Rabu, 17 Januari 2024

Hati Ayam Masak Kunyit Versi Ladybird's Life

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Semoga sahabat Syurga semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilapangkan dada untuk menelusuri kehidupan yang sentiasa dengan ujiannya. Semoga ujian-ujian tersebut menjadi batu loncatan untuk kita menuju ke SyurgaNya. InsyaAllah. Ameeennn.. Tidak dilupakan doa untuk saudara Palestina, semoga diberi kekuatan.. doa kami sentiasa mengiringi kalian.. ๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜Ÿ

Kali ni guna kamera cap ayam sahaja.. :D

Ini alkisahnya hari ini.. (17 Jan 2024). 
Kadang-kadang kita rasa buntu dan tidak tahu nak masak apa walaupun pelbagai jenis hidupan laut dan darat selamat berada dalam peti. Dibelek-belek, ditenung-tenung.. maka terpandanglah hati dan pedal ayam beserta sebatang kaki ayam yang siap dibersihkan berada dalam peti. Dalam lingkungan 500g begitu.

Keluarkan dan masih duk fikir-fikir nak dijadikan lauk ape memandangkan kami berdua hanya boleh makan lauk sahaja.. Maka duk fikir-fikir dan xsempat habis fikir, maka Lady pun kupas dan mayang bawang merah bawang putih. Lepas siap, tetiba pula pergi ambil garam, lada, kunyit dan selamatlah dilumur ayam-ayam tersebut dan diperap. Pun masih tidak tahu nak masak ape, kononnya kite goreng garing-garing makan sahaja. Tetapi apa guna bawang dimayang.. aduhai kisahnya ayam..

Kemudian ambil kuali, letak minyak, tumis bawang-bawang mayang tadi.. Bila ditumis, masukkanlah semua perkakas dari ayam tadi.. selamatkan berendam dalam kuali panas... lalu ditutup... Tiba-tiba tanpa dirancang, Pok Mat jual saytur bunyi hon.. 'pong...pong..pong' van sayur Pok Mat berbunyi.. memanggil manggil lagaknya.. 

Maka tanpa fikir panjang pergi beli kacang panjang, santan, dan ikan selayang sekilo.. pun beli tanpa fikir apa-apa.. kita bantu Pok Mat habiskan barang jualan hari ini.. :D Bak kata orang kita saling berkongsi rezeki.. 

Masuk rumah, rasa hasil masakan.. kenapa 'lecah' rasanya.. maka.. tanpa buang masa kita potong kacang dan masukkan kesemuanya dalam kuali... dirasa-rasa dan dicuba-cuba.. maka ditambahla segala mak nenek sos tiram, sos tomato, kicap Jalen semuanya... maka menjadilah suatu hidangan yang tidak tahu namanya apa.. 

Begitulah alkisahnya hari ini.. Maka siaplah lauk untuk diratah hari ini.. untuk anak pula hangatkan nasi yang ade dalam peti.. :D.. Jangan membazir, membazir itu amalan syaitan.

Dibelek-belek lagi peti kot ade ape-ape yang boleh menambah hidangan.. terpandang mihun goreng yang dua hari lepas berada dalam peti sejuk beku.. Alhamdulillah, maka dipanaskan segera.. Syukur, tidak perlu fikir banyak-banyak.. kita recycle sahaja apa yang ada dalam peti.. tidak membazir dan boleh kosongkan peti..

Syukurlah seadanya wahai anak-anak dan bapak anak.. kita makan sekadarnya sahaja.. rakyat Palestina tu tiada apa yang boleh dimakan.. rumput pun mereka makan wahai anak-anak.. Maka kita jangan sesekali memilih makanan.. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Ya Allah ya Tuhanku, bantulah rakyat Palestina.. berikanlah mereka makanan dan rasa kenyang dan hilangkanlah rasa lapar dan dahaga mereka.. 

Ya Allah, tolonglah tamatkan penderitaan mereka ya Allah.. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.. Ameeennnn..

Sesungguhnya setiap saat hatiku merintih dan berdoa untukmu wahai saudaraku Palestina..



29 ulasan:

  1. waaahhhhh sedapnyaaaa hati ayam masak kunyit!

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. sedap tu. my fav ni!

    BalasPadam
  3. Itulah sayapun tengok makanan sedia ada dalam peti sejuk beku kalau duduk seorang.
    Sudah berusia kurang makan.
    Haha saya makan hati kalau organ selain paru.

    BalasPadam
  4. Hati ayam, kaki ayam...saya suka Mbak.
    Saya sering minta istri saya memasak seperti begini, kalau sudah merasa bosan dengan daging ayam.

