Rabu, 7 Februari 2024

Apa Itu COD Atau Barang Sampai Baru Bayar?

Assalamualaikum.. salam sejahtera kepada semua.. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.. ameennnnnnn .. 

Doa juga buat rakyat Palestin.. nak tulis pun mengundang sebak.. Semoga Allah kurniakan ketabahan dan kemenangan.. semua info hampir tersekat keseluruhannya :(.. tetapi di Telegram masih ada.. kalau di TT info yang lama diulang siar oleh sahabat-sahabat yang memperjuangkan palestin d TT. Begitu juga di FB. (Serius, bila teringat tentang Palestin, emosi untuk menulis terhenti seketika.) TT baru pun baru je sehari buat selepas dipadam oleh pemilik TT. 

💚💚💚


Kali ini Ldy ingin sekali berbicara tentang COD. Lady berurusan dengan proses jual beli secara atas talian. Majoriti pelanggan Ldy memilih untuk membuat bayaran secara COD atau "Dapat Barang Baru Bayar". 

Masuk website, tekan-tekan.. masuk sistem.. dan kami poskan.. 

Tak fikir apa-apa, submit-dan terus keluar.  

Begitulah .. prosesnya kacang sahaja.. sampai pada pelanggan, pelanggan bayar dan dapat barang. Settle. MUDAH. Simple.

💚💚💚

Disebabkan terlalu "MUDAH", maka mereka MEMPERMUDAHKAN.

  •   Ala kak, isi jerk.. kalau takde duit takpe kak.. kite kensel.. nanti kite order lain.. mudah jerk.. jangan payahkan otak..
  •   Lepas isi dan submit, baru terfikir.. eh, aku sebenarnya nak bercuti di kampung 3 hari lagi.. Ala sempat sampai.. kalau tak sempat takpe.. kite pospond.. mudah kan.. 
  • Tengok iklan lalu di wall FB/ TT.. terus tekan.. oh, boleh COD la... Isi semua detail.. Submit. DOne! [Eh, sempat kot dapat gaji, duit takde lagi ni.. Ala, biasanya lambat sampai.. seller bukan pos terus pun. Kalau gaji tak dapat lagi kita jangan ambik. Kan mudah. Dah lah, tak perlu fikir)
Lepas Barang Sampai Macam-Macam Alasan Timbul apabila Ninja hantar barang.
  • Ninja call tak angkat telefon (sian ninja telefon tak berangkat, saya kol pun akak tak angkat, sekali pakej block) 
  • Tiada di Rumah maka kensel (ada juga silap ninja sebab tak call dulu sebelum hantar, bila depan pagar baru call)
  • Tiada duit cash (sedangkan boleh je transfer ke ninja, ninja dah canggih sekarang ni kak)
  • Akak tak nak barang ni, akak tersilap isi (isi waktu mengigau agaknya)
  • Akak reject sebab akak order serum kaki kenapa nko hantar serum muka! (akak buka ke kak yang akak bagitahu kami hantar serum muka, parcel pun akak tak tengok pun lagi terus akak reject. Akak siap gaduh ngan abang Ninja dan block saye kak)
Buat Pengetahuan Akak-Akak Yang Buat MUDAH ni.. 

💥Akak.. akak tahu tak sebelum kami pos barang pada akak tu, 

💥 Kami bayar dulu barang tu kak..

💥 Lepas tu kak, kos pos kami tu kak, kami yang bayar kak sebab kami buat FREE COD.. bukan HQ yang bayar kak. Atau mesti akak ingat Ninja tu buat kerja percuma je kan kak.. Akk memang bijak la kak.. Akak tahu tak kos pos ke tempat akak tu 30 dollar taw kak.. tu kos pos saje kak..

💥 Lagi satu kak, kos packing barang tu kan kak.. kami bayar taw kak, kami bayar dua hinggit setiap satu parcel tu kak..

💥 Satu lagi kak, mesti akak ingat iklan yang lalu lalang di Fb akak dan TT akak dan Ig akak tu saje saje je dia nak lalu kat situ sebab dia bosan duduk di rumah.. Diorang lalu lalang tunjuk kecomelan diorang tu kak, kami bayar tu kak.. akk klik tekan tu pun kami kene bayar taw kak.. 😘

💥 Sian kami ni kak, semua celah kami perlu bayar kak.. tapi akak mudah-mudah jerk kensel oder kak..

💥 Kami sebenarnye sedih kak, jangan buat begini pada kami yer kak..

💥 Kalau dah order, nak bayar lepas dapat barang.. akak ambiklah.. sebab sekali akak dah isi detail alamat, nama dan no telefon tu.. ia bermaksud akak bersetuju untuk diposkan dan menerima serta membayar barang tersebut sekiranya barang tersebut dalam keadaan baik)

💥 Begitulah kak.. sekiranya akak tidak mengambil barang selepas membuat pesanan, ia dikira menzalimi kami kak..

💥 Doa orang-orang yang dizalimi ni makbul. Akk tahu kan, mesti akak tahu.. :D

💥 Terima kasih kak sudi baca bebelan saye ni kak.. 

💥 Hidup ini keras kak.. jadi kite lembutkan diri kite yer kak, supaya sekiranya kita jatuh takdelah sakit sangat..

