Rabu, 28 Februari 2024

Orang Mati Lebih Memanjang

🌸Assalamualaikum semua..

🌸 Semoga kemenangan buat Palestin.. Kemenangan tertangguh.. Hanya Allah sebaik-baik penolongNya.. Semoga Allah kabulkan doa-doa kita semua.. Terlalu sakit dan perit sehingga semakin menusuk masuk ke dalam hati segala kata2.. speechless.. Allah ada.. Allah bersama-sama kita orang yang sabar.. InsyaAllah.. Mohon kekuatan hati untuk mereka dan untuk kita.. ameeennnn


🌸 Tajuk hari ni agak serius.. Dulu pernah dengar orang-orang tua bagitahu, petanda nak mati adalah badan jadi semakin panjang dan telinga semakin lembik, hidung jatuh.

🌸Badan semakin memanjang kemungkinan sebab sendi-sendi semakin meregang, otot-otot semakin mengendur menyebabkan telinga dan hidung meleret ke bawah atau ke tepi.

🌸 Sewaktu arwah Bak masih ada, tetapi sehari sebelum meninggal.. tidak terlintas untuk menelek semuanya.. sebab terasa Bak sakit biasa.

🌸 Tetapi pernah cakap ngan Bak, waktu tu beli katil baru sebab Bak sukar untuk berbaring di lantai (hobi bak baring kat depan TV sementara tunggu azan ataupun sejurus balik dari kerja)

🌸 Waktu Bak nak test katil baru tu, abang angkat Bak letak atas katil.. Ldy bagitahu Bak, katil ni pendek untuk Bak.. Kene beli katil lain.

🌸 Lady ingat katil dalam bilik Bak tidur lebih panjang dari yang Ldy beli. Rupanya sama saiz, tetapi Bak semakin memanjang rupanya.

🌸 Terasa Bak masih ada, semua ini baru sahaja berlaku. Hakikatnya, pada 15 Syawal nanti genaplah Bak dua tahun meninggalkan kami di sini.

🌸 Semoga Bak tenang di sana, berjumpa Tokki dan Tok. Bergaul mesra dan bertegur sapa di sana. InsyaAllah, ameeeennnn...

🌸 Nanti giliran kami pula menyusul..

🌸 Takut sebenarnya fikir tentang mati.. banyak sangat lagi urusan dunia tidak diselesaikan, jika dibawa ke mati akan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

🌸 Allahuakbar, semoga Engkau matikan kami setelah Engkau memberi keampunan kepada Kami, menerima taubat-taubat kami. Ameeennn..

p/s : Adik, Kakak.. nanti kalau ibu / abi meninggal jangan lupa ziarahi kami yer.. sedekahkan al Fatihah dan Ayat2 suci al Quran.. Sentiasa doakan ibu dan abi yer anak-anak. Sentiasa ziarahi rumah baru kami.. Jadikan rumah baru kami seperti kebun2 bunga dengan doa-doa kalian.

16 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

Mati itu pasti...memang takut nak hadapi🥺

Puan Hazel berkata...

Mudah-mudahan kita beroleh husnul khotimah 🤲
Takut, tapi itulah hakikatnya...setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati

Ezna Khalili berkata...

Mati itu semua orang akan menghadapinya cuma tarikhnya adalah rahsia. Moga kita semua mati dengan pengakhiran yang baik.

uncle gedek berkata...

Semoga arwah bak ditempatkan di kalangan orang beriman

Záty Rose berkata...

semoga arwah tenang di sana. mati itu pasti.. kita pun sedang menunggu giliran sahaja. semoga dijemputNya dengan keadaan yang beriman dan bersedia, aamiin..

namakucella berkata...

Semoga Allah rahmati semua ahli keluarga dan saudara mara kita yang telah dulu pergi .Bagus dipagi barokah ini berkongsi ilmu begini

MRENEYOO berkata...

Ngeri kalau memikirkan soal mati ini karena masih banyak persoalan duniawi, semoga arwah di tempatkan di tempat terbaik.

Faizal R berkata...

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wafuanhu.

Sii Nurul berkata...

Moga kita semua mati dengan pengakhiran yang baik...

dear anies berkata...

sy dgr psl ni ms sek men dulu
dulu bdk2 lelai sek sy
org luar selalu pggl utk
solatkan jenazah
so drpd diorg laa kami dgr
psl ni. sy rs dirg mungkin dgr drpd
bilal yg uruskan jenazah kot...

Mieza S berkata...

saya baru tahu berkenaan memanjang tu.

semoga kita juga akan menghadap Allah dengan pengakhiran yang baiK!

fanny_dcatqueen berkata...

Saya baru tahu tanda mati yg badan memanjang ini. Yg saya tahu sewaktu adek ipar, papa dan mama mertua meninggal, mereka selalunya merasa melihat sesuatu . Awalnya dipikir omongan meracau saja, seolah melihat sesuatu yg kita sendiri tak bisa lihat.

Tapi Bbrp hari kemudian, mereka meninggal. Makanya saya pikir apa setiap orang yg akan meninggal, seolah didatangi sesuatu?

elfanmauludi berkata...

Seram juga ini informasinya, tapi lumayan menambah informasi baru bagi saya.

Suria Amanda berkata...

Ye betul, jenazah arwah Mak Pah pun memanjang, memang SA sedar tu...SA pun oesan kat anak2 saudara dan Dania...kalau mama dh xde, jangan lupa ziarah kubur mama..sedekahkan Al-Fatihah..jangan buarkan kubur mama x berziarah dan sepi

Busyra Takiyudin berkata...

mati itu pasti.. tak ada satu orang pun dapat lari.. smoga kita smua dapat melakukan banyak ibadah. amin..

mamapp berkata...

setiap kita akan merasai detiknya semoga dipermudahkan semuanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...