luas sungguh tempat mainannya.. kalau seharian di sini pun takkan bosan untuk anak-anak. Ibu sebagai peneman sahaja yang bosan.. 


Yang 'terbang' tu anak saudara Ldy, Hana Humayra, 6 tahun.. bawa dia sekali teman di adik dan kakak ke Selangor. 

Hana ni sebagai peneutral keadaan.. kalau Si Kakak dan Si Adik sahaja akan sentiasa gaduh.. bila ada sekali sepupu sepupu akan jadi kurang gaduhnya. 

Hari Jumaat kami terus pulang ke Terengganu memandangkan hari Sabtu ada Majlis Graduasi si Adik.

Selasa, 23 Januari 2024

Apa Khabar :D

Salam.. :D
Dah lama betul lady xjenguk teratak comel lady ni.. huhuhu.. berbulan2.. xsempat nak menaip.. huhuhu..

Pejam celik pejam celik Alhamdulillah, sekarang baby Zahra lady dah masuk usia 1 tahun 10 bulan.. sekejap jerk masa berlalu..
Dah besor.. :D tapi masih sangat2 manja.

P/S : ni entry Lady dalam draf, Lady check draf terpandang entry ni.. dah berkurun disimpan dalam draf.. 

Gambar ni waktu usia kakak 1 tahun 10 bulan dan sekarang 10 tahun 8 bulan.

Kita up yang dalam draf je lah hari ni.. sian dia tersimpan di situ.. 

Isnin, 22 Januari 2024

Ya Allah, Engkau Bantulah Saudara Kami Di Palestin

Tiada kata yang mampu menggambarkan..

Tiada rasa yang mampu diungkapkan..

Hanya hati yang mampu merasakan..









Bijak pandai ada mengatakan, 
"Bersyukurlah kite berada di bumi yang aman, tiada peperangan, kita dapat hidup aman dan harmoni di sini".

Tapi aku merasakan, apakah 'rasa' kita masih aman, 'hati' kita masih tenteram apabila
saudara kita dibantai, dibunuh, dipijak, dilenyek dengan kejam?

Aku sedih, setiap saat hatiku merintih..
Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain derma, doa dan boikot.

Setiap hari aku menantikan dan berharap dengan sepenuh harapan, Engkau hentikanlah peperangan dan Engkau berikanlah kebebasan kepada Palestin.

Tetapi aku turut sedar, Allah telah janjikan Palestin akan bebas apabila sampai waktunya, dan mereka yang kejam akan penerima pembalasannya nanti.

Ya Allah, bantulah kami, kuatkanlah mereka, lemahkanlah musuh-musuh mereka.

Hanya kepadaMu tempat kami meminta dan memohon pertolongan. Ameeeennnn..


Ahad, 21 Januari 2024

Remis Masak Lemak & Remis Masak Stim Versi LadyBird's Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Warga Maya.. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak Ldy. Semoga kalian sentiasa diberi kesihatan yang baik, doa juga untuk warga Palestin, Yaman, dan Syria agar Allah bantu mereka dan kita.. Semoga kemerdekaan milik kita bersama.. ameeennnn..

Sekarang di Terengganu musim remis 'melawat' ke tepian pantai. Beberapa lokasi pesisir Pantai Terengganu menjadi tempat tumpuan remis bertandang. Biasanya musim ombak besar, remis di dasar laut akan dihanyutkan oleh ombak ke pantai. 

Biasanya yang biasa Ldy dengar, tempat yang biasa ada remis adalah di Pantai Pulau Kerengga, Chendering dan Pantai Rhu Dua. Rhu Dua ni adalah Kampung suami Ldy, jadi pernah ada pengalaman kutip kerang yang berjuta-juta lemon berada di atas pasir menyerahkan diri untuk dimakan. 

Biasanya orang kampung berdekatan terlebih dahulu yang memungut dan makan sebelum orang-orang luar kawasan berkunjung memeriahkan suasana. Kalau waktu kerang hari tu, pesisir pantai Marang seperti pesta, meriah sungguh. Peniaga-peniaga tumbuh bagai cendawan.. tetiba sahaja muncul. :D

πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Berkaitan dengan remis ini, alkisahnya remis ini Ldy bukan tangkap sendiri tetapi Ldy beli dengan orang yang biasa tangkap remis. Biasanya orang yang pandai tangkap remis ni dapat banyak dan tahu cara nak cari dan 'igak' remis. Bagi Ldy yang berasal dari Bandar Kuala Terengganu ni memang tak berapa pandai 'kutip'. 

Biasanya remis ni, waktu Maghrib sehingga ke malam lebih banyak berbanding waktu siang... 

Malam tu lebih kurang waktu Isyak, adik tu hantar kat rumah Ldy.. masih hidup dan segar lagi.. Ldy rendam dulu dengan air masin yang dibekalkan untuk buang segala pasir dari mulut dan perut remis, biar mereka muntahkan semuanya dahulu sebelum dimasak. 

Keesokannya, Ldy pun buatla masakan yang dipanggil Masakan Hentam Keromo. Masukkan ape sahaja yang berada dalam peti.

Perlu masakkan semuanya supaya ia dalam keadaan segar, kalau simpan dalam peti nanti rasanya tak sedap..

Tada... ni lah hasil pertama... Ldy stimkan dia.. segala mak nenek sayur, asam garam, bunga kobis, serai.. Ldy masukkan kesemuanya dan kukus.. Petanda dia masak, semua cengkerang-cengkerangnya terbukak.. 

Si Kakak dan Si Adik memang suka makan.. ratah sahaja sampai habis.. Alhamdulillah, tak terasa penat ibu yang masak kalau hasil masakan habis. 

Ini hasil kedua.. Remis Masak Lemak Kuning.. Cara-caranya seperti kita masak Ketam Masak Lemak. Yang ini kakak seorang sahaja yang habiskan. 

Ldy dan suami kurang sikit makan sebab rasanya agak berpasir.. tapi kuahnya sedap, manis.. makan kuah sahaja.. :D

Settle masakan remis untuk anak-anak, maka terhasillah lauk untuk kami ratah pula.. 

Alhamdulillah, terhasillah sup ayam ala kadar sahaja.. sedap teramat apabila kita makan waktu kita lapar. :D.. 