    Salam,

    BalasPadam
  5. Selalu gitu la bila hidupan banyak dalam freezer pun taktau nak masak apa. Hihi

    BalasPadam
  6. Aamiin. Moga Allah ringankan bebanan Palestine. Moga segala ujian hidup kita menjadi tiket ke Syurga. Jom istigfar 1000 supaya ujian semua jd ringan.
    LB, sy suka hati ayam, cuma jarang beli. Mkn dgn nasi panas2.. sedap!.

    BalasPadam
  7. Sedapnya hati ayam. Naniey kalau hati ayam memang suka sangat. Kalau hati lembu kurang.
    Betul tu. Hari hari buntu nak masak apa. Rasanya setiap minggu duk repeat yang sama je. Malam sebelum tidur dah fikir breakfast nak makan apa, lunch nak masak apa. Kalau makan luar pun duk makam tempat yang sama dan makanan yang sama jugak

    BalasPadam
  8. Hey...fav SA dan suami ni LB...nanti nak buat la...

    BalasPadam
  9. letak kari sikit pun aummm tu.. semua dah ada sayur dan protein... boleh add on telur dadar pn dh cukup

    BalasPadam
  10. sedap lauk ni mmg favourite mama tau. Cukup dah ada sayur bagai. lengkap dah. mama done follow juga ye

    BalasPadam
  11. Apa yang berlaku di Palestine membuatkan kita lebih bersyukur. Makan apa yang ada. Cuma Tula kekadang kita emak² ni buntu nak masak apa. Bila dah buntu sangat.. terhasillah lauk campak². Hehehe...

    BalasPadam
  12. linda tak makan pulak organ dalaman nie...kdg2 tu rse bersalah je buang, bila bersihkn ayam...tp, tgok organ2 tu pun dah hncur, sedapkan hati,,xpe kot...beli kt pasaraya je kan..mmg dalm bungkus je lah sekali...dah penyet sana sini

    BalasPadam
  13. nama masakan tak penting, asalkan sedap dan kenyang

    BalasPadam
  14. sedap tu..ltk bawang extra tp slalunya kalo goreng hati ni ltk dlm sayur or campur dgn pedal ayam

    BalasPadam
  15. tak ada nama pun nampak sedap juga ni..kalau rumah saya ni saya sorang je yang makan hati,pedal,kaki ayam.boleh makan sorang2 tak perlu nak kongsi hihi

    BalasPadam
  16. semoga dipermudahkan urusan rakyat palestin., aminn

    BalasPadam
  17. Kalau uncle akan cari hempedal dulu! feveret!

    BalasPadam
  18. Alhamdullilah kita masih bisa makan enak ya sis,,jika di bandingkan saudara kita yg di Palestina, selalu bersyukur.

    BalasPadam
  19. Kadang memang bingung mau masak apa hari ini, tapi akhirnya masak masakan dengan bahan yang ada di rumah.๐Ÿ˜…

    BalasPadam
  20. Kalau hati saya kureng sikit
    Tapi mempedal… saya sukaaaaaa yakmat!
    tak kira laa masak apa pun
    Masa duduk asrama dulu duit tak byk
    Hari2 mkn lauk mempedal
    Hahaha… masa tu jahil.
    Org ckp jgn mkn organ dalaman terlalu kerap
    Saya belasah je
    hahaha


    BalasPadam
  21. dulu suka gak makan hati ayam n pedal ni. tp sejak tahu keburukannya kpd kesihatan maka abam kie cuba elakkan. tp sekali-sekala ada makan juga bila lauk ni terhidang di kantin sek. hehehe....

    BalasPadam
  22. Waalaikumussalam.
    Bonda saya suka hati ayam, saya pun terikut suka sampai sekarang.
    Teruskan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin, para mujahidin termasuk rakyat Yaman dan tentera Yaman.

    BalasPadam
  23. Akak pun selalu masak macam ni juga. Tengok pada apa barang ada dalam peti ais. Kadang tak tahu nak panggil masak apa, sebab segala jenis sos campur. Hehe.. Alhamdulillah, rezeki, kan.

    BalasPadam
  24. Hati ayam sha tak makan tapi apa sahaja yang dibuat masak kunyit pasti sedap.. Sha makan pedal ayam.. kikiki

    BalasPadam
  25. Sama dengan kak Anies, hati ayam saya tak makan, tapi pedal nya sukaaaaa ๐Ÿ˜๐Ÿ˜„. Untung di pasar ada yg jual hanya pedal saja, walo jadi mahal. Tak apa, Krn memang yg namanya hati, ntah hati ayam, hati sapi, saya trauma sikiiit makannya ๐Ÿคฃ

    Anak2 memang hrs diajarkan bersyukur dengan makanan yg ada. Sama macam anak saya. Suka tak suka, habiskan makanan yg tersaji. Di luar sana ada banyak anak2 yg tak bisa makan 3x sehari seperti mereka.

    BalasPadam
  26. sedapnya..suka hati ayam & lembu goreng kunyit & masak kicap..

    BalasPadam