Sabtu, 23 Jun 2012

Khasiat Nanas Bagi Sistem Perkumuhan Manusia

♥Assalamualaikum♥
Entry ini merupakan entry kesinambungan daripada perbincangan kita tentang Perut Sumber Penyakit, Khasiat Anggur Bagi Penghadaman, Khasiat Epal Bagi Penghadaman dan Khasiat Jambu Batu Bagi Penghadaman. Kali ini akan berkongsi info berkaitan buah yang seterusnya iaitu buah Nanas, sangat membantu untuk kelancaran sistem perkumuhan kita...

Kalau orang yang hamil.. tidak digalakkan untuk makan buah nanas ni.. pantang orang tua-tua.. sebab nanas ni sifatnya tajam.. boleh menyebabkan keguguran.. bukan setakat nanas.. kalau x silap lady tebu pun xleh makan.. Allahua'lam.. sejauh mana kebenarannya lady xtahu.. 

Nanas ini sifatnya masam.. berasid.. Nanas mengandungi bromelin, iaitu merupakan enzim kompleks pemecah protein. Oleh sebab itu, nanas digunakan untuk melancarkan sistem pencernaan. 

Khasiat lain bromelin ialah dari segi penyembuhan penyakit sembelit. Nanas merupakan buah yang paling tinggi kemampuannya di dalam melarutkan lemak dalam saluran pencernaan sehingga lemak ini turut keluar bersama-sama dengan najis. 

Di antara unsur kimia yang terdapat di dalam buah nanas ialah potasium, kalsium, dan magnesium. Untuk mendapatkan manfaat daripada nanas semaksimum mungkin, sebaiknya minum segelas jus nanas setiap hari sebelum tidur.


Tips Memilih Nanas:

Pilihlah nanas yang telah masak dan matang, segar, bersih dan berbau wangi.

Elakkan daripada memilih nanas yang terlalu masak atau yang masih muda.

Daun nanas sebaiknya tidak berwarna kecoklatan, kering atau layu.

Manfaat lain jus nanas terhadap kesihatan ialah :-

♥ Membantu mencernakan lemak
♥ Menyembuhkan penyakit arthritis (radang sendi)
♥ Menyembuhkan jangkitan saluran pernafasan
♥ Merencatkan pertumbuhan sel kanser dalam jaringan

31 ulasan:

  1. Assalamualaikum Lady

    saya tak berupa suka nenas...

    BalasPadam
  2. assalam lady..acik suka nans tpi tk boleh mkn sangat..sakit lidah dan gatal2

    BalasPadam
  3. salam akak

    naim x berapa suka nenas..

    jom singgah:
    http://feedproxy.google.com/~r/KeArahMencariRedhanya/~3/BYZS4ppC9-c/ustaz-azhar-idrus-masuk-astro-oasis.html

    BalasPadam
  4. ske mkn nanas especially bila nk dekat period..ske sgt mkn bende2 masam

    BalasPadam
  5. bila da bace n3 ni, akak nmpk nenas mcm sesuai utk mengatasi perut buncit la...btol x lady?

    BalasPadam
  6. Mmg byk khasiatnya..dengar kata lehbkurg sakit time senggugut..btul ker??

    BalasPadam
  7. Nanas ni mmg bnyk khasiatnya tp x bole sllu sgt mkn sbb tajam kn + berasid...thanks lady kongsi info neh...

    BalasPadam
  8. IM tak berapa suka makan nenas. Masam...

    BalasPadam
  9. Salam Ladybird,

    Suka makan nenas dgn kicap lada & garam..tapi x suka kupas buah nenas..

    BalasPadam
  10. salam..

    suka dgn nenas yg mnis

    BalasPadam
  11. Untuk yang diperingkat awal mengandung patut elak mengambil nenas kerana kandungan boleh gugur.

    BalasPadam
  12. Suka mkn nenas...sedapkan..tp x boleh mkn byk tak suka nnt lidah tu lain mcm jdnya...

    BalasPadam
  13. tak suka nanas kerana masam dan rasa tajam

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...

    Suka buah ni namun kadangkali kalah juga disebabkan ketajamannya..

    BalasPadam
  15. Kakak makan nenas bukan kerana utk kesihatan dik. Jujur nie... kakak makan sebab suka apa lagi kalau cecah dgn kicap cili huuiii sedapnya...

    Kadang kakak masak ikan asam rebus pun masukkan nenas. Sedap tau:)

    BalasPadam
  16. saya sukaaaa nenas! tapi malas nak kupas sendiri. :D

    BalasPadam
  17. Akak suka sgt nenas. Parnah tanya doktor, kenapa org pregnant takleh makan nenas, tapi doktor kata takde kaitan. Sbb sistem perut dgn rahim lain2. Tak tau la.

    BalasPadam
  18. baca entri ni, kebetulan plak akak baru jer makan nanas ari ni, punya lah manis... taruk plak asam, wow..... masuk peti ais makan time panas2 ni, rasa nak makan sebiji jer terus..

    BalasPadam
  19. pendek kata..buah buahan memang bagus.

    BalasPadam
  20. dni tunggu dekat2 nak bersalin nanti baru nak pekena nenas segar.. la ni pekena nenas dalam pizza gtu je. hehe.. sebab preggy

    BalasPadam
  21. kiwi dh lame x mkn nanas..biasa sebelum tidur kiwi selalu minum susu ..hehe

    BalasPadam
  22. nak muala suka bila byk kebaikannya ...

    BalasPadam
  23. ada juga yg kata nenas bagus utk siapa yg hadapi penyakit batu karang dan batu hempedu.

    ada info pasal batu karang tak lady bird?

    BalasPadam
  24. tak suka nenas pajeri nanas suka lah :P

    BalasPadam
  25. jarang makan nenas sebab selalu lidah mcm luka lepas makan nenas.tp masih boleh makan dgn banyak kalau di buat gulai atau makan bersama kuah rojak =)

    BalasPadam
  26. klau makan slalu ja gatal lidah

    tapi sedap klau mkan cicah kicap..hihi

    BalasPadam
  27. Assalam lady...

    Nenas sangat sedap dibuat pajeri...makan camtu ngan asam pun ok gak....saya suka...

    BalasPadam
  28. tempat i banyak nenas

    name pun Pekan Nenas
    hahahah

    BalasPadam
  29. KAK BUI SUKA MAKAN NENAS CICAH KICAP..SEDAP

    BalasPadam
  30. alhmdulillh, ubat utk kempiskn perut nih...dgn izin Allah...:)

    BalasPadam
  31. Bukan sume org mgandung tak le mkn nenas. Bgantung kekuatan dri. Kita tau dri kita mcm mana. Manusia berbeza.

    BalasPadam