Makanan yang paling sedap adalah makanan yang kita makan waktu kita lapar. Alhamdulillah.. 

Ldy dan suami berpuasa 20 jam, Kali terakhir makan adalah pada jam 6 petang, dan berbuka pada jam 2 petang keesokan harinya.. begitulah setiap hari. Kalau nak cheat pun cheat dalam tempoh berbuka juga.. Tetapi sepanjang 'berpuasa' tu, boleh minum air.. 

Setiap hari Isnin dan Khamis kite puasa seperti biasa iaitu Subuh sehingga ke Maghrib tanpa makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. :D.

Bila dah jadi tabiat, nasi sudah tidak diperlukan lagi. Tapi kadang-kadang kami rasa la juga, ambil berkat.. Nanti hilang nikmat makan nasi, sayang.. 



Khamis, 18 Januari 2024

CERITA TENTANG KAKAK I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat blogger.. πŸ’“πŸ’“πŸ’“ 

Semoga kalian semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lingkungan rahmat dan pertolongan Allah. Begitu juga untuk saudara-saudara kita di Palestina, Syria dan Yaman. Ameeennnnn.. Hanya Allah sahaja yang mampu menolong kita semua..

Lady ada dua orang anak sahaja, seorang perempuan dan seorang lelaki. Perbezaan sangat jelas antara kedua-duanya.. tidak pasti kerana faktor genetik atau pengaruh persekitaran.

Kali ni Ldy nak bercerita tentang kakak sebab kakak selalu tanya tentang dia.. Ldy tidak pandai berkomunikasi secara lisan, maka kita jadikan ia dalam bentuk tulisan.

Kakak Fateemah (4 tahun)

πŸ’– Fateemah Az Zahra nama diberi. 

πŸ’– Kakak ni sewaktu baby sangat mudah untuk menjaganya. Sangat bertoleransi dengan keadaan ibu. Seorang yang sangat tenang. Suka tidur. Sangat sangat suka tidur.

πŸ’– Waktu keluar dari perut ibu pun kakak tidur. Ibu dengar doktor kata, eh tidur lagi budak kecik ni.. tak sedar dah tukar alam. Kemudian dr tepuk punggung barula dengar kakak menangis.

πŸ’– Sukar untuk menangis dan tidak pernah mengamuk sekiranya ibu berada bersamanya. Slow sangat orangnya. Tidak perlu marah-marah... hanya menurut. 

πŸ’– Sangat mudah, baik.. sentiasa ada pertolongan Allah untuk kakak..Sehingga ibu bimbang untuk mendapat anak lain, bimbang ia tidak seperti kakak.

πŸ’– Kakak dijaga ikut jadual ibu... ibu sediakan jadual makan, tidur, berjaga. Ibu akan pastikan 1 jam berjaga lepas tu ibu bagi tidur. Sebelum tidur ibu akan pastikan menyusu. Tidur pula lama.. dalam 2/3 jam.

πŸ’– Bilangan jam berjaga ni berubah sesuai dengan perubahan usia. Ibu akan bagi tidur sebelum mengamuk.. dan ibu pastikan makan sebelum lapar. Ibu nak elakkan mengamuk dan menangis.. maka ibu akan sentiasa perlu alert dengan waktu. Jadi mudah untuk ibu melakukan kerja kerja ibu. 

πŸ’– Waktu ibu membesarkan kakak, kita tinggal di rumah Tok Ma. Di belakang rumah Tok Ma ada sebuah bilik besar yang selayaknya dipanggil sebuah rumah.. ada ruang tamu, bilik, dapur dan toilet.. Di situla kami masak, makan, mandi, bekerja, tidur.. 

πŸ’– Ibu dan abi sentiasa bawa ke mana sahaja ibu dan abi berada, waktu kakak kecik.. abi bekerja sebagai wedding fotografer. Maka kakak sentiasa dibawa ke setiap lokasi .. dan kakak boleh duduk berjam-jam dalam kereta tanpa merengek. 

πŸ’– Waktu itu, kereta kita adalah rumah kita, pelbagai jenis mainan ade dalam kereta beserta makanan dan sedikit pakaian. Waktu tu, telur adalah makanan wajib yang sentiasa akan bersama kita supaya kakak sentiasa kenyang. Kakak tidak memilih, apa yang ibu suap itulah kakak makan.. Dalam hidup kakak, ibu tidak pernah dengar kakak sebut lapar.

πŸ’– Kakak waktu kecik 'suka' sangat demam, selang dua minggu demam, dari baby sehingga usia 2 tahun. Selepas tu dah jarang demam.. Syukur sangat-sangat. Kakak ibu tidak pernah bagi ubat hospital. Ibu fobia dengan ubat, maka anak ibu pun tidak diberi ubat.

πŸ’– Waktu kakak baby, ibaratnya kehidupan ibu dan abi struggle. Emosi kami tidak stabil.. pelbagai dugaan datang silih berganti. Yang itu ibu tidak perlu tulis di sini yer kakak. 

πŸ’– Waktu kakak baby, pelbagai jenis perniagaan kami usahakan. Fotografer perkahwinan hanya mendapat permintaan kebanyakan pada cuti sekolah.

πŸ’– Kakak berusia 4 bulan, ibu start buat perniagaan online. Ibu jual rempah dan pencuci wanita Sireh Lovely Care. Bermula dengan telefon yang diberi pinjam dan pemberian laptop yang perlu bayar dengan harga RM180 sahaja (pok ijue bagi). 

πŸ’– Alhamdulillah boleh menampung sedikit sebanyak keperluan hidup kita anak beranak. Hidup tidak pernah meminta, kesusahan ditanggung dan dipendam bersama. 

πŸ’– Sokongan dari keluarga sangat banyak.. sangat-sangat banyak.. tidak mampu untuk dihuraikan dan tidak mampu untuk dibalas. 

Fateemah Az Zahra (4 tahun)

πŸ’–Selepas tu, ibu ngan abi buat dan jual rempah sendiri. Tokma jadi tulang belakang, Mok Long pemilik resepi. Terima kasih Tok Ma, Terima kasih Mok Long.

πŸ’– Guna medium sosial Facebook dan Fb adds. Mempunyai seorang pekerja. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. 

