Selasa, 20 Februari 2024

Seringgit Si Dua Kupang

Assalamualaikum semua sahabat Lady.. semoga kita semua diberi keampunan oleh Allah swt atas semua kekhilafan kita di mana2. Ameeennnnn

Kali ini Ldy ingin bercerita kisah 20 sen.. Nilainya pada zaman Ldy sekolah dulu-dulu. Dan nilainya bagi seorang Ldy.

Ldy mula persekolahan dalam tahun 1992 begitu.. waktu ini kebanyakan paling sedikit belanja sekolah adalah 50 sen atau samah orang Terengganu panggil. Paling banyak RM1.00 atau RM1.50. Jarang sangatlah lebih dari RM1.50 kerana Ldy bersekolah di pinggir bandar yakni lebih kepada kampung. Majoriti penduduk di situ adalah petani dan penternak.


Kalau tidak silap Ldy, inilah rupanya duit 20 sen zaman Ldy sekolah rendah.

Walaupun 20 sen, sedikit.. tetapi sangat besar nilainya bagi Ldy orang susah ni (hakikatnya tak terasa sedikitpun susah). 

Kami dididik dengan bersyukur dan sentiasa bersyukur, tidak pernah dengar Che merungut bagitahu barang mahal.. duit tiada.. kalau mintak duit untuk sekolah, Che akan suruh mintak dengan Bak. Tetapi sebenarnya tahu Bak gaji kecik sahaja. Dan jenis kami adik beradik cukup keperluan seadanya.. tidak pernah meminta-minta dan terasa untuk meminta. Kami adik beradik takut nak mintak duit dengan Bak sebab Bak bekeng pada waktu itu, selalu beri jelingan maut pada kami. :D

Apa yang Bak dan Che sediakan kepada kami sudah lebih dari mencukupi. Pakaian ada, makanan ada, tempat tinggal ada, dan Ldy yang bekeperluan khas inipun rasa kami cukup seadanya tidak susah apa-apa. 

Kembali kepada kisah 20 sen Ldy ni. 20 sen ni sebenarnya Lady hanya boleh beli sebatang keropok sahaja atau seplastik kecil kacang kuda atau apa2 jenis kacanglah. :D. dan sebatang pensel atau sebuku pemadam keras yang segiempat tu kalau tak silap Ldy. Yang kalau kita padam, habis buku terkoyak rabak hasil dari guna pemadam tu.

Disebabkan itu sahaja yang Ldy mampu beli, maka Ldy tidak beli apa-apa. Ldy simpan sahaja duit ini dalam celeng atau tabung botol bedak hitam yang ambik botol bedak kosong Abg Long Fazilan.

Lagi satu alasan untuk Ldy tidak membeli adalah Ldy ditempatkan di kelas atas sekali di tingkat tiga. Ldy hanya gunakan tenaga Ldy untuk mendaki tangga dan menuruni tangga adalah ketika pergi sekolah dan balik dari sekolah, dan ketika perlu pergi ke perpustakaan atau pusat sumber. Itu sahaja pergerakan yang Ldy lakukan kerana Ldy sangat lemah untuk berjalan walaupun pada waktu itu Ldy masih mampu berjalan dan masih dalam rawatan dan perhatian pihak hospital.

Ldy akan berlapar sepanjang di sekolah.. balik baru Ldy makan. Perkara ini berlaku sepanjang persekolahan Ldy sehinggalah Ldy habis belajar. Ldy tidak pernah bagitahu Bak dan Che serta mengadu kepada guru. Ldy anggap ia hanyalah perkara biasa dan seharusnya Ldy lalui dengan gembira. :)

Nak dijadikan cerita, duit Ldy ada 20 sen.. Lady mintak kawan baik Ldy simpankan bawah laci Ldy, dengan sepenuh kepercayaan.. Sebab Ldy jalan lambat untuk ke tempat Ldy, maka Ldy mintak beliau tolong letak bawah meja Ldy.

Lepas tu Ldy tak check duit Ldy ada ke tak dan tak bertanya langsung pada sahabat Ldy tu tentang duit Ldy..

