Sabtu, 23 Jun 2012

Khasiat Nanas Bagi Sistem Perkumuhan Manusia

♥Assalamualaikum♥
Entry ini merupakan entry kesinambungan daripada perbincangan kita tentang Perut Sumber Penyakit, Khasiat Anggur Bagi Penghadaman, Khasiat Epal Bagi Penghadaman dan Khasiat Jambu Batu Bagi Penghadaman. Kali ini akan berkongsi info berkaitan buah yang seterusnya iaitu buah Nanas, sangat membantu untuk kelancaran sistem perkumuhan kita...

Kalau orang yang hamil.. tidak digalakkan untuk makan buah nanas ni.. pantang orang tua-tua.. sebab nanas ni sifatnya tajam.. boleh menyebabkan keguguran.. bukan setakat nanas.. kalau x silap lady tebu pun xleh makan.. Allahua'lam.. sejauh mana kebenarannya lady xtahu.. 

Nanas ini sifatnya masam.. berasid.. Nanas mengandungi bromelin, iaitu merupakan enzim kompleks pemecah protein. Oleh sebab itu, nanas digunakan untuk melancarkan sistem pencernaan. 

Khasiat lain bromelin ialah dari segi penyembuhan penyakit sembelit. Nanas merupakan buah yang paling tinggi kemampuannya di dalam melarutkan lemak dalam saluran pencernaan sehingga lemak ini turut keluar bersama-sama dengan najis. 

Di antara unsur kimia yang terdapat di dalam buah nanas ialah potasium, kalsium, dan magnesium. Untuk mendapatkan manfaat daripada nanas semaksimum mungkin, sebaiknya minum segelas jus nanas setiap hari sebelum tidur.


Tips Memilih Nanas:

Pilihlah nanas yang telah masak dan matang, segar, bersih dan berbau wangi.

Elakkan daripada memilih nanas yang terlalu masak atau yang masih muda.

Daun nanas sebaiknya tidak berwarna kecoklatan, kering atau layu.

Manfaat lain jus nanas terhadap kesihatan ialah :-

♥ Membantu mencernakan lemak
♥ Menyembuhkan penyakit arthritis (radang sendi)
♥ Menyembuhkan jangkitan saluran pernafasan
♥ Merencatkan pertumbuhan sel kanser dalam jaringan

31 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

saya tak berupa suka nenas...

Acik Erna berkata...

assalam lady..acik suka nans tpi tk boleh mkn sangat..sakit lidah dan gatal2

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam akak

naim x berapa suka nenas..

jom singgah:
http://feedproxy.google.com/~r/KeArahMencariRedhanya/~3/BYZS4ppC9-c/ustaz-azhar-idrus-masuk-astro-oasis.html

Unknown berkata...

ske mkn nanas especially bila nk dekat period..ske sgt mkn bende2 masam

~CAHAYA~ berkata...

bila da bace n3 ni, akak nmpk nenas mcm sesuai utk mengatasi perut buncit la...btol x lady?

jebengotai berkata...

Mmg byk khasiatnya..dengar kata lehbkurg sakit time senggugut..btul ker??

iEdA berkata...

Nanas ni mmg bnyk khasiatnya tp x bole sllu sgt mkn sbb tajam kn + berasid...thanks lady kongsi info neh...

insan marhaen berkata...

IM tak berapa suka makan nenas. Masam...

nohas berkata...

Salam Ladybird,

Suka makan nenas dgn kicap lada & garam..tapi x suka kupas buah nenas..

Maiyah berkata...

salam..

suka dgn nenas yg mnis

akubiomed berkata...

Untuk yang diperingkat awal mengandung patut elak mengambil nenas kerana kandungan boleh gugur.

sekadar satu coretan berkata...

Suka mkn nenas...sedapkan..tp x boleh mkn byk tak suka nnt lidah tu lain mcm jdnya...

tehr berkata...

tak suka nanas kerana masam dan rasa tajam

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Suka buah ni namun kadangkali kalah juga disebabkan ketajamannya..

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak makan nenas bukan kerana utk kesihatan dik. Jujur nie... kakak makan sebab suka apa lagi kalau cecah dgn kicap cili huuiii sedapnya...

Kadang kakak masak ikan asam rebus pun masukkan nenas. Sedap tau:)

gadisBunga™ berkata...

saya sukaaaa nenas! tapi malas nak kupas sendiri. :D

LydSunshine berkata...

Akak suka sgt nenas. Parnah tanya doktor, kenapa org pregnant takleh makan nenas, tapi doktor kata takde kaitan. Sbb sistem perut dgn rahim lain2. Tak tau la.

aliza berkata...

baca entri ni, kebetulan plak akak baru jer makan nanas ari ni, punya lah manis... taruk plak asam, wow..... masuk peti ais makan time panas2 ni, rasa nak makan sebiji jer terus..

ewanthology berkata...

pendek kata..buah buahan memang bagus.

Ardini Humaira berkata...

dni tunggu dekat2 nak bersalin nanti baru nak pekena nenas segar.. la ni pekena nenas dalam pizza gtu je. hehe.. sebab preggy

kiwi berkata...

kiwi dh lame x mkn nanas..biasa sebelum tidur kiwi selalu minum susu ..hehe

sud@is berkata...

nak muala suka bila byk kebaikannya ...

Telor Power berkata...

ada juga yg kata nenas bagus utk siapa yg hadapi penyakit batu karang dan batu hempedu.

ada info pasal batu karang tak lady bird?

ஜ miss klanika ஜ berkata...

tak suka nenas pajeri nanas suka lah :P

Pembunuh Tanpa Bayang berkata...

jarang makan nenas sebab selalu lidah mcm luka lepas makan nenas.tp masih boleh makan dgn banyak kalau di buat gulai atau makan bersama kuah rojak =)

si kiut lavender berkata...

klau makan slalu ja gatal lidah

tapi sedap klau mkan cicah kicap..hihi

Che Sall berkata...

Assalam lady...

Nenas sangat sedap dibuat pajeri...makan camtu ngan asam pun ok gak....saya suka...

dayteenlea berkata...

tempat i banyak nenas

name pun Pekan Nenas
hahahah

Unknown berkata...

KAK BUI SUKA MAKAN NENAS CICAH KICAP..SEDAP

:: hayati :: berkata...

alhmdulillh, ubat utk kempiskn perut nih...dgn izin Allah...:)

Tanpa Nama berkata...

Bukan sume org mgandung tak le mkn nenas. Bgantung kekuatan dri. Kita tau dri kita mcm mana. Manusia berbeza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...