Sabtu, 9 November 2013

Tip-Tip Kesihatan Daripada Negara Terbit Matahari - Diet Model Okinawa


Banyakkan makan kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan laut, dan rumput laut. Makanan khas Okinawa adalah seperti ukon iaitu sejenis kunyit dan cuka hitam.


Lebihkan minum air suam, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan ocha iaitu teh hijau.


Kurangkan pengambilan lemak haiwan dan sayuran. Minyak canola dan minyak daripada biji-bijian lain menjadi pilihan yang disukai kerana termasuk dalam kategori asid lemak mono tak tepu.


Mengambil garam kurang dari tiga sudu teh sehari.


Prinsip makan hara hachi bu iaitu makan hanya 80% kenyang supaya terhindar daripada obesiti.


Sebaiknya hindari makanan proses yang ditambah bahan kimia. Walaupun restoran fast food sudah tersebar ke seluruh pelusuk Okinawa, masyarakatnya tetap tidak tergoda dengan makanan ini. Ia lebih banyak dimakan oleh golongan pelawat yang datang menikmati keindahan Pulau Okinawa.


Masak makanan lebih banyak dengan cara rebus atau dimasak sup miso dengan hanya sedikit minyak menumis.

Sumber : Okinawa balanced diet

p/s : gambar ihsan abg google

8 ulasan:

tehr berkata...

berhenti makan sebelum betul2 kenyang
sebelum perut terlebih muatan

Aisy Nasiha berkata...

Yang makan bersup tu saya patut tukar. Kat rumah ni mmg banyak makanan yg goreng.. air n buah mmg kami suka..banyak pun habis..

nohas berkata...

bagusnya dapat makan macam ni..

LydSunshine berkata...

org jepun lebih ikut sunnah nabi daripada org islam. Berhenti makan sebelum kenyang kan? Akak ni kalau makan, sampai perut sendat. Cemana tak gemuk. huhu.

insan marhaen berkata...

Ada yang dah amal, cuba amal dan mungkin ada yang tak boleh...

en kosong berkata...

makan ala kadar saja...jangan berlebihan

Azhafizah MN berkata...

Thanks for share :)

Unknown berkata...

wah,bagusnya..diorang tak tergoda pun dengan fast food,..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...