Entah macammana duit itu Ldy perlu sangat bayar duit kelas yang dipungut 20 sen setiap minggu. Waktu tu lah Ldy tercari-cari duit Ldy yang 20 sen tu bawah laci. tapi tiada..

Sebak, sedih, sakit.. sebab itu sahaja duit Lady ada.. semua kawan-kawan Ldy tolong carikan di celah-celah meja kot terselit di celah rekahan meja. Bersungguh sungguh kawan2 Ldy cari sebab Ldy dah hampir nak nangis, duit 20 sen ibarat rasa seperti kehilangan RM20 sekarang. Sebak tu masih terasa sehingga ke hari ini jika diingatkan.

Inilah rupa meja Lady dahulu kala, tapi Ldy cantikkan ia dengan sampulkan meja Ldy dengan sampul buku.

Terharu dengan kawan-kawan yang tolong carikan. Tetapi tetap tidak berjumpa. Ldy bagitahu takpelah, minggu depan Ldy bayar duit kelas sebab duit minggu ni semua Ldy dah masukkan dalam tabung. Lagipun waktu Ldy nak bayar tu adalah hari Khamis, hari terakhir persekolahan pada minggu tersebut.

Cerita tersebut sebenarnya Ldy dah lupakan, tetapi ia datang kembali apabila ada seorang sahabat Ldy cari Ldy dan cerita balik "kesusahan" kami semua dengan duit 20 sen tu.

Beliau bagitahu, beliaulah yang ambil duit tu.. Ldy bagi pada dia suruh tolong simpankan tetapi beliau simpan dalam poketnya. Dan beliau memohon kemaafan di atas kejadian itu dan mahu ganti balik.

Ldy dah halalkan semuanya dan maafkan beliau, cuma Lady masih terbayang-bayang di ruangan mata dan masih terasa 'perasaan' duit hilang tu. 

Dan Ldy faham dan jelas maksud pepatah memaafkan itu mudah, melupakan itu sangat susah. 

Kecil nilainya 20 sen itu bagi orang lain, tetapi sangat besar nilainya bagi Ldy dan keluarga Ldy. Ldy sedih sangat-sangat sebab ada kisah di sebalik 20 sen setiap hari yang Ldy simpan dan kumpul.

Nanti Ldy ceritakan lagi sambungannya.

31 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

Sedeynya baca kisah lady ni..🥹

Mama Zharfan berkata...

Ooo kiranya zmn sek rendah, lady masih boleh berjln lah yer wpun slow2...lady start dok atas wheelchair bila? Zmn uni ke?sorry byk plak mz bertanya...sekadar nak tahu...

Záty Rose berkata...

this story make me emotional. abah zaty pun dulu bukannya senang and dia pun ada ajar zaty tentang keberkatan nilai yang kecil ni. even sepuluh sen pun.. thank u for this sharing.. <3

mummy_ayu berkata...

sama la.. MA dulu duit belanja 30 sen je .. tu pun seronok dah kan..
meja sekolah pun sama... masuk sekolah menengah, dah pandai balu2 kasi cantik meja dah..seronok sgt bila mengenangkan zaman sekolah dulu2

Busyra Takiyudin berkata...

apa yang boleh kita ambil dri kisah ni adalah mensyukuri apa yg kita ada. even sekecil nilai duit pada kita tapi besar untuk org lain.

Puan Hazel berkata...

Dulu 10 sen 20 sen pun besar nilainya kan... boleh beli macam² juga waktu tu

LadyBird berkata...

dulu sedih.. kehilangan duit.. sebulan rasa terkilan sb duit 20 sen hilang.. tp skrg faham erti sebuah kehidupan.. perlu cr shbt yg jujur..

LadyBird berkata...

MZ : Aah, zaman sekolah ldy boleh berjalan... ldy sakit sebab jatuh.. spinal cord injury c3,c4.. (dulula)

LadyBird berkata...

mummy ayu : kan.. wlpun 30 tp seronok jerk.. xpernah merungut..

LadyBird berkata...

puan hazel : zmn ldy 20 sen dah xboleh beli byk mende.. keropok sebatang 20 sen.. mee goreng sepinggan 30 sen..

Azhafizah MN berkata...

