Isnin, 8 Januari 2024

Doakan Kami Jadi Anak Soleh Solehah

Assalamualaikum wbt semua sahabat2 dunia akhirat Ladybird's Life. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat insyaAllah... ameeennnn..

Fateemah -Kakak

Mohon sahabat semua doakan Lady untuk jadi ibu yang baik.. Lady jadi anak, ibu dan isteri solehah.. 

Lady buat sehabis baik untuk jadi baik, tetapi Lady tak mampu.. Lady ada tekanan dalam diri yang tersendiri.. kadang-kadang anak dijadikan tempat untuk dilepaskan dan kemudian Lady akan menyesal bila berfikir balik.. 

Lady tengok kakak2, ipar2 Lady semua baik-baik dengan anak-anaknya.. soft spoken.. anak-anaknye cerdik dan dengar kata.. 

Tetapi Lady dan anak berbeza.. kadang-kadang rasa nak bagi orang lain yang baik untuk jaga dan bentuk mereka.. πŸ˜“πŸ˜”πŸ˜•sebab Lady rasa semua sebab Lady sendiri.. 

Lady cuba buat sehabis baik.. tetapi tak sampai sehari, Lady akan jadi singa balik..

Lady akan menjerit terpekik memanggil anak bila anak-anak Lady keluar dari rumah sebab keluar je dari pagar rumah Lady adalah jalan besar dan kenderaan banyak. Ibu-ibu lain tak perlu menjerit terpekik2 memanggil anak sebab mereka boleh bergerak.. mereka boleh terus pergi dan memimpin anak-anaknya masuk rumah..

Lady akan terpekik lagi memanggil anak-anak untuk makan sedangkan ibu-ibu yang lain hanya perlu pergi kepada mereka dan bagi makan dan suap mereka.. 

Lady akan marah lagi bila mereka nak mandi tak masukkan baju dalam mesin basuh, tak bawa tuala.. sedangkan ibu-ibu yang lain just perlu ambil dan masukkan tanpa menyuruh itu ini pada anak-anak..

Lady akan jadi singa bila toilet selepas guna tak bersih, sebab Lady tak macam ibu yang lain boleh terus pergi flush toilet lepas anak membuang.. 

Lady akan jadi singa lagi bila mereka bermain dengan mainan dan buat mainan bersepah sebab Lady tak boleh lalu dengan kerusi roda bila ada mainan merata-rata.. 

Lady nak mereka bantu ringankan tugas Lady sebab Lady kekurangan tenaga untuk buat semua seperti ibu ibu yang lain. 

Bersih rumah, basuh baju, sidai baju, bersih toilet, basuh pinggang mangkuk, kemas dapur, kemas laman.. Lady nak mereka tolong.. tolong buat dan tolong memahami.. 

Ibraheem - Adik

πŸ’”πŸ’”πŸ’”

Lady hanya bersih toilet sekali sehari yakni sewaktu Lady masuk mandi.. maka sebelum waktu tersebut sesiapa yang guna toilet perlu uruskan toilet sehabis baik.. tetapi untuk mendidik anak2 lady seusia 10 dan 4 tahun itu perlukan tenaga suara untuk memantau dan memesan.. kadang-kadang Lady berada dalam bilik/ ruang tamu/ dapur sewaktu mereka guna toilet.. maka Lady perlu gunakan kekuatan suara untuk beri peringatan supaya mereka ingat tugas mereka sebab Lady tak dapat cepat-cepat bangun menuju ke toilet untuk memantau. Kesukaran bergerak itu menyebabkan Lady perlu gunakan suara.. maka rumah Lady ni kemungkinan sentiasa bising dengan bunyi bunyi suara Lady dan anak-anak.

Itu baru urusan rumahtangga, belum lagi kerja sekolah mereka.. Lady tak tahu bagaimana anak-anak orang lain.. tapi Lady risaukan si kakak.. kakak akan darjah 5 tahun 2024.. tetapi matematik, sejarah, sains dan semuanya lah masih belum dapat kuasai lagi terutama matematik.. time mengajar tu akan jadi singa lagi.. anak-anak lady akan kene marah lagi.. si adik xperlu lagi buat kerja sekolah just membaca sikit-sikit. jadi takde la kene marah lagi.. yg asyik kene adalah si kakak.. 