💥 Peace ✌✌✌


p/s : Bebelan ini hanya dan hanya kepada yang ambil mudah, tetapi ramai sahaja yang memudahkan kami.. Kami doakan agar kalian semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan. Ameeennn.. Nanti Ldy cerite yang baik-baik pula yer.. InsyaAllah.

Terima kasih sangat-sangat kepada yang sentiasa sudi berkongsi rezeki dengan kami.. peniaga-peniaga ni.. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Tanpa kalian yang membeli, siapalah kami yang menjual.. 

Semoga rantaian rezeki kita sentiasa bersambung tanpa putus. Ameeennnn...
.

19 ulasan:

Mama Zharfan berkata...

Saya tak pernah beli via cod sbb mcm leceh dan kesian seller dpt duit lmbt/kesian delivery boy kena tunggu etc

fanny_dcatqueen berkata...

Saya doakan kak lady Dijauhkan dari pembeli tipe zalim seperti itu 😔.

Saya sesekali juga pakai cod, tapi dengan tujuan barang betulan sampai ke saya, bukan fiktif belaka. Terkadang ada penjual tak mau taro barang di shoppe atau Tokopedia, dengan alasan menjaga keaslian barang.

Tapi Krn mereka tak pakai market place, kita sebagai pembeli yg hrs hati2, Krn banyak kejadian uang dah di transfer, barang tak dikirim, itu sering kalo jualannya datang dari IG atau FB. Makanya saya pasti cod

Tapi saya tak pernah tak bayar, walopun terkadang barangnya tak sesuai dengan apa yg diiklankan mereka. Dah 2x saya kena, barang tak sama blaaasss . Tapi saya tetap bayar, hanya saja tak nak lagi beli dari toko tersebut. Tak amanah

Memang lebih aman belanja di Tokopedia (market place Indonesia punya) atau shopee . Barang tak sesuai, saya bisa komplain dan kirim balik.

Memang banyak sangat drama dalam jual beli ini. Semakin mudah cara pembelian, tapi semakin banyak celah juga

Semoga rezeki kak lady dilancarkan selalu yaa , dan tak banyak terjumpa dengan pembeli tak baik

SalbiahM berkata...

kan..tu belum campur yang barang dah sampai tetibe dia cakap..suami tak bagi beli, saya takde duit nak bayar. kesian si ninja

NA berkata...

Takutnya menyusahkan orang apatah menganiaya orang. Mereka boleh buat begitu pula tolak bungkusan diterima.

mama tisya berkata...

bila terlampau amik mudah kdg2 jd payah juga kan..smoga dipermudahkan segala urusan...tk pernah bli brg jenis COD

Bintang di Langit berkata...

Waalaikumsalam kakak.

Cod itu barang sampai Baru kasih uang ya kakak, makasih infonya.

Salam kenal.

Záty Rose berkata...

betul tu! kena ada amanah dan bertanggungjawab kalau nak order barang cod baru bayar ni. kesian dekat rider. huhu

anamizu berkata...

betul tu kesian kalau yg joy buyer guna COD ni.. impaknya pada org lain :(

Abam Kie berkata...

sy x suka bayar secara COD sbb kena berada di rumah semasa dispatch boy hantar barang tu.

Nur berkata...

Macam-macam perangai orang. Akak tak pernah beli barang COD. Kalau tak ada duit, akak dok diam-diam. Kalau layan sosial media punya newsfeed, macam-macam iklan keluar, takut tergoda iman tak kuat.

mrhanafi berkata...

Semoga tabah dalam urusan perniagaan ..

semoga murh rzeki juga hendaknya

MRENEYOO berkata...

Semoga di permudah segala urusan.. alhamdullilah pernah beli pake COD,tapi aman"saja.

Rini Ismail berkata...

saya jarang buat cod kalau beli barang sebab sebolehnya malas nak mengadap delivery guy, malas nak bersiap cari duit tukar semua. tapi kalau beli through lazada asyik tertekan cod je, pastu tak reti nak kensel camna. akhirnya berkejarla pakai tudung bila diorang mai hantar barang sebab nak bayar cod

Titik Asa berkata...

Betul Mbak, COD ini prosesnya mudah sekali. Tapi memang ada saja orang yang zalim.
Semoga Mbak dijauhkan dari orang-orang zalim itu dan dimudahkan perniagaannya.
Sukses selalu dengan usahanya, Mbak.

Salam,

uncle gedek berkata...

COD leceh la....

nanieydotcom berkata...

Kesian kat runner sebenarnya.. Ramai pembeli yang buat perangai macam ni.
Naniey kat shopee memang tak bukak COD ni sebab leceh dan tak nak hadap situasi macam ni, penat. Melainkan direct order sahaja tu pun ada yang tipu. Dah deal nak jumpa tetiba bila dah tunggu punya tunggu orangnya pun ghaib tiba tiba..

Ezna Khalili berkata...

Semua saya bayar terus kecuali kawan2 yang terima COD je. Dapat barang baru bayar. Selalunya memang bayar habis.

Rawiwa berkata...

Akak prefer bayar dulu even seller tu duduk satu kawasan.
Mudah.

Semoga Allah permudahkan urusan Lady.

dear anies berkata...

customer i mmg mcm2 peel
kadang mmg menyirapppppp je kite dibuatnya

tapi kan...
tak boleh ke kita hapuskan je sistem COD ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...