Dalam sebuah hadis sahih, dari Abu Hurairah ra., Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Jika ada lalat jatuh dalam bekas minuman kamu, celupkanlah kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya terdapat ubat."
Rasulullah memberitahu umatnya mengenai tiga permasalahan yang belum diketahui oleh manusia akan kebenarannya. Ketiga-tiga hal tersebut adalah:
1. Lalat membawa bakteria penyakit.
2. Lalat juga membawa anti bakteria.
3.Apabila seluruh tubuh lalat dicelupkan ke dalam air, maka anti bakteria yang ada pada salah satu sayapnya akan meneutralkan bakteria yang ada pada sayap lainnya.
Tahun 1871- Seorang profesor dari Jerman bernama Brifeld dari Universiti Hall di Jerman menemukan bahawa lalat rumah mempunyai parasit dari jenis kulat yang diberi nama Impozamusky. Ia adalah parasit yang hidup bersama lalat secara kekal. Selain itu, di dalamnya terdapat juga parasit jenis kulat yang bernama Gavasin, ia tergolong dalam keluarga jenis lumut.
Tahun 1945 - Seorang profesor pakar kulit yang bernama Langyrun mengumukan bahawa parasit yang hidup di dalam perut lalat iaitu dalam bentuk sel bulatan memiliki enzim yang mampu menawarkan dan melarutkan bahagian serangga yang membawa penyakit.
Tahun 1947 - 1950 - Dua ilmuan Inggeris, Aranstin dan Cook, serta ilmuan Swiss, Rulyus telah dapat memisahkan zat yang dinamakan Gavasin. Zat ini dikeluarkan dari bahagian kulat yang hidup dalam tubuh lalat. Gavasin merupakan antibiotik yang mampu membunuh pelbagai jenis bakteria, antaranya Amorous positif dan negatif, Dysentry dan Thypus.
Tahun 1948 - Dua ilmuan England, Cumsy dan Farmer serta beberapa ilmuan lain dari Swiss telah menemui hasil terbaru dalam bidang kedoktoran, hadis dan juga majalah Tauhid di Mesir edisi 5, tahun 1397 H/1977 Masihi yang menerbitkan hasil kajian Dr. Amin Ridha (Pensyarah Bedah Tulang di Universiti Iskandariah}, yang menjelaskan bahawa pada waktu yang sama, lalat membawa bakteria yang menyebabkan penyakit dan turut membawa bakteria Faaj iaitu anti bakteria tersebut.
Penemuan tersebut membuktikan bahawa hadis Rasulullah itu benar. Sains moden telah membuktikan bahawa lalat merupakan pembawa bakteria penyakit dan juga turut membuktikan bahawa lalat juga membawa anti bakteria tersebut dan akan meneutralkannya setelah kedua-duanya bersatu.
Rujukan daripada buku : Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit tulisan Asadullah al-Faruq, m/s : 15
Image : Ihsan Google
9 ulasan:
kalau difikirkan pun, mmg betul la lalat perlu ada antibodi bacteria yg dia bawa tu, sbb kalo tidak, lalat tu sendiri pon takleh survive kan Lady.
ohh tq lady for sharing,baru sy tahu yg lalat ni pun ada baiknya..siap ada hadis lagi
Rasulullah jg mengajar kita supaya jgn membazir, bila dh celup lalat, bolehlah minum airnya yg dah dineutralkan..tapi kita pula lain, dh tak lalu nak minum..
Agaknya, kenapa Allah jadikan lalat itu pembawa penyakit tetapi kemudiannya terdapat punya penawar pada penyakit itu pula!
Saya tahu pasal kisah lalat ni dan memang beritahu pada orang lain. tapi jarang sekali nak jumpa orang yang betul² buat macam tu. most of them just will pick it up and throw away.
tq for sharing
hmm tapi tu la kembang gak tekak lagi2 dok membayangkan telur2 lalat erk
xpe la saya order lain je la :D
afzalsukasuki,
ini cerita pasal lalat yang jatuh dalam makanan atau minuman. bukan pasal lalat yang dah bertelur.
bagusnya buku tu.. huhu... mcm nk beli...
Catat Ulasan