Ahad, 21 Januari 2024

Remis Masak Lemak & Remis Masak Stim Versi LadyBird's Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Warga Maya.. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak Ldy. Semoga kalian sentiasa diberi kesihatan yang baik, doa juga untuk warga Palestin, Yaman, dan Syria agar Allah bantu mereka dan kita.. Semoga kemerdekaan milik kita bersama.. ameeennnn..

Sekarang di Terengganu musim remis 'melawat' ke tepian pantai. Beberapa lokasi pesisir Pantai Terengganu menjadi tempat tumpuan remis bertandang. Biasanya musim ombak besar, remis di dasar laut akan dihanyutkan oleh ombak ke pantai. 

Biasanya yang biasa Ldy dengar, tempat yang biasa ada remis adalah di Pantai Pulau Kerengga, Chendering dan Pantai Rhu Dua. Rhu Dua ni adalah Kampung suami Ldy, jadi pernah ada pengalaman kutip kerang yang berjuta-juta lemon berada di atas pasir menyerahkan diri untuk dimakan. 

Biasanya orang kampung berdekatan terlebih dahulu yang memungut dan makan sebelum orang-orang luar kawasan berkunjung memeriahkan suasana. Kalau waktu kerang hari tu, pesisir pantai Marang seperti pesta, meriah sungguh. Peniaga-peniaga tumbuh bagai cendawan.. tetiba sahaja muncul. :D

๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

Berkaitan dengan remis ini, alkisahnya remis ini Ldy bukan tangkap sendiri tetapi Ldy beli dengan orang yang biasa tangkap remis. Biasanya orang yang pandai tangkap remis ni dapat banyak dan tahu cara nak cari dan 'igak' remis. Bagi Ldy yang berasal dari Bandar Kuala Terengganu ni memang tak berapa pandai 'kutip'. 

Biasanya remis ni, waktu Maghrib sehingga ke malam lebih banyak berbanding waktu siang... 

Malam tu lebih kurang waktu Isyak, adik tu hantar kat rumah Ldy.. masih hidup dan segar lagi.. Ldy rendam dulu dengan air masin yang dibekalkan untuk buang segala pasir dari mulut dan perut remis, biar mereka muntahkan semuanya dahulu sebelum dimasak. 

Keesokannya, Ldy pun buatla masakan yang dipanggil Masakan Hentam Keromo. Masukkan ape sahaja yang berada dalam peti.

Perlu masakkan semuanya supaya ia dalam keadaan segar, kalau simpan dalam peti nanti rasanya tak sedap..

Tada... ni lah hasil pertama... Ldy stimkan dia.. segala mak nenek sayur, asam garam, bunga kobis, serai.. Ldy masukkan kesemuanya dan kukus.. Petanda dia masak, semua cengkerang-cengkerangnya terbukak.. 

Si Kakak dan Si Adik memang suka makan.. ratah sahaja sampai habis.. Alhamdulillah, tak terasa penat ibu yang masak kalau hasil masakan habis. 

Ini hasil kedua.. Remis Masak Lemak Kuning.. Cara-caranya seperti kita masak Ketam Masak Lemak. Yang ini kakak seorang sahaja yang habiskan. 

Ldy dan suami kurang sikit makan sebab rasanya agak berpasir.. tapi kuahnya sedap, manis.. makan kuah sahaja.. :D

Settle masakan remis untuk anak-anak, maka terhasillah lauk untuk kami ratah pula.. 

Alhamdulillah, terhasillah sup ayam ala kadar sahaja.. sedap teramat apabila kita makan waktu kita lapar. :D.. 

Makanan yang paling sedap adalah makanan yang kita makan waktu kita lapar. Alhamdulillah.. 

Ldy dan suami berpuasa 20 jam, Kali terakhir makan adalah pada jam 6 petang, dan berbuka pada jam 2 petang keesokan harinya.. begitulah setiap hari. Kalau nak cheat pun cheat dalam tempoh berbuka juga.. Tetapi sepanjang 'berpuasa' tu, boleh minum air.. 

Setiap hari Isnin dan Khamis kite puasa seperti biasa iaitu Subuh sehingga ke Maghrib tanpa makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. :D.

