Khamis, 4 Januari 2024

AKU Pemandu OKU

Assalamualaikum semua sahabat maya.. semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.. tidak dilupakan doa untuk saudara Palestina di sana.. semoga Allah mudahkan perjalanan kita semua menuju pada-Nya.. masing-masing punya jalan ujian yang Allah telah tetapkan. Apa-apa jua ujian , hanya Allah sebaik-baik penolong.

πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Gambar Diambil Dari Google

Hari ini Lady ingin bercerita tentang pemandu Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya. Memang kurang keupayaan sungguh kehidupan Lady ni.. Tetapi pertolongan Allah sentiasa hadir, InsyaAllah.. ameeennnn..

Kalian mesti pernah melihat kereta/motor yang mempunyai sticker OKU berwarna biru atau ada juga yang berwarna merah. Biasanya pemilik kenderaan tersebut memiliki kekurangan tertentu.. Fizikal, Pendengaran, Penglihatan (ada sebahagian dari mereka boleh memandu) dan lain-lain. 

Untuk masalah OKU Fizikal, setiap individu memiliki kekurangan yang berbeza walaupun nampak secara fizikalnya sama.. ada yang ada sebelah kaki, tanpa kaki, tangan satu, atau tanpa tangan.. itu secara fizikal yang nampak jelas dengan mata kasar. Secara tak terlihatnya adalah masalah bersangkutan dengan itu.. kekurangan yang melibatkan saraf atau tindakan saraf. Biasanya masalah ini dialami oleh pesakit 'Spinal Cord Injury'.. Kami mempunyai pelbagai keadaan tindak balas spontan, beserta masalah trauma. Biasanya OKU yang lulus lesen memandu ni diperakui untuk memandu tetapi tetap menghadapi kekurangan. Maka pemandu lain perlu 'alert' dengan kereta yang mempunyai 'sticker' OKU.

Contohnya Lady sendiri, Lady ada masalah Spinal Cord Injury disebabkan kemalangan kecil dan menyebabkan sebahagian besar badan Lady tidak mampu berfungsi dengan baik, tetapi tetap boleh menjalani kehidupan seperti manusia lainnya dengan caranya tersendiri. Pada mata kasarnya hanya kaki sahaja yang terlihat lemah, tetapi pada hakikatnya tangan juga lemah kerana Lady menghadapi masalah pada C3 dan C4 serta kawasan L (kedudukan saraf pada tulang belakang).

Lady boleh memandu dengan baik (kereta yang telah dimodified), Alhamdulillah.. tetapi Lady tidak cekap untuk menukar laluan dengan segera atau berfikir dan bertindak dengan cepat. Lady juga takut dengan bunyi hon atau bunyi siren ambulans/bomba dan seumpamanya. Lady tidak boleh melihat kemalangan ngeri dan sekiranya bertembung lady akan buat-buat tak nampak dan tarik nafas dengan tenang supaya lady tidak menggelabah. 

Keadaan ini tidak menjejaskan pemanduan lady sekiranya lady pandai untuk bertindak.. sebelum dapat lesen lady telah diajar untuk bertenang dan bertindak supaya emosi takut tidak menguasai.

Contohnya jika Lady mendengar siren polis/bomba/ambulans.. Lady tidak perlu menukar laluan .. hanya perlu ketepikan sahaja kereta walaupun pada ketika itu lady berada di sebelah kanan. Pemandu kenderaan tersebut akan memahami dan melalui di tengah2nya. (Sebenarnya sekarang apabila dah memandu lama(lady ada lesen pada tahun 2008), Lady melihat ramai sahaja yang tidak menukar laluan .. hanya sekadar ketepikan kenderaan masing-masing pada lorong masing-masing. Bila keadaan itu berlaku, wujud satu lorong khas untuk kenderaan kecemasan melaluinya. 

Yang kedua, Lady cemas untuk menukar laluan.. contoh jika Lady lambat Lady perlu duduk di kiri.. Apabila di kiri pula, Lady bimbang pada kenderaan motor dan kenderaan kecil yang tiba-tiba muncul. Maka jika lorong yang Lady nak masuk nanti di sebelah kanan, Lady akan sentiasa berada di belah kanan.. dan Lady akan pastikan kenderaan Lady lebih laju dari kenderaan sebelah kiri.. jika sebaliknya Lady akan bagi signal kanan seolah-olah Lady nak masuk lorong kanan supaya mereka mudah untuk memotong Lady. (Biasanya kalau di sebelah kanan Lady akan memandu 90-100 km/j)