πŸ’– Adik beradik support, tolong beli, tolong agihkan, tolong jualkan. Kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan USM semua saling membantu untuk jadi agen jual ke seluruh Malaysia. Terima kasih semua.. kalian sahabat2 yang hebat.. Ldy doakan agar kalian semua ke SyurgaNya tanpa hisab. Ameennn..

πŸ’– Waktu ini ibu dan abi sudah mulai busy, kakak dihantar ke sekolah. Dari jam 8 pagi sehingga jam 3.30 petang. 

πŸ’– Apabila busy, masa untuk kakak berkurangan.. kami 'terlalu muda' lagi pada waktu itu, kurang pengalaman.. Ibu rasa kakak kekurangan kasih sayang. 

πŸ’– Waktu ini perangai kakak berubah secara perlahan-lahan. Ibu mohon maaf kakak. Ibu silap. Banyak lepaskan tekanan emosi pada kakak, dan kakak melihat diskusi kami seperti sebuah pergaduhan.

πŸ’– Selepas ibu jual rempah, kami kumpul duit, kami buat operasi jahitan jubah. Waktu ni perniagaan pakaian custom made sangat mendapat permintaan. Alhamdulillah. 

πŸ’– Sebenarnya ibu tiada kemahiran menjahit.. tetapi ibu dan abi tidak pernah jadikan ia sebagai suatu kekurangan. Abi buat adds, ibu dan abi design, dan pekerja kita yang jahitkan. 

πŸ’– Cik Ngoh Nurul sepupu ibu jadi tulang belakang kepada perniagaan ini. Terima kasih Cik Ngoh, sanggup jatuh bangun sama-sama.

Kita sewaktu shoot jubah

πŸ’– Ini gambar Kakak waktu teman ibu ngan abi shoot jubah homemade.. waktu ini kita ada lebih kurang 6 orang pekerja.. Alhamdulillah.. Banyak cerita jatuh bangun waktu ini, ibu akan ceritakan satu persatu untuk kakak.. insyaAllah. 

πŸ’– Waktu ini ibu rasa kakak dan mula ada peel special. Ibu mohon maaf, ibu harap kakak berubah seiring dengan usia kakak. Hormatilah ibu dan abi serta sayangilah adik. Kakak lahir bersama sebuah perjuangan untuk meneruskan kehidupan kendiri. 

πŸ’–Perit jerih dalam membesarkan kakak oleh seorang ibu OKU sangat sukar untuk diceritakan. Di samping ibu dan abi berhempas pulas untuk bekerja tanpa memohon bantuan dan menagih simpati sesiapa apatah lagi untuk memohon pertolongan orang lain menjaga kakak. 

πŸ’–Dalam waktu yang sama, abi juga jual produk kecantikan.. Sabun Honeyglow dan seluar orang mengandung secara atas talian. Semua dibuat atas talian supaya kami dapat fokus kepada penjagaan kakak. Alhamdulillah... 

πŸ’–Kasih sayang pada kakak tidak pernah berkurang malah terlebih-lebih.. cuma emosi kami sukar untuk dijangka kerana dalam dunia perniagaan ini banyak ujian dan dugaan yang akan tiba dan tidak disangka-sangka. Hanya orang yang kental sahaja akan mampu bertahan.

πŸ’– Waktu kakak berusia 5 tahun.. Alhamdulillah bermulalah kita mempunyai pejabat sendiri di Gong Gemia, Kuala Terengganu. Alhamdulillah. Pejabat yang sangat-sangat cantik dan banyak menyaksikan jatuh bangun ibu dan abi. Waktu ni ramai orang tak bayar hutang.. yang ini cerita lain.. hampir 80k.. 

πŸ’– Waktu ini kehidupan kita hampir stabil.. Syukur sangat-sangat.. lebih tenang dan damai walaupun masih tinggal di rumah Tok Ma. Tok Ma ni seorang ibu mertua yang sangat baik, ibu rasa seperti bonda ibu sendiri. 

πŸ’– Kemudian kita berpindah pejabat di Pulau Musang, Kuala Terengganu dan tinggal di situ buat seketika. 

πŸ’– Waktu ini adalah waktu bersedia untuk menerima orang baru dalam hidup kita bertiga. Waktu kakak berusia 6 tahun, kakak dapat adik. Alhamdulillah. 

πŸ’– Maka bermulalah kakak jadi seorang kakak.. dan waktu tersebut kita dah pindah pejabat di Bukit Payung dan terperangkapla kita di situ sepanjang PKP. 

Bersambung... InsyaAllah

Kakak sewaktu usia 5 Tahun

p/s : Setiap orang Allah kurniakan kehidupan berbeza sesuai dengan keupayaannya.. InsyaAllah, sentiasa bersyukur dan jalani kehidupan sehabis baik tanpa bersangka buruk pada Allah. 

Jika kalian klik gambar, akan terus ke FB Ldy.

Rabu, 17 Januari 2024

Hati Ayam Masak Kunyit Versi Ladybird's Life

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Semoga sahabat Syurga semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilapangkan dada untuk menelusuri kehidupan yang sentiasa dengan ujiannya. Semoga ujian-ujian tersebut menjadi batu loncatan untuk kita menuju ke SyurgaNya. InsyaAllah. Ameeennn.. Tidak dilupakan doa untuk saudara Palestina, semoga diberi kekuatan.. doa kami sentiasa mengiringi kalian.. 😟😟😟

Kali ni guna kamera cap ayam sahaja.. :D

Ini alkisahnya hari ini.. (17 Jan 2024). 
Kadang-kadang kita rasa buntu dan tidak tahu nak masak apa walaupun pelbagai jenis hidupan laut dan darat selamat berada dalam peti. Dibelek-belek, ditenung-tenung.. maka terpandanglah hati dan pedal ayam beserta sebatang kaki ayam yang siap dibersihkan berada dalam peti. Dalam lingkungan 500g begitu.

