Assalamualaikum wbt... Semoga kalian berada dalam keadaan yang baik2 sahaja.. insya-Allah.. ameeennnn...
Kali ini lady nak kongsikan tentang kesan puasa.. Bulan Ramadhan semakin hampiri kita.. ini bermakna kite perlu menjalani ibadah puasa insya-Allah.. adakah kite masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini? Allahua'lam..
Ini info berkaitan dengan puasa, Lady ambil daripada buku Mengapa Rasullullah saw. Tidak Pernah Sakit. Mungkin boleh menjadi rujukan untuk kita bersama.. ♥
♥ Pada awal puasa berlaku penurunan metabolisme sebanyak 22 peratus. Namun pada hari-hari berikutnya tubuh melakukan penyesuaian diri.
♥ Memberikan kesempatan sistem dan saluran penghadaman dam pencernaan istirehat. Organ-organ dalaman yang lain seperti saluran usus dan hati yang menjadi antara 'pemakan' tenaga utama kurang beban.
♥ Kadar gula darah turun lebih rendah daripada biasa pada saat-saat menjelang waktu Maghrib. Tetapi, tidak pernah sampai ke paras yang membahayakan kesihatan. Oleh itu, berpuasa juga selamat bagi penghidap penyakit Diabetes Melitus Type II yang terkawal.
♥ Kadar asid perut meningkat pada saat menjelang waktu Maghrib pada hari-hari pertama puasa. Tetapi kemudian kembali normal pada hari-hari berikutnya. Situasi ini sebenarnya bermanfaat juga kepada perut kerana kenaikan paras asid ini menyingkirkan kuman yang terdapat di dalam perut.
♥ Apabila manusia tidak makan selama lebih kurang 12 jam, proses metabolisme glukosa sebagai bahan bakar pilihan terhenti. Tubuh manusia kemudian berusaha mencari sumber tenaga yang lain dengan melakukan glikolisis deposit lemak di dalam tubuh serta dekomposisi glikogen yang tersimpan di dalam hati, menjadi tenaga dan kalori yang diperlukan.
♥ Pengikisan deposit lemak di dalam tubuh ini cukup bermanfaat kepada kesihatan terutamanya kardiovaskular tubuh seperti jantung dan saluran darah. Ada antara lemak seperti kolesterol, trigliserid dan LDL yang menempel pada dinding saluran darah dan meningkatkan risiko ancaman saluran darah tersumbat. Ini mengakibatkan strok ataupun serangan sakit jantung. Pembakaran lemak ini penting kepada mereka yang obesiti. Dilaporkan apabila puasa benar-benar dijalankan dengan sempurna terjadi penurunan berat badan sekitar tiga hingga empat peratus secara moderat. Ini juga bermanfaat dari segi ortopedik kerana tidak ada lagi keluhan lutut dan sendi yang sakit akibat daripada berat badan yang berlebihan. Penurunan aras lipid dalam darah bermakna turunnya risiko kejadian batu di dalam hempedu.
♥ Puasa turut mempengaruhi tahap konsentrasi otak. Darah tidak lagi terfokus pada saluran pencernaan sehingga otak mampu mendapatkan bekalan darah yang optimum serta mampu berfikir pada tahap yang optimum.
♥ Puasa juga mengistirehatkan ginjal. Ketiadaan pengambilan bahan cairan selama sepuluh sehingga dua belas jam mampu mengakibatkan keadaan dehidrasi ringan yang masih boleh di toleransi oleh tubuh. Dalam keadaan begini ginjal mengambil kesempatan beristirehat daripada proses pengeluaran sisa cairan. Anjuran Rasulullah supaya kita melewatkan makan sahur sehingga mendekati waktu imsak dan menyegerakan berbuka seawal mungkin memastikan yang keadaan dehidrasi ini terkawal dan selamat. Pengurangan pengambilan cairan turut menurunkan tekanan darah secara moderat. Sudah pasti aktiviti berpuasa selama sebulan ini dapat menjadi bermakna buat penderita tekanan darah tinggi.