Lady tak pasti kenapa kakak tak pandai mcm anak-anak orang lain (yg dapat A).. mungkin juga sebab darjah 1 dan darjah 2 PKP. dan mungkin juga sebab Lady tak ajar dari awal.. biarkan mereka bermain dari darjah 1-4.. bila hujung-hujung darjah 4 baru Lady kalut bila tengok keputusan peperiksaan. sebelum ni xde pula cikgu buat peperiksaan.. tu yang sedikit confuse maka sebab tu x terpantau prestasi mereka. Kesilapan Lady sendiri juga.. dan ia buat anak Lady si kakak ni jadi stress.. 2/3 hari ni Lady rehat dlu dari ajar kakak sebab Lady sedang memujuk hati untuk bertenang dan cari idea bagaimana nak ajar dengan baik.. 

Dulu pernah masukkan kakak ke kelas tuisyen tp cikgu tuisyen mengadu kakak begitu begini jadi Lady stress sebab kakak buat 'cikgu stress" maka Lady stop tuisyen.. biar Lady sendiri yang ajar. Padahal cikgu tuisyen mengadu begitu begini sebab nak Lady tahu anak Lady, tapi Lady pula jadi stress maka Lady stopla tuisyen tu. Maka Ladyla pula jadi stress sepenuhnya .. dari mendidik untuk uruskan rumahtangga, mengaji dan belajar. Lady tak boleh bila orang lain bagitahu anak kite begitu begini sebab hati Lady sensitif seolah-olah Lady tak pandai dalam mendidik. dan hakikatnya begitulah keadaannya.. 


πŸ’”πŸ’”πŸ’”

Bila semua bende Lady jadi garang, marah, pesan.. ia jadi habit.. bila jadi habit Lady akan jadi stress untuk buang balik habit tu.. tetapi bila ajar, cakap, suruh, tegur dengan lembut ia tak menjadi.. mereka tak ikut.. kerja x siap.. πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

Begitulah.. kalian mohon doakan Lady, suami Lady, Fateemah dan Ibraheem semua jadi anak solehah yer.. kami semua ni perlukan doa untuk jadi anak solehah.. mungkin waktu kecik-kecik dulu Lady ni sama je dengan anak-anak Lady.. orang kata anak itu cerminan diri.. maka begitulah..

Mohon doa yer.. Lady nak jadi ibu yang baik, ibu yang baik, lembut, tegas.. bukan ibu singa jadi jadian..

22 ulasan:

  1. Saya ada anak-anak buah buat sepahpun kadang-kadang naik angin juga.
    Apapun jangan lupa berdoa sebab Allah yang boleh ubah keaadaan. Amin. Semoga Lady berjaya mendidik mereka.

    BalasPadam
  2. Insya-Allah... Sama2 kita berusaha Lady... Linda pun x sempurna, mmg selalu rase failed jd ibu...cemburu dengan kejayaan, keringanan tulang anak org lain.. Smpai terlupa kehebatan anak sendri... Buknnya seperti anak sendri itu terlalu teruk, ad juga bantuan, ad juga perkara yang mereka buat membanggakan kita.. Insya-Allah, penawar satu ja... Ibu sendri jgn stres,, jgn membandingkan anak kita dengan org lain.. Mudahmudahan lebih mudah kita mengajar mereka, lebih mudah mereka berubah ke arah yang kita mahukan.. Aaamin

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan.. done follow sini..
    Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. Iya kak, kadang ibu" lainpun sama saja, namanya anak"kadang tak selalu dengar cakap ibu, kadang sampai anak besarpun saya memanggil anak dengan nada suara tinggi kalau dia tak menyahut😁 moga dengan didikan yg cukup keras anak"bisa mengerti kelak kalau sudah besar dan berkeluarga, pekikan suara ibu akan di rindukannya hahaha, anak"memang berbeda satu sama lain, anak saya pun tak terlalu pandai dalam matematika, tapi dia suka pelajaran yg lain, kita dukung saja mereka sesuai kegemaran dan bakat.

    BalasPadam
  5. Aamiin..
    Naniey pun sama kak. Kadang jadi singa untuk benda kecil je. Bila malam anak tidur, sedih, kesian tengok muka anak anak. Eh esok nya jadi singa balik.
    Mudah trigger untuk benda yang simple

    BalasPadam
  6. Fiza doakan semoga urusan Lady dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

    BalasPadam
  7. ibu yg protactive n teliti demi anak2nya kawal emosi dgn berzikir tiasa insyaAllah hati tenang

    BalasPadam
  8. LB - Aamiin. Alhamdulillah. At least penulisan ini berlaku sebelum 10 thn lagi. Maksudnya belum terlambat utk membuat perubahan (jd soft spoken spt yg U impikn). So, now.. peluklah mereka.
    Masa kecil tak akn berulang.