Keluarkan dan masih duk fikir-fikir nak dijadikan lauk ape memandangkan kami berdua hanya boleh makan lauk sahaja.. Maka duk fikir-fikir dan xsempat habis fikir, maka Lady pun kupas dan mayang bawang merah bawang putih. Lepas siap, tetiba pula pergi ambil garam, lada, kunyit dan selamatlah dilumur ayam-ayam tersebut dan diperap. Pun masih tidak tahu nak masak ape, kononnya kite goreng garing-garing makan sahaja. Tetapi apa guna bawang dimayang.. aduhai kisahnya ayam..

Kemudian ambil kuali, letak minyak, tumis bawang-bawang mayang tadi.. Bila ditumis, masukkanlah semua perkakas dari ayam tadi.. selamatkan berendam dalam kuali panas... lalu ditutup... Tiba-tiba tanpa dirancang, Pok Mat jual saytur bunyi hon.. 'pong...pong..pong' van sayur Pok Mat berbunyi.. memanggil manggil lagaknya.. 

Maka tanpa fikir panjang pergi beli kacang panjang, santan, dan ikan selayang sekilo.. pun beli tanpa fikir apa-apa.. kita bantu Pok Mat habiskan barang jualan hari ini.. :D Bak kata orang kita saling berkongsi rezeki.. 

Masuk rumah, rasa hasil masakan.. kenapa 'lecah' rasanya.. maka.. tanpa buang masa kita potong kacang dan masukkan kesemuanya dalam kuali... dirasa-rasa dan dicuba-cuba.. maka ditambahla segala mak nenek sos tiram, sos tomato, kicap Jalen semuanya... maka menjadilah suatu hidangan yang tidak tahu namanya apa.. 

Begitulah alkisahnya hari ini.. Maka siaplah lauk untuk diratah hari ini.. untuk anak pula hangatkan nasi yang ade dalam peti.. :D.. Jangan membazir, membazir itu amalan syaitan.

Dibelek-belek lagi peti kot ade ape-ape yang boleh menambah hidangan.. terpandang mihun goreng yang dua hari lepas berada dalam peti sejuk beku.. Alhamdulillah, maka dipanaskan segera.. Syukur, tidak perlu fikir banyak-banyak.. kita recycle sahaja apa yang ada dalam peti.. tidak membazir dan boleh kosongkan peti..

Syukurlah seadanya wahai anak-anak dan bapak anak.. kita makan sekadarnya sahaja.. rakyat Palestina tu tiada apa yang boleh dimakan.. rumput pun mereka makan wahai anak-anak.. Maka kita jangan sesekali memilih makanan.. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Ya Allah ya Tuhanku, bantulah rakyat Palestina.. berikanlah mereka makanan dan rasa kenyang dan hilangkanlah rasa lapar dan dahaga mereka.. 

Ya Allah, tolonglah tamatkan penderitaan mereka ya Allah.. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.. Ameeennnn..

Sesungguhnya setiap saat hatiku merintih dan berdoa untukmu wahai saudaraku Palestina..



Ahad, 14 Januari 2024

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK IBU

Assalamualaikum wbt kepada semua saudara2 blogger yang dikasihi sekalian.. semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera semuanya... doa juga untuk saudara2 kita di Yaman dan Palestin.. yang berjuang berhabis habisan menentang golongan kuffar penjajah. Semoga kemenangan berpihak kepada kita.. Ameeennnn..

Fateemah & Ibraheem

Wahai anak ibu, Ibu dan abi semakin hari semakin tua.. umur pinjaman semakin hari semakin singkat.. kita tak tahu bila dan di mana usia akan diangkat..

Jika dikabulkan Allah, ibu sentiasa berdoa dan berharap untuk tetap dapat menemani dan membesarkan anak2 ibu dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah untuk ibu sehingga anak-anak ibu besar dan tidak memerlukan ibu dan abi lagi sebagai penjaga.

Anak-anak ibu, sehingga ke waktu ini.. ibu dan abi sentiasa berpesan dan mendidik untuk tidak meninggalkan solat dan sentiasa membaca al - Quran.. dan tidak lupa ibu sentiasa menyuruh anak-anak ibu belajar bersungguh-sungguh menjadi orang yang hebat yang Allah telah tetapkan untuk kita. 

Ibu seorang yang berkira dengan anak-anak ibu dalam segala hal.. berkira untuk tidak membelikan barang-barang yang tidak diperlukan.. tetapi ibu tidak pernah berkira-kira untuk membelikan buku-buku untuk anak2 ibu.. bagi ibu, buku adalah jambatan ilmu.. ia tidak boleh digantikan dengan pelbagai cabang ilmu dalam dunia teknologi ini. Ibu juga tidak pernah berkira-kira untuk membelikan barang-barang mainan sesuai dengan usia anak-anak ibu.. berkotak-kotak ibu dan abi belikan mainan untuk adik dan kakak tetapi untuk kakak, sekarang ibu tumpukan pada buku-buku pelajaran. 

Kakak, kakak sudah berusia 11 tahun pada tahun 2024. Tanggungjawab kakak adalah besar sebagai kakak dan sebagai anak sulung ibu dan abi.. Kakak akan jadi pengganti ibu jika berlaku apa-apa pada ibu.. kakak perlu jaga rumah kita, jaga kebersihan sebagaimana ibu didik kakak dan adik.. jaga pakaian.. jaga kesihatan, jaga adik dan jaga abi.. Ibu nak kakak dan adik menjalani kehidupan biasa sebagaimana hidup dengan ibu. Dan jangan lupa doakan ibu di sana andai itu takdirnya.

Kakak, adik... ibu nak kalian belajar bersungguh-sungguh.. belajar ilmu akhirat dan dunia. Usah hirau tentang lain.. tumpukan pada pendidikan.. buat sehabis baik, selagi Allah kurniakan kita otak untuk berfikir selagi itu kita boleh belajar dan belajar sehingga akhir. Berbakti pada yang memerlukan, jangan berkira dengan orang-orang yang bersama kita. Hormatilah gurumu walaupun jika sekiranya gurumu berbuat salah. Tanpa redho guru, ilmu adalah sia-sia..

Setiap apa yang Allah telah tetapkan dan takdirkan untuk kita, buat sehabis baik, jaga sehabis baik sebab ia adalah yang paling baik untuk kita.  Hargai apa yang kita ada dan syukuri apa yang kita tiada, kerana apa yang Allah tidak takdirkan untuk kita adalah tidak sesuai untuk kita. 