♥ Unsur-unsur kimia dalam darah yang lain tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan antara orang yang berpuasa sebulan dengan yang tidak berpuasa.
Ini antara keistimewaan-keistimewaan ibadah puasa.. mungkin selama ini kita hanya berpuasa tanpa mengetahui kebaikan puasa untuk kesihatan.. maka setelah kite tahu kebaikannya moga2 mampu membantu kite menjalani ibadah puasa kali ini dengan jauh lebih baik daripada sebelum2nya.. InsyaAllah..
Ini antara keistimewaan-keistimewaan ibadah puasa.. mungkin selama ini kita hanya berpuasa tanpa mengetahui kebaikan puasa untuk kesihatan.. maka setelah kite tahu kebaikannya moga2 mampu membantu kite menjalani ibadah puasa kali ini dengan jauh lebih baik daripada sebelum2nya.. InsyaAllah..
p/s : rindu puasa zaman bergelar pelajar dulu2.. berbuka ramai2.. seronok sgt2..
Info yg bgos lady...tol 2..bnyk kebaikan puasa neh n bole jdkan tbuh lbih chat ^_^
BalasPadamSudah macam pakar pemakanan. Banyak hikmah sebalik berpuasa.
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga Lady sihat hendaknya..
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.,”Berpuasalah kalian maka kalian akan sihat.” (Riwayat Thabrani)
Berpuasa memberi kerihatan kepada bahagian perut setelah bekerja selama 11 bulan.
tak apa akak.lepas ini boleh berbuka dengan suami..
BalasPadamhehe
jom singgahL
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/06/aku-punya-harapan.html
Maksudnya, masa awal2 kita nak mula puasa tu mmg agak menderita la kan. Sebab perut dan semua organ nak sesuaikan diri. So, kalo org yg berjaya puasa sehari tu, elok la terus kan.
BalasPadamselain dpt pahal..dpt juga jg kesihatan..
BalasPadamterima kasih utk info ni.. :)
info bagus...
BalasPadammenarik dan mari kita berpuasa banyak fadilat dan kelebihan.
ciktom suka puasa sbb seronok..bdn pun rs ringan je... cuma kdg2 nak start tue susah sikit...bila dh start puasa je straight 2 minggu je pun ok (bukan puasa bulan ramadhan)..
BalasPadamhi lady :)
BalasPadamnice info . thanks
BalasPadamTerima kasih lady.berkongsi.acik kalau puasa memang lemah sikit.tapi acik tetap teruskan berbekalkan ubat.kadang kalau masuk ramadhan klinik bekalkan untuk sebulan.alhamdulillah dapat jugak acik melaksanakan.
BalasPadamPALING BEST PUASA NI BOLEH REHATKAN PERUT YG X BERHENTI2 BEKERJA
BalasPadammudah-mudahan IM diberi kekuatan untuk berpuasa dengan penuh ikhlas dan menguruskan ibu_suri dan anak-anak IM dalam bulan puasa yang penuh dugaan ini.
BalasPadammula-mula memang rasa lain macam sikit bila puasa, bila dah hari-hari biasa je. sebab tu ramai latih diri puasa sebelum ramadhan kan.
BalasPadammcm memula poser la badan lesu dan letih biler dah badan biasa dah oke... lepas poser badan nak kena biasa ngan jadual makanan baru plak khen
BalasPadammm..info terbaik sebelum bulan puasa menjelma..hehehe
BalasPadamthanks for the share...
BalasPadampuasa baik tuk kesihatan... :)
BalasPadammengosongkan isi perut itu suh tentu utk beberapa jam.dh ganti pose ker yang?
BalasPadamcamne aaa.. saya bermasalah nak puasa sunat.. ;)
BalasPadamsgt byk kebaikan berpuasa ni kan... :-)
BalasPadamklau amik exam wktu berpuasa mmg best..
BalasPadamarigatou.. nice sharing ^^
tengs LB...sebenarnya banyak fakta pasal puasa yang atok tak tahu lagi =)
BalasPadam