Assalamualaikum..
๐ธ Malam tu, aku tidur dengan lena disebabkan dah dua hari aku tak dapat rehat dengan baik..
๐ธ Pagi2 tu, seawal jam 5 pagi aku bangun.. aku nak ke rumah bak.. sebelum tu aku wasap adik aku yang jaga bak.. Mak panggilannya.. kelihatan dia masih online.. tidak dapat lena mungkin..
๐ธ Mak.. bak gane dah mak..
๐ธ Bak tido dengan tenang kakza, tenaaaaang sangat..
๐ธ Kalu gitu xpe lah mak, kakza sambung tido smula..
๐ธ Lepas tu aku dikejutkan oleh suami aku dengan keadaan yang tersedu.. bak dah xde..
๐ธ Aku bangun dalam keadaan kejutan xde fikir ape2 terus ke rumah bak yang lebih kurang sepelaung dari rumahku..
๐ธ Selepas sampai, semua orang kelihatan diam seribu bahasa dengan masih terkapai2 tanpa mampu berfikir dengan baik..
๐ธ Aku sendiri… dgn keadaan seperti dipukau.. tak dapat dihuraikan dengan kata2 rasa itu..
๐ธ Alhamdulillah pakcik, pakcik2 sepupu dan semua saudara mara datang menguruskan. Kami hanya beri apa2 yang diminta yang diperlukan untuk uruskan bak. Waktu itu, aku seperti seorang ‘dungu’ yang tidak tahu nak berbuat apa2.
๐ธ Jam 6 pagi arwah bak meninggal, lebih kurang jam 11/12 tengahari selesai dikafankan dan disolatkan selepas solat zohor di Surau Lama Durian Burung. Alhamdulillah, sangat ramai yang datang solatkan bak.. begitu juga sewaktu datang ziarah bak di rumah.. saudara mara yang tak pernah aku kenal juga datang menziarahi.. Sesungguhnya arwah bak sangat baik.. semoga arwah bak ditempatkan di kalangan insan2 terpilih.. Ameeennnn..
๐ธ Sepanjang jenazah bak di rumah, aku sentiasa berada di sisi bak, dengan harapan bak akan menunjukkan tanda2 bergerak.. harapan itu setinggi menggunung.. mengharapkan keajaiban berlaku pada bak, tapi Allah lebih menyayanginya(ayat penyejuk hati).
๐ธ Orang mungkin tengok aku xde perasaan sedih, aku bertahan di sisi bak.. air mata keluar tapi aku usaha untuk masuk semula ke kelopak mata.. aku berusaha sekerasnya mengorak senyuman menyambut tetamu yang berkunjung menziarahi bak.. dalam hati hanya Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.. aku menghargai setiap tetamu yang menziarahi bak.. terima kasih semua..
๐ธ Sepanjang aku di sisi bak, aku melihat perubahan bak.. mula2 bak kelihatan seperti seorang yang sedang tidur, tidur seperti bak tidur.. wajah bak setenang tenangnya.. lebih kurang 2/3/4 jam, urat2 biru mula timbul di bahagian leher bak.. kemudian sendi2 bak membiru.. selepas mandikan bak.. kulihat kulit di bahagian