Bila dah jadi tabiat, nasi sudah tidak diperlukan lagi. Tapi kadang-kadang kami rasa la juga, ambil berkat.. Nanti hilang nikmat makan nasi, sayang.. 



23 ulasan:

  1. Lamanya puasa.
    Eloklah jangan makan banyak dan selalu makan.
    Rumah kitorang ini memang tiada masak remis atau kerang. Kalau hendak makan di luar tapi remis susah jumpa di sini.

    BalasPadam
  2. Naniey kalau masak lemak kuning gini if buat pekat memang kuah tu makan dengan spagetti... hehe ..

    BalasPadam
  3. comel lote je remis ni ye... masak kunyit letak kacang panjang dan carrot pun sedap kan

    BalasPadam
  4. Belum pernah makan remis...tapi yg lain; lala, kupang, kerang semua tu suka makan :D
    Lamanya Lady & suami puasa...

    BalasPadam
  5. salam kenal.. sy singgah sini dan follow..
    sedap betul tengok masak lemak tuuu.

    BalasPadam
  6. Sedapnyaaa.sgt betul laaa..apa2 yg dimkn time lapar tu adalah yg paling sedappp๐Ÿคญ

    BalasPadam
  7. Sudah lama banget gak makan remis,dulu semasa kecil rajin cari remis๐Ÿ˜€

    BalasPadam
  8. husband pernah pegi kutip remis juga dgn kwn dia...bw balik rumah, MIL rebus ratah je..ada juga dia buat menu sewwt sour

    BalasPadam
  9. Hehehehe..yang hentam keromo tu la sedap..
    Saya teringin nak ke area Penarik..feeling2 ala ala di Bali..
    Tapi musim hujan ni macam not advisable untuk travel kan?

    BalasPadam
  10. Pernah cari dan makan...dulu x tau memang akan rasa berpasir la...tapi dah tau cara nak buang pasir tu..mmg dah pandai dan selalu cari kat PD bila sampai musim...suka cari kepah jugak walau kena gali pasir celah2 batu..satu je x best..kulit yang cerah jadi hitam berbelang..hahaha

    BalasPadam
  11. dulu2 mama saya cuma rebus je remis ni dgn halia, daun kunyit dan garam
    tu pun dah makan betambah2 hehehe

    BalasPadam
  12. Saya ingat saya aje yang tak gemar sangat asbab pasir tu hehe

    BalasPadam
  13. lamanya tak makan remis. kukus hentam kromo macam tu je lagi sedap dari masak berempah

    BalasPadam
  14. Comel-comel remis, dan segar pula.
    Lamanya IF, sampai 20 jam. Puasa sunat Isnin dan Khamis pun buat juga, hebat LadyBird dan suami.

    BalasPadam
  15. Sedapnya remis, dah lama tak makan remis ni. Stim tu sedap, masak lemak tu pun sedap!

    BalasPadam
  16. Sedapnya remis.. Masak apa pun sedap tambah bila dapat yang fresh macam ini.. Rasa dia lagi manis dan puas makan..

    BalasPadam
  17. Semua menu menarik. Lama tak makan remis. Dulu bila musim remis, selalu buat menu ringkas. Rebus remis lepas tu cicah dengan sos cili sambil layan TV.

    BalasPadam
  18. yg masak lemak tu menggoda beul rupa dia

    BalasPadam
  19. Waah lama juga IF kakak yaa, 20 jam. Saya cuma sanggub 16-17 jam saja ๐Ÿ˜„.

    Remis itu kerang yaaa ternyata. Saya sukaaa. Waktu itu diksh resep oleh kak Carneyz di masak cream, saya sukaaaa. Mungkin nanti nak coba juga dimasak lemak

    BalasPadam
  20. selalu dgr Pantai Remis..yg remisnya belum pernah tengok apatah lg dimakan..
    cantik cengkerangnya...ooo...lamanya puasa...ramai yg buat IF sekrg ni, utk kesihatan..

    BalasPadam
  21. Remis ni kalau rebus sahaja atau kukus sahaja pun dah sedap. Memang ratah je kaedahnya. kalau makan dengan nasi macam lambat makan. hihi..macam menarik juga ye masak lemak cili api. Boleh cuba.

    BalasPadam