Sedih pula membaca kisahnya. Betul, mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Dulu 20 sen besar nilainya.

Mas Agus berkata...

Betul kak, zaman dahulu harga murah, jadi 1 RM juga bisa untuk beli cukup jajanan ya.

Sama seperti dulu aku sekolah paling bawa uang jajan 150 rupiah, kalo sekarang anak saya jajanan nya 5.000 rupiah.

LadyBird berkata...

zaty rose : kan, keberkatan nilai..

LadyBird berkata...

Azhafizah : kan, meelupakan sangat payah.. walaupun sudah tiada erti apa2..

LadyBird berkata...

Agus : dulu harga brg murah, nilai matawang tinggi.. sekarang semua jadi mahal sebab nilai matawang rendah.. huhuhu

Ezna Khalili berkata...

Duit 20 sen waktu tu tinggi. Boleh beli banyak benda kan. Sedih bila baca cerita ni....

LadyBird berkata...

ezna khalili : pada zaman ldy tu, 20 sen hanya boleh beli sebatang keropok. yang panjangnya lebih kurang separuh dari 1 jengkal.

Bola Katok berkata...

Zaman saya, 20 sen ni dah boleh beli keropok lekor 2 batang. 😁

uncle gedek berkata...

Aduhhh...

I feel you

LadyBird berkata...

Bola Katok : maksudnye awak lebih kurang baya kami juga la kan.. dik bola katok..

LadyBird berkata...

angkel : sedih kan.. tapi sekarang dah x sedih...

fairus berkata...

Dulu beli gula-gula 20 sen dapat 6 biji. Sekarang 20 sen dua biji.. Hihi

Mas Agus berkata...

Selain itu kena inflasi juga kakak, makanya nilai mata uang turun.😂

namakucella berkata...

Bertemia kasih kpd ibu bapa kita kan krn telah mendidik kita dengan betul..sikit tapi cukup kerana ianya berkat.Dulu kalau jumpa duit 20 sen ya g dah karat sanggup genyeh dengan tumit sampai hilang karat kerana duit tu berharga.Sekarang anak anak kalau terpijal duit siling pakat buat tak tahu..Allahu,salah kitakah yang mendidik?( yang saya maksudkan adalah diri saya)

namakucella berkata...

Bertemia kasih kpd ibu bapa kita kan krn telah mendidik kita dengan betul..sikit tapi cukup kerana ianya berkat.Dulu kalau jumpa duit 20 sen ya g dah karat sanggup genyeh dengan tumit sampai hilang karat kerana duit tu berharga.Sekarang anak anak kalau terpijal duit siling pakat buat tak tahu..Allahu,salah kitakah yang mendidik?( yang saya maksudkan adalah diri saya)

namakucella berkata...

Semoga Lady dimudahkan urusan dan diberkati Allah dari dunia hingga akhirat🤲

dear anies berkata...

hanya yg susah je faham
betapa besarnya nikmat
RM0.20 tu dulu.
sy jg penah hlg duit
masa sekolah dulu
so seharian tak makan
bkn sbb kena curi
tp sbb poket bocor
tak perasan masa tu

tp drpd kesusahan tu byk
mengajar kita bahawa
dunia ni banyak ragamnya...

NA berkata...

Pernah dapat belanja 20 sen ke 50 sen bahagi 2 untuk sekolah kebangsaan dan agama. Selalu guna lebih untuk sekolah kebangsaan. Masa itu cukup belanja.
Sedih baca sahabat yang ambil duit.

fanny_dcatqueen berkata...

Terasa sedihnya baca kisah kak lady ini 🤗. Zaman dulu memang lah nilai uang segitu pasti lumayan kan.

Tapi bersyukur juga teman kakak akhirnya mengaku. Memang janganlah mengambil walo sedikiiit hak orang lain. Takuuut dengan pertanggungjawabannya di akhirat nanti.

Rini Ismail berkata...

saya bawa 50sen dulu. 20sen simpan dalam tabung, 30sen beli 3 batang keropok. air pow kawan punya..aduh haha. kenangan betul

mrhanafi berkata...

Sedihnya cerita Lady...semoga kehidupan lady jauh lebih baik daripada sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...