Kakak, adik.. kita tidak pernah ditakdirkan 'bodoh'.. tetapi kita bermula dari bodoh kepada pandai.. jadi jangan sedih jika kita rasa bodoh tetapi belajarlah untuk menjadi pandai.. Jangan berhenti untuk belajar. Jangan sesekali putus di tengah jalan, dalam apa jua kita lakukan, biarlah sehingga ke akhir. Kita akan dapat berkadar dengan keyakinan dan usaha kita. 

Kakak, adik.. ilmu adalah segala-galanya dalam hidup.. ilmu Akhirat mahupun ilmu dunia. Belajarlah ilmu akhirat bersungguh-sungguh dan amalkannya kerana tanpanya kita tiada apa-apa di sisiNya.. dan kita tidak akan dialu-alukan di SyurgaNya. Ilmu Akhirat adalah benteng kita antara Syurga dan Neraka.

Kakak, Adik.. Ilmu dunia tidak kurang juga pentingnya.. Ibu dan abi nak kakak dan adik kuasai kedua-duanya.. Fizik, Kimia, Biologi, Matmatik, Seni, Geografi.. semua cabang ilmu... jadilah pakar sebahagian darinya.. Jangan biarkan negara kita, bangsa kita Agama kita dikuasai dan dijajah semula.. hanya dengan ilmu kita akan mampu menjaga dan mentadbir negara kita sebaik-baiknya.

Kakak, adik... kita jangan menunggu untuk ditolong, tetapi sentiasa bersedia untuk menolong. Belajarlah ilmu pertahanan diri kerana dengan ilmu ini kita mampu menjaga diri dan orang sekeliling kita. Jantina bukan faktor untuk kita lemah menunggu rebah.

Kakak, adik.. kalian telah dididik oleh Allah secara langsung dengan kesusahan.. kesulitan dan air mata. Sebab itu kalian ditakdirkan untuk menjadi anak ibu dan abi. 

Dengan kehidupan ini, ibu berharap ia bakal menjadi anak2 ibu seorang yang berempati dan bersimpati dengan semua makhluk di bumi ini. Jangan sesekali berkira-kira dengan tenaga sendiri untuk sentiasa membantu orang. Sama-samalah berjuang untuk menegakkan hak dan menggulingkan kebatilan serta kejahilan. Jangan sombong dengan diri dan jangan biarkan kelemahan menguasai diri.

Akhir kata, jagalah adab, jagalah tuturkata, hormatilah orang yang lebih tua, sayangi orang yang lebih muda. Sebarkan kasih sayang, sebarkan keamanan. Dunia perlukan kita untuk terus berjuang.

Jadilah pejuang Islam yang berilmu, beriman, dan berjati diri. Ingatlah semua pesanan ibu. Jangan menunggu tetapi sentiasa bersedia dan bertindak.


Khamis, 11 Januari 2024

Giveaway Sampul Raya Rare 2024 - CUYA

 Assalamualaikum.. 

Meh kite pakat join Give Away ni.. 

Sama-sama merapatkan ukhuwah sesama sendiri..

Manala tahu dapat hadiah nanti kan.. Alhamdulillah..

Cantik2 sampul hadiahnya.. 

Terima Kasih Cuya Comey..

p/s : Just tekan link gambar ni untuk terus ke blog cuya dan jom join segmen ini..




Isnin, 8 Januari 2024

Doakan Kami Jadi Anak Soleh Solehah

Assalamualaikum wbt semua sahabat2 dunia akhirat Ladybird's Life. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat insyaAllah... ameeennnn..

Fateemah -Kakak

Mohon sahabat semua doakan Lady untuk jadi ibu yang baik.. Lady jadi anak, ibu dan isteri solehah.. 

Lady buat sehabis baik untuk jadi baik, tetapi Lady tak mampu.. Lady ada tekanan dalam diri yang tersendiri.. kadang-kadang anak dijadikan tempat untuk dilepaskan dan kemudian Lady akan menyesal bila berfikir balik.. 

Lady tengok kakak2, ipar2 Lady semua baik-baik dengan anak-anaknya.. soft spoken.. anak-anaknye cerdik dan dengar kata.. 

Tetapi Lady dan anak berbeza.. kadang-kadang rasa nak bagi orang lain yang baik untuk jaga dan bentuk mereka.. πŸ˜“πŸ˜”πŸ˜•sebab Lady rasa semua sebab Lady sendiri.. 

Lady cuba buat sehabis baik.. tetapi tak sampai sehari, Lady akan jadi singa balik..

Lady akan menjerit terpekik memanggil anak bila anak-anak Lady keluar dari rumah sebab keluar je dari pagar rumah Lady adalah jalan besar dan kenderaan banyak. Ibu-ibu lain tak perlu menjerit terpekik2 memanggil anak sebab mereka boleh bergerak.. mereka boleh terus pergi dan memimpin anak-anaknya masuk rumah..

Lady akan terpekik lagi memanggil anak-anak untuk makan sedangkan ibu-ibu yang lain hanya perlu pergi kepada mereka dan bagi makan dan suap mereka.. 

Lady akan marah lagi bila mereka nak mandi tak masukkan baju dalam mesin basuh, tak bawa tuala.. sedangkan ibu-ibu yang lain just perlu ambil dan masukkan tanpa menyuruh itu ini pada anak-anak..

Lady akan jadi singa bila toilet selepas guna tak bersih, sebab Lady tak macam ibu yang lain boleh terus pergi flush toilet lepas anak membuang.. 

Lady akan jadi singa lagi bila mereka bermain dengan mainan dan buat mainan bersepah sebab Lady tak boleh lalu dengan kerusi roda bila ada mainan merata-rata.. 

Lady nak mereka bantu ringankan tugas Lady sebab Lady kekurangan tenaga untuk buat semua seperti ibu ibu yang lain. 

Bersih rumah, basuh baju, sidai baju, bersih toilet, basuh pinggang mangkuk, kemas dapur, kemas laman.. Lady nak mereka tolong.. tolong buat dan tolong memahami.. 

