Friday, November 1, 2013

Betik - Bagus Untuk Sistem Pencernaan Manusia

Ihsan dari abang google
Buah betik yang telah ranum memiliki kandungan nutrien yang baik. Jus betik dapat melancarkan aliran najis kerana enzim papain yang terdapat di dalam buah betik membantu pemecahan serat makanan yang tersisa sehingga menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

Selain daripada itu, enzim papain juga digunakan untuk mengubati luka dalam perut, masalah sembelit, cirit birit yang kronik, membunuh parasit dalam badan dan mengurangkan masalah panas badan.

Disarankan minum jus betik 200 ml sehari untuk faedah yang maksimum. Unsur kimia yang banyak terdapat dalam betik ialah potassium, kalsium, dan fosforus.

Manfaat lain betik untuk kesihatan ialah :-

♥ Membantu membuang lemak
♥ Mengurangkan panas dalam badan
♥ Anti kanser

Tips Memilih Buah Betik:-

♥ Buah betik yang masak memiliki warna kulit yang hijau kehijauan bercampur dengan warna kuning atau oren terang.

♥ Pilih buah betik yang saiznya besar, bentuknya baik (tidak terlalu lembik) dan tidak pula terlalu keras bila ditekan.

♥ Dengan menghidu di hujung batangnya kita dapat mengetahui rasanya samada manis atau tidak.

♥ Buah betik akan tetap segar jika disimpan di dalam peti sejuk.

Jom amalkan demi kesihatan usus kita.. :D.. Punca segala penyakit adalah daripada perut, maka jagalah perut kita supaya sentiasa sihat.. amalkan pemakanan yang sihat.

7 comments:

Eimma said...

hhehe..memang menjadi ;)

Acik Erna said...

acik kalau sehari tak makan betik..tak lawas la..tahap terukkan

ridoma said...

betik memang sodap ! membantu penghadaman juga

Unknown said...

MMG SEDAP BUAH BETIK NI..DIBUAT ULAM PUN SODAP..HEHE

mohad said...

salam ziarah

Aisy Nasiha said...

Ooo..banyak sangat baiknya betik ni.. kena ubah habit lah jawabnya.. saya sebelum ni kurang gemar betik..tak masuk dlm.senarai pun betik ni..

QasehnyaRania said...


dh lma x mkn betik..
kalau susah nk mmbuang betik lah penawarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...