Sekiranya lorong yang Lady perlu masuk nanti sebelah kiri.. Lady akan stay sahaja di sebelah kiri sehingga sampai ke lorong Lady tu. Maka lambatlah perjalanan Lady.. Tetapi sekiranya perjalanan masih jauh Lady beralih ke kanan sehingga Lady selesa untuk menukar haluan. Sekiranya lorong terlepas disebabkan kereta banyak atau tidak bertemu dengan waktu yang sesuai untuk menukar haluan, maka Lady akan teruskan perjalanan sehingga Lady jumpa lorong seterusnya. Yang penting Lady perlu tenang. Belajar untuk tenang dalam apa jua keadaan.. Prinsipnya terlepas lorong boleh uturn πŸ‘…. Yang penting tidak merbahayakan diri dan pengguna jalan yang lain. Kalau Lady melalui jalan kampung yang kecil, dan banyak kenderaan bersusun di depan dan di belakang Lady.. Lady ketepikan kereta dulu di tempat yang sesuai sehingga semua kereta tersebut berlalu dengan aman. 

Sekiranya Lady perlu menghantar anak ke sekolah awal pagi, Lady perlu bertolak awal seusai solat Subuh kerana sekolah kakak 30 minit dari rumah Lady. Maka Lady turun seawal 6.05-6.10 pg dan tiba jam 6.30 pagi lebih2.. Takpe awal asalkan selamat sampai. Begitu juga balik sekolah, Lady perlu pergi awal untuk elakkan sampai lewat dan stress di jalanan. Sebenarnya jarang sangat Lady hantar anak sekolah.. sebulan mungkin 2/3 kali bergantung pada kerja suami.

Ini cerita tentang kondisi pemanduan Lady sahaja, setiap OKU berbeza situasi. Penting sangat2 seorang driver OKU menggunakan sticker OKU supaya pengguna jalan yang lain dapat alert dengan kami. Kami manusia lemah yang perlu melalui kehidupan seperti manusia normal. Kami memohon pemahaman dan keikhlasan dari kalian untuk membantu melancarkan kehidupan kami yang secebis ini.

Bila Suami yang drive, Lady akan bagitahu potong sahaja kereta tu tanpa perlu menaikkan lampu 'teguran' sebab pemandunya OKU walaupun mereka tidak menggunakan sticker OKU. Lady jadi kenal dengan sama spesis kami. 

Lady menulis di sini supaya ada sedikit pengetahuan orang normal tentang kondisi kami.. kerana jika kami tidak menulis dan bercerita insyaAllah kalian tidak memahami.. dan akan silap faham tentang kami. 

Terima kasih kepada semua sahabat sudi membaca dan menerima golongan kami berada bersama kalian. 

Nanti kalau jumpa kereta kami tegur tegur la yer.. ✌✌✌ Kalau jumpa Lady drive sebelah kanan, jangan segan-segan untuk potong yer..

33 ulasan:

  1. Saya yang normal inipun takut memandu.
    Apapun tq ceritakan keadaan sebenar.

    P.S: Tq follow blog saya, saya dah follow balik.

    BalasPadam
  2. betul, tak perlu tukar lorong kalau ada kereta ambulance/polis nak lalu..tapi tetap gelabah jg..hihi..tercari-cari kt mana bunyi siren tu..

    Alhamdulillah, Lady seorang yg berdikari...semoga baik2 aja memandu..

    BalasPadam
  3. Syukur Alhamdulillah masih bisa tetap beraktivitas ya sis...tetaplah semangat dan senantiasa berserah padaNya, dialah segala pemberi jalan yg terbaik, syukur juga ada kendaraan khusus buat pengendaranya, jadi tak selalu bergantung pada orang lain...terbaik😊

    BalasPadam
  4. Yang normal pun kekadang gelabah bila bunyi siren 🀭. Semoga dipermudahkan urusan Lady.

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan akak..
    Allah sayang sangat dekat akak <3

    BalasPadam
  6. Satu perkongsian yang baik.. Apa pun semoga diberi kekuatan selagi mana ia memerlukan Lady utk membawa kereta. Insyallah moga dpt mengatasi masalah dalam membawa kereta itu :D

    BalasPadam
  7. Kagum dgn ketenangan dan keyakinan Lady, kelebihan Allah bagi di sebalik sedikit kekurangan. PH pun susah nak bertenang bila dengar siren ni, risau takut mengganggu urusan pihak berwajib tu πŸ˜…
    Apapun tq for sharing. Sama² lah kita bertolak ansur di jalan raya Insha Allah semua selamat.