Ibraheem - Adik

πŸ’”πŸ’”πŸ’”

Lady hanya bersih toilet sekali sehari yakni sewaktu Lady masuk mandi.. maka sebelum waktu tersebut sesiapa yang guna toilet perlu uruskan toilet sehabis baik.. tetapi untuk mendidik anak2 lady seusia 10 dan 4 tahun itu perlukan tenaga suara untuk memantau dan memesan.. kadang-kadang Lady berada dalam bilik/ ruang tamu/ dapur sewaktu mereka guna toilet.. maka Lady perlu gunakan kekuatan suara untuk beri peringatan supaya mereka ingat tugas mereka sebab Lady tak dapat cepat-cepat bangun menuju ke toilet untuk memantau. Kesukaran bergerak itu menyebabkan Lady perlu gunakan suara.. maka rumah Lady ni kemungkinan sentiasa bising dengan bunyi bunyi suara Lady dan anak-anak.

Itu baru urusan rumahtangga, belum lagi kerja sekolah mereka.. Lady tak tahu bagaimana anak-anak orang lain.. tapi Lady risaukan si kakak.. kakak akan darjah 5 tahun 2024.. tetapi matematik, sejarah, sains dan semuanya lah masih belum dapat kuasai lagi terutama matematik.. time mengajar tu akan jadi singa lagi.. anak-anak lady akan kene marah lagi.. si adik xperlu lagi buat kerja sekolah just membaca sikit-sikit. jadi takde la kene marah lagi.. yg asyik kene adalah si kakak.. 

Lady tak pasti kenapa kakak tak pandai mcm anak-anak orang lain (yg dapat A).. mungkin juga sebab darjah 1 dan darjah 2 PKP. dan mungkin juga sebab Lady tak ajar dari awal.. biarkan mereka bermain dari darjah 1-4.. bila hujung-hujung darjah 4 baru Lady kalut bila tengok keputusan peperiksaan. sebelum ni xde pula cikgu buat peperiksaan.. tu yang sedikit confuse maka sebab tu x terpantau prestasi mereka. Kesilapan Lady sendiri juga.. dan ia buat anak Lady si kakak ni jadi stress.. 2/3 hari ni Lady rehat dlu dari ajar kakak sebab Lady sedang memujuk hati untuk bertenang dan cari idea bagaimana nak ajar dengan baik.. 

Dulu pernah masukkan kakak ke kelas tuisyen tp cikgu tuisyen mengadu kakak begitu begini jadi Lady stress sebab kakak buat 'cikgu stress" maka Lady stop tuisyen.. biar Lady sendiri yang ajar. Padahal cikgu tuisyen mengadu begitu begini sebab nak Lady tahu anak Lady, tapi Lady pula jadi stress maka Lady stopla tuisyen tu. Maka Ladyla pula jadi stress sepenuhnya .. dari mendidik untuk uruskan rumahtangga, mengaji dan belajar. Lady tak boleh bila orang lain bagitahu anak kite begitu begini sebab hati Lady sensitif seolah-olah Lady tak pandai dalam mendidik. dan hakikatnya begitulah keadaannya.. 


πŸ’”πŸ’”πŸ’”

Bila semua bende Lady jadi garang, marah, pesan.. ia jadi habit.. bila jadi habit Lady akan jadi stress untuk buang balik habit tu.. tetapi bila ajar, cakap, suruh, tegur dengan lembut ia tak menjadi.. mereka tak ikut.. kerja x siap.. πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

Begitulah.. kalian mohon doakan Lady, suami Lady, Fateemah dan Ibraheem semua jadi anak solehah yer.. kami semua ni perlukan doa untuk jadi anak solehah.. mungkin waktu kecik-kecik dulu Lady ni sama je dengan anak-anak Lady.. orang kata anak itu cerminan diri.. maka begitulah..

Mohon doa yer.. Lady nak jadi ibu yang baik, ibu yang baik, lembut, tegas.. bukan ibu singa jadi jadian..

Khamis, 4 Januari 2024

AKU Pemandu OKU

Assalamualaikum semua sahabat maya.. semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.. tidak dilupakan doa untuk saudara Palestina di sana.. semoga Allah mudahkan perjalanan kita semua menuju pada-Nya.. masing-masing punya jalan ujian yang Allah telah tetapkan. Apa-apa jua ujian , hanya Allah sebaik-baik penolong.

πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Gambar Diambil Dari Google

Hari ini Lady ingin bercerita tentang pemandu Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya. Memang kurang keupayaan sungguh kehidupan Lady ni.. Tetapi pertolongan Allah sentiasa hadir, InsyaAllah.. ameeennnn..

Kalian mesti pernah melihat kereta/motor yang mempunyai sticker OKU berwarna biru atau ada juga yang berwarna merah. Biasanya pemilik kenderaan tersebut memiliki kekurangan tertentu.. Fizikal, Pendengaran, Penglihatan (ada sebahagian dari mereka boleh memandu) dan lain-lain. 

Untuk masalah OKU Fizikal, setiap individu memiliki kekurangan yang berbeza walaupun nampak secara fizikalnya sama.. ada yang ada sebelah kaki, tanpa kaki, tangan satu, atau tanpa tangan.. itu secara fizikal yang nampak jelas dengan mata kasar. Secara tak terlihatnya adalah masalah bersangkutan dengan itu.. kekurangan yang melibatkan saraf atau tindakan saraf. Biasanya masalah ini dialami oleh pesakit 'Spinal Cord Injury'.. Kami mempunyai pelbagai keadaan tindak balas spontan, beserta masalah trauma. Biasanya OKU yang lulus lesen memandu ni diperakui untuk memandu tetapi tetap menghadapi kekurangan. Maka pemandu lain perlu 'alert' dengan kereta yang mempunyai 'sticker' OKU.

Contohnya Lady sendiri, Lady ada masalah Spinal Cord Injury disebabkan kemalangan kecil dan menyebabkan sebahagian besar badan Lady tidak mampu berfungsi dengan baik, tetapi tetap boleh menjalani kehidupan seperti manusia lainnya dengan caranya tersendiri. Pada mata kasarnya hanya kaki sahaja yang terlihat lemah, tetapi pada hakikatnya tangan juga lemah kerana Lady menghadapi masalah pada C3 dan C4 serta kawasan L (kedudukan saraf pada tulang belakang).

