Assalamualaikum.. Korang pernah dengar tak sifat/ perangai kita ini dipengaruhi oleh empat unsur utama iaitu tanah, air, api dan angin (udara).Kalau zaman kecik2 selalu jer hitung sifat sendiri dan sifat kawan2 berdasarkan bilangan anak ke berapa. Contohnya anak pertama bersifat tanah, kedua bersifat air, ketiga bersifat api dan keempat bersifat angin. Jika bilangan adik beradik melebihi empat, hitungan bermula dari tanah balik bermula dari anak kelima dan seterusnya. Orang yang bersifat tanah adalah lebih baik ♥ :P
Lady sebenarnya baru terjumpa suatu info berkaitan unsur-unsur utama yang lady sebut tadi dan kaitannya dengan bendalir dan organ badan kita.
Secara umumnya tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan udara. Tanah dikatakan bersifat sejuk dan kering, air bersifat sejuk dan basah, api bersifat panas dan kering, manakala udara bersifat panas dan basah.
Unsur yang terdapat dalam badan manusia ini mempengaruhi sifat seseorang
individu. Mereka yang mempunyai unsur paling seimbang dikatakan
mempunyai sifat dan watak paling baik dan sempurna bila kesihatan mereka
baik.
Kebanyakan manusia muda bersifat seimbang sedangkan kanak-kanak
bersifat basah (berubah-ubah) dan tua bersifat sejuk (tetap).
Organ manusia mempunyai sifat unsur-unsur ini di mana organ yang paling seimbang terdapat pada kulit di hujung jari telunjuk disusuli di hujung jari-jari yang lain.
Organ yang paling panas adalah jantung, diikuti hati dan daging. Organ yang paling sejuk adalah saraf, sumsum dan otak. Organ yang paling kering adalah tulang. Organ yang paling basah adalah lemak.
Unsur dan sifat bagi cecair badan adalah seperti berikut :-
1. Limpa dari unsur tanah, bersifat kering dan sejuk. Ia mengentalkan darah dan menyalurkan makanan kepada limpa dan tulang. Limpa normal membentuk endapan darah. Limpa tidak normal seakan terbakar dan disebut hempedu hitam.
2. Lendir dari unsur air bersifat basah dan sejuk. Berfungsi menjadi darah semasa tubuh kekurangan makanan, menjaga organ-organ tubuh agar tubuh tetap lembab dan mencegah dehidrasi yang disebabkan oleh gerakan. Lendir yang normal adalah yang hampir berubah menjadi darah. Lendir yang tidak normal bersifat sejuk dan tidak bercampur. Ianya masin, hangat atau masam. Ia cenderung menjadi masak dan tawar.
3. Hempedu dari unsur api bersifat kering dan panas. Hempedu normal berwarna sedikit merah manakala tidak normal berwarna seperti kuning telur atau seperti warna bawang atau berwarna seperti tahi tembaga atau seperti terbakar.
4. Darah dari unsur udara bersifat panas dan basah. Berfungsi memberi makanan dan oksigen kepada tubuh. Darah yang normal mempunyai rasa manis dan tidak berbau.
Ini sahaja yang lady nak kongsikan di sini... ape yang lady faham... jika badan kita mengalami masalah dan menyebabkan perubahan sifat seperti sifat asal adalah panas, tetapi disebabkan masalah tertentu ia menjadi sejuk. Contohnya disebabkan oleh pemakanan, maka ia akan memberi kesan kepada kesihatan kita.. Kalu nak th lbh lanjut, kene bace buku Mari Berubat Dengan Tumbuhan. Buku tu best bg yang minat tentang ilmu kesihatan... tp agak mengantuk sebab semuanya fakta. Nanti korang lehla cari ek...