    Kalau kurang tenaga, minum manis atau bykkn rehat.. supaya kembali fresh. U can do it!. (Sambil bertepuk tgn).

    BalasPadam
  9. Moga dipermudahkan urusan kita semua dalam mendidik anak². Saya pun mengaku yang saya bukan ibu sempurna. Memang selalu jadi singa juga di rumah. Tapi pada pendapat saya, memang kena menyinga juga supaya anak² lebih berdisiplin πŸ˜….

    BalasPadam
  10. Insya-Allah. Saya doakan, agar semua urusan Lady lancar dan dipermudah. Aamiin...

    BalasPadam
  11. saya tak pandai nak bagi pendapat atau nasihat,sebab saya pun bukan sempurna.tapi apa yang boleh saya kata,Lady bercakap,bercerita&mengadu dengan Allah.Dengan izin Allah akan mudah segala-segalanya.
    Untuk kakak Fateemah cuba bagi dia buat latihan matematik wajib setiap hari 20 soalan.InsyaAllah akan nampak hasilnya pada subjek lain juga.Ini yang saya dah buat pada Pia..

    BalasPadam
  12. we make doa for u.
    anyway anak2 kecik memang kita kena suruh byk2 kali...my boys pun...sama jer kebanyakan anak2 kita ni bab2 kena suruh cuci toilet etc...
    Allahuma yassir
    take care ok, tak mau stress2

    BalasPadam
  13. Anak2... dialah racun, dia lah penawar...

    BalasPadam
  14. Pesan saya, Mbak sabar dan ikhlas dengan kondisi yang dihadapi.
    Semoga ke depan semuanya akan lebih baik, Mbak.
    Saya doa kan dari jauh.

    Salam,

    BalasPadam
  15. May Allah SWT ease everything for us 🀲
    Jangan stress Lady, semua ibu pun sama... struggle nak didik anak². Insha-Allah lambat laun anak2 faham sendiri apa yg perlu dibuat. Jangan overstress & overthinking, sometimes we have to let things go with the flow... Banyakkan berdoa dan bersangka baik dgn Allah.
    Hugs πŸ€—

    BalasPadam
  16. Zaman anak-anak besar ni la, kita jadi singa. :D
    Nanti bila dia orang dah lebih besar, takde dah suara singa. Sunyi sepi je rumah. Doa banyak-banyak lepas solat. Mengaji sama-sama anak lepas maghrib. Insya-Allah, semua akan ok.

    BalasPadam
  17. amin aminnnn aminnnn
    Lelaki diuji dengan wanita, wanita diuji dengan kesabaran. Ujian yang berbeza, tapi jika dapat laluinya, imbalan dari Allah pasti syurga.

    BalasPadam
  18. Insha Allah kak, makin mereka meningkat dewasa, makin mereka akan faham keadaan ibu mereka dan akan lebih bertanggungjawab. apa pun, doalah yang terbaik sebab doa ibu sangat makbul. Jangan terlalu stress, adakalanya kena let go. takut sakit fikiran dan emosi nanti

    BalasPadam
  19. Kak lady, saya sendiri bukan ibu yang baik dan sabar. Jadi nak beri nasehat seperti itu, rasa tak layak .. tapi saya doakan kakak, bisa menjadi lebih sabar dalam menghadapi anak2. Mungkin beberapa. Saran di atas dari teman2 kain bisa kakak praktikkan.

    Anak2 biasanya punya bakat tertentu. Tak menguasai math, tapi bisa jadi dia bagus dalam subject lain. Saya hanya berkaca dari diri sendiri. Dulu papa selalu paksa saya agar excell di math, pdhl saya tak suka.

    Dan lebih menguasai subject geografi, dan accounting. Krn itu saya tak nak lakukan hal sama ke anak2. Krn itu akan membuat mereka stress dan benci belajar.

    Saya lihat dulu apa hobi dan subjek fav mereka..si kakak pintar dalam bahasa. Jadi saya fokus kesana. Sementara adiknya memang lebih kuat di math. Tapi masih lemah di subject yg butuh nalar dalam mencari solusi.

    Macam2 memang, tapi semoga nanti Kaka bisa menemukan jalan terbaik juga yaa πŸ€—πŸ€—.

    Terkadang tiap habis marah dengan anak, saya usahakan untuk memeluk mereka tiap malam, dan minta maaf, serta jelaskan kenapa saya marah. Anak2 cepat paham , jadi tak apa utk selalu jelaskan kepada mereka ☺️

    BalasPadam
  20. semoga dipermudahkan urusan LB dlm mendidik anak2..

    BalasPadam