Jumaat, 15 November 2013

Resepi Mee Kari Special

Salam korang.. hehe~
Kali ini lady nak kongsikan resepi mee kari yang lady belajar daripada mak saudara lady..
Sedap.. sangat2 sedap.. :D.. 
ihsan abg google
Bahan-Bahan:

1. Minyak Masak (3 sudu besar)
2. Belacan (secubit)
3. Bawang merah (10 ulas), Bawang putih (6 ulas), Halia (1 inci), Kunyit (1 inci) <--- ditumbuk halus
4. Lada (2 sudu besar)
5. Gula (1 sudu besar)

6. Perencah kari (3 sudu besar)
7. Daun Kari (20 helai)

8. Fish Ball (dipotong dadu)
9. Ubi Kentang (4 biji - dipotong dadu)
10. Lobak Merah (4 batang - dipotong dadu)

11. Santan (1 biji kelapa)
12. Taugeh (direbus seketika dan ditoskan)
13. Mee kuning (Direbus seketika dan ditoskan)
14. Telur (Direbus masak)

Cara-Cara:

1. Tumiskan belacan beberapa minit.. masukkan bahan yang ditumbuk lumat sehingga naik bau.. kemudian masukkan lada dan kacau beberapa ketika sebelum masukkan gula.

2. Masukkan perencah kari yang telah dibancuh dengan menggunakan sedikit air. masukkan air. Masukkan juga beberapa helai daun kari. Fish Ball, ubi kentang dan lobak merah dimasukkan sekali. Biarkan seketika di atas dapur sehingga ayam masak.

3. Apabila ayam agak-agak masak, masukkan santan dan sedikit garam. Biarkan menggelegak seketika kemudian boleh terus ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning. Jangan lupa taburkan taugeh yang siap direbus.

p/s : Untuk lebih sedap, masukkan sekali udang atau kerang. Tetapi pemakanan dalam Islam tidak menggalakkan makanan laut dicampur dengan makanan darat. Ayam tidak elok dimasak sekali bersama udang/ kerang.

5 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Menu yg menarik utk dicuba.. bila mula cuti ni mood rajin mulalah datang..hihi

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Salam akak, sihat ka? hehe

nampak sedapnya.. hehe


jom baca dengar:-
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/11/live-forum-kekeluargaan-selamatkah.html

sud@is berkata...

Assalam lady
laa.. mana yang lady masak tuuu!!!!!1

akubiomed berkata...

Ada bubuh bahan rahsia 'belacan' patutlah sedap. :-)

QasehnyaRania berkata...

sedapnya .
ciksu selalu buat buat dua jenis kuah. means satu kuah pedas satu kuah sup. budak pon boleh makan.
kalau dewasa just camput kuah pedas yg pekat tu dgn kuah sup. maka nti jadi le kuah mee kari. hiji


LB, kakak biras ada blog tak? kalau ada boleh la share.. tukar tukar idea.. email ke? boleh contact.. mana tau kot kot ada yg boleh ciksu tolong.. kalau fb ciksu kurang sikit.. sbb malas nk update.. ramai mmber skolah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...