    BalasPadam
  8. thanks for sharing. moga terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.
    sbb MZ baru jer jd pembaca blog Lady, so memang tertanya2 kenapa Lady dok atas wheelchair..so now I know the reason...
    dulu2, my late MIL pun dok atas wheelchair for many years sblm meninggal sbb kena strok (lumpuh separuh badan)

    BalasPadam
  9. sahabat saya yang hebat ni...moga sentiasa tenang&baik2 saje semasa memandu ye Lady

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing. Due respect untuk mereka yang dikategorikan sebagai OKU memandu kenderaan. Hurdles dilalui semasa pemanduan dan meletak kenderaan. Saya doakan supaya lady baik-baik sahaja dan dilindungi Allah dalam apa2 pekerjaan. Keep up. Thanks singgah blog saya.

    BalasPadam
  11. Terbaik perkongsian, sangat bermanfaat untuk semua.

    BalasPadam
  12. info ttg oku yg bagus..
    moga dipermudahkan urusan.. aminn

    BalasPadam
  13. Bagus info ni utk pemandu2 yg bukan OKU supaya sama2 saling memahami di jalan raya.

    BalasPadam
  14. salam kenal...tq for sharing...kalo kita yg normal ni pn bila driving nk tukar laluan kdg2 trauma juga sbb bila ada pengalaman pahit..apantah lg yg OKU kan...smoga dipermudahkan segala urusan ...

    BalasPadam
  15. Mama Nina OKU, pakai wheelchair. Kami perlukan masa untuk Mama keluar masuk kereta. Kadang ada pemandu takde sifat kemanusiaan dengan selamba hon honnnn kasitau yang dia nak cepat. Geram betul!

    BalasPadam
  16. Syukurlah Lady boleh memandu kereta sendiri. Biar lambat asalkan selamat kan?

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas perkongsian. Saya pun every time memandu, takut juga. Tapi buat-buat berani je. :)

    BalasPadam
  18. Nanti kongsi lagi info2 macam ni ye... Supaya kami lebih alert...

    BalasPadam
  19. T.kasih perkongsiannya. Masya Allah. Anda hebat!.

    Thanks follow, dah follow balik utk menceriakan lagi dunia blogging. Insha Allah. 23

    BalasPadam
  20. ada juga yang saya perhatikan mereka letak sticker OKU pada kereta ..

    apabila mereka berada di depan maka saya faham kemampuan mereka memandu

    jadi cara terbaik bagi laluan setakat yang mampu dan lebih bertimbang rasa

    BalasPadam
  21. Saya tak boleh duduk line kanan. Sebab jenis gelabah bila kena cucuk 😭

    BalasPadam
  22. Tq sharing kak.so orang yang tak tahu akan tahu info2 mcm ni.

    BalasPadam
  23. TQ sharing tentang ni kak.. ramai yg kurang alert dgn keadaan mcm ni..

    BalasPadam
  24. CCL respect pada pemandu OKU yang boleh drive kereta ni , bukan senang tau . apa-apa pun salam kenal dari CCL . done follow blog ni

    BalasPadam
  25. memang patut tampal sticker KU tu sebab bila atas jalan raya kami tak tahu siapa pemandu depan blkg kiri kanan kami.
    sy kalau nampak kereta depan slow dan ada sticker OKU sy msih boleh faham lagi. tapi kalau slow tanpa apa2 sign atau sengaja slow tanpa sebab, siapa je yg x hangin? hehehe

    BalasPadam
  26. Terima kasih atas perkongsian Lady... Semoga dipermudahkan segala urusan lagi... Aamin2

    BalasPadam
  27. Terbaik perkongsiannya.. Menambah pengetahuan pada yang tak tahu..

    BalasPadam
  28. Mbak, membaca ini saya salut dengan perjuangan Mbak untuk tetap menjalani hidup dengan normal walaupun kondidi Mbak sebagai oku.

    Semoga Mbak tetap sehat dan baik-baik selalu. Saya doa kan dari jauh.

    Salam,

    BalasPadam
  29. terima kasih atas perkongsian. ya sestengah kereta ada stiker OKU untuk memudahkan urusan parkir menurunkan kerusi roda etc. semoga Lady makin cekap dan paling penting dapat berfikir dengan tenang semasa memandu. peringatan untuk saya juga supaya lebih cakna juga dengan golongan seperti Lady

    BalasPadam
  30. Semoga dipermudahkan urusan LB ye...allahu SA baru tahu tapi SA tetap kagum LB boleh jalani kehidupan seperti biasa...

    BalasPadam
  31. Terima kasih Lady atas info yang dikongsi.

    BalasPadam
  32. Baca ini saya jadi paham tentang OKU, dan salut karena kakak tetap berani bawa kendaraan sendiri. Saya saja masih belum bisa bawa kendaraan sendiri, walo dah belasan tahun di kota ini. Tak berani dengan crowdednya traffic.

    Semoga kak lady selalu dilindungi dalam apapun kondisi, terlebih saat membawa kereta. ❤️

    BalasPadam