Lady boleh memandu dengan baik (kereta yang telah dimodified), Alhamdulillah.. tetapi Lady tidak cekap untuk menukar laluan dengan segera atau berfikir dan bertindak dengan cepat. Lady juga takut dengan bunyi hon atau bunyi siren ambulans/bomba dan seumpamanya. Lady tidak boleh melihat kemalangan ngeri dan sekiranya bertembung lady akan buat-buat tak nampak dan tarik nafas dengan tenang supaya lady tidak menggelabah. 

Keadaan ini tidak menjejaskan pemanduan lady sekiranya lady pandai untuk bertindak.. sebelum dapat lesen lady telah diajar untuk bertenang dan bertindak supaya emosi takut tidak menguasai.

Contohnya jika Lady mendengar siren polis/bomba/ambulans.. Lady tidak perlu menukar laluan .. hanya perlu ketepikan sahaja kereta walaupun pada ketika itu lady berada di sebelah kanan. Pemandu kenderaan tersebut akan memahami dan melalui di tengah2nya. (Sebenarnya sekarang apabila dah memandu lama(lady ada lesen pada tahun 2008), Lady melihat ramai sahaja yang tidak menukar laluan .. hanya sekadar ketepikan kenderaan masing-masing pada lorong masing-masing. Bila keadaan itu berlaku, wujud satu lorong khas untuk kenderaan kecemasan melaluinya. 

Yang kedua, Lady cemas untuk menukar laluan.. contoh jika Lady lambat Lady perlu duduk di kiri.. Apabila di kiri pula, Lady bimbang pada kenderaan motor dan kenderaan kecil yang tiba-tiba muncul. Maka jika lorong yang Lady nak masuk nanti di sebelah kanan, Lady akan sentiasa berada di belah kanan.. dan Lady akan pastikan kenderaan Lady lebih laju dari kenderaan sebelah kiri.. jika sebaliknya Lady akan bagi signal kanan seolah-olah Lady nak masuk lorong kanan supaya mereka mudah untuk memotong Lady. (Biasanya kalau di sebelah kanan Lady akan memandu 90-100 km/j)

Sekiranya lorong yang Lady perlu masuk nanti sebelah kiri.. Lady akan stay sahaja di sebelah kiri sehingga sampai ke lorong Lady tu. Maka lambatlah perjalanan Lady.. Tetapi sekiranya perjalanan masih jauh Lady beralih ke kanan sehingga Lady selesa untuk menukar haluan. Sekiranya lorong terlepas disebabkan kereta banyak atau tidak bertemu dengan waktu yang sesuai untuk menukar haluan, maka Lady akan teruskan perjalanan sehingga Lady jumpa lorong seterusnya. Yang penting Lady perlu tenang. Belajar untuk tenang dalam apa jua keadaan.. Prinsipnya terlepas lorong boleh uturn πŸ‘…. Yang penting tidak merbahayakan diri dan pengguna jalan yang lain. Kalau Lady melalui jalan kampung yang kecil, dan banyak kenderaan bersusun di depan dan di belakang Lady.. Lady ketepikan kereta dulu di tempat yang sesuai sehingga semua kereta tersebut berlalu dengan aman. 

Sekiranya Lady perlu menghantar anak ke sekolah awal pagi, Lady perlu bertolak awal seusai solat Subuh kerana sekolah kakak 30 minit dari rumah Lady. Maka Lady turun seawal 6.05-6.10 pg dan tiba jam 6.30 pagi lebih2.. Takpe awal asalkan selamat sampai. Begitu juga balik sekolah, Lady perlu pergi awal untuk elakkan sampai lewat dan stress di jalanan. Sebenarnya jarang sangat Lady hantar anak sekolah.. sebulan mungkin 2/3 kali bergantung pada kerja suami.

Ini cerita tentang kondisi pemanduan Lady sahaja, setiap OKU berbeza situasi. Penting sangat2 seorang driver OKU menggunakan sticker OKU supaya pengguna jalan yang lain dapat alert dengan kami. Kami manusia lemah yang perlu melalui kehidupan seperti manusia normal. Kami memohon pemahaman dan keikhlasan dari kalian untuk membantu melancarkan kehidupan kami yang secebis ini.

Bila Suami yang drive, Lady akan bagitahu potong sahaja kereta tu tanpa perlu menaikkan lampu 'teguran' sebab pemandunya OKU walaupun mereka tidak menggunakan sticker OKU. Lady jadi kenal dengan sama spesis kami. 

Lady menulis di sini supaya ada sedikit pengetahuan orang normal tentang kondisi kami.. kerana jika kami tidak menulis dan bercerita insyaAllah kalian tidak memahami.. dan akan silap faham tentang kami. 

Terima kasih kepada semua sahabat sudi membaca dan menerima golongan kami berada bersama kalian. 

Nanti kalau jumpa kereta kami tegur tegur la yer.. ✌✌✌ Kalau jumpa Lady drive sebelah kanan, jangan segan-segan untuk potong yer..

Isnin, 1 Januari 2024

TRIP KEDAH 29 DIS 2023 - 01 JAN 2024

 Assalamualaikum warga blogger semua.. Selamat Tahun Baru Masihi 2024. Semoga kalian dan kita semua berada di bawah naungan rahmat Allah. Tidak lupa juga doa kita untuk saudara Palestina.. semoga Allah tamatkan pembunuhan ini. Hati sangat sakit dan hiba melihat keadaan mereka.. setiap hari ramai yang syahid. Semoga pembunuh-pembunuh mereka dilencongkan hati ke arah kebaikan. Tentera-tentera mereka tersasar tembakan, dan pemimpin-pemimpin mereka dihancurkan.. Ameeennnn

πŸ’”πŸ’”πŸ’”πŸ’”πŸ’”πŸ’”πŸ’”

Pada 29 Dis 2023 - 01 Jan 2024.. kami ditakdirkan berada di Perak dan Kedah.. Bumi tercinta.. ibarat kata setiap tahun 3/4 kali kami akan ke sana.. Kedah negeri tumpuan kami menikmati suasana desa. Hati tertinggal dan terikat di desa sana. Ibarat kata, kami seperti pulang ke kampung halaman jika ke sana. Kami biasa menetap di Awara Chalet, betul-betul berlokasi di tengah-tengah bendang. Alhamdulillah, pemilik dan penduduk setempat seperti telah menerima kami sebagai warga tempatan.

Pernah dulu kami dapat sekotak buah mempelam harum manis. Salah seorang penduduk kampung di situ hantar ke bilik penginapan kami. Syukur sangat-sangat. Telur itik pun diberi secara percuma.. kami rebus dengan water hitter kat chalet. πŸ˜€ 

Makcik yang disebelah kiri ni pemilik Chalet Awara.. Chalet lupa pula nak snap kali ni.. Nama Acik ni, Cik Puan.. Kalau kalian ke Kedah boleh singgah di sini.. Waktu ni di awal pagi, bangun pagi-pagi ke bendang..

Inilah kerja kami sekeluarga setiap hari sepanjang di sini.. mencari ketenangan di tengah-tengah kekalutan hidup

Sekarang, hampir 87% kawasan padi di Kedah sudah menghijau, dan hanya sebahagian sahaja yang masih belum ditanam dengan padi. Udara segar, pemandangan indah.. seperti hamparan permaidani hijau.. kelihatan sangat lembut melintuk-lintuk apabila ditiup angin. Waktu kami di sini, cuaca panas dan sesuai untuk aktiviti ke bendang.

Budak Awang ni belum mandi.. masih mengantuk.. teman ibu jalan-jalan keliling kampung dengan 'kereta kecik' ibu. Terima kasih sebab sentiasa menemani ibu.. bila penat berjalan dia menumpang pula atas kereta kecik ibu.

Ibu kalau duduk begini, seharian pun takpe.. jiwa dah terikat dengan alam.

Sebelah jalan ni ade chalet baru, berkolam... betul-betul tepi jalan kecik dan di tengah-tengah sawah. Tapi cari nombor telefon tiada ditinggalkan.. Chalet ni dalam 500 meter dari Chalet Awara.. (kelihatan seperti chalet tp Acik bagitahu seperti Chalet tp dibuat tempat penginapan kedua pemiliknya)

Orang-orang kedah ni suka bela kucing.. setiap kali kami ke mana-mana akan ada kucing yang menemani kami.. follow kami rapat-rapat. Terima kasih Miow..

Si Kakak Fatimah ni kalau ajak bergambar memang gitula mukanya.. takut nak senyum nampak gigi.. sedangkan ibu ngn abi jaga gigi dia dari baby supaya cantik dan tersusun.

Budak ni banyak gambar candid sebab dia xmesra dengan kamera. Untuk kenangan kita simpan di sini.. kalau simpan di FB ibu segan sebab FB ibu tu banyak orang yang ibu kenal termasuk cikgu2 dan pensyarah2 ibu. 


Waktu pagi kami banyak habiskan masa di sekeliling chalet.. Petang pula kami banyak di tengah bendang.. Parking kereta di luar jalan besar dan masuk kampung dengan 'kereta kecik'. Petang semalam kami dah masuk dengan kereta.. tetapi tiada tempat parking.. laluan hanya muat-muat untuk sebuah kereta.. dan ada sebahagian tempat jalan dilebarkan sedikit supaya kereta dapat berhenti untuk beri laluan bagi kenderaan bertentangan. Ibarat kata, pengguna kenderaan di sini perlu sentiasa bertolak ansur supaya masing-masing dapat lalu dengan selamat dan selesa. tapi ada juga yang suka hon sebab nak cepat.. (jangan cepat terus masuk tali air yang besar macam sungai ni) 

Kami keluar selepas waktu Asar.. ramai pakcik-pakcik lalu kawasan ni dan bertegur sapa dengan kami.. dan ada yang ajak kami ke rumah, nak bagi ikan pada kami.. mereka teruja melihat kami anak-beranak jalan-jalan d sini.. lebih-lebih dengan kerusi roda.. menarik minat pakcik makcik untuk bertanya kabar.

Menyedut udara segar.. bila lagi nak dapat sedut udara macam ni.. 

Kalau jatuh kite bangun yer.. 

Laluan kami..

Laluan kami.. jalan sampai ke hujung.. pusing ikut jalan sebelah kanan tu.. penat tangan dan jari bawa kerusi roda.. tapi banyak hentiannya.. dari jam 4 petang, jam 7 lebih baru sampai ke kereta balik.. sepanjang perjalanan. Di antara jalan lurus ni ada lorong-lorong ke kanan untuk ke bendang.. 

Tanah yang baru dibajak... yang ini tapak untuk menanam anak padi.. ada sebahagian pesawah yang menanam balik padi semaian untuk memastikan hasilnya maksimum.. dan sebahagian besarnya tabur dan biarkan sehingga keluar padi. Tanpa mengalihkannya ke tapak lain.


Kampung kecil di tengah-tengah sawah.. dihubungi dengan jalan kecil bertanah merah

Burung-burung ni follow mesin ni.. mungkin untuk menangkap ikan kecil.. bila kami menghampiri, mereka berkicauan lari ke tengah sawah menjauhi kami..


Gambar ni diambil waktu petang snagat dah.. mentari dah nak balik.. Kaki perlu dilipat ke belakang untuk menambah berat.. kalau dibiarkan ke bawah, kerusi akan jadi lebih ringan dan lebih sukar untuk bergerak di jalan berlekuk lekuk.. 

Bergegas pulang 


Kenangan kakak di sini.. Senja di Bendang


Berkenalan dengan Pakcik Azmi.. Pakcik Azmi ajak ke rumah .. makan-makan.. tapi kami x dapat ke rumah beliau kerana kepenatan. InsyaAllah lain kami kami cari pakcik.. 


rumah kampung di tepi chalet.. Gambar diambil gune henset cap ayam shj


Selamat Tinggal Kedah.. Selamat Tinggal MB Dato Sanusi.. Selamat Tinggal Pokok Padi.. InsyaAllah lain kali kami ke sini lagi.. Pakcik pemilik chalet mintak kami kumpul duit dan beli tanah di sini.. InsyaAllah jika kami ditakdirkan menjadi orang sini suatu hari nanti. 

Terima kasih semua warga Kedah.. Kalian memang mesra dan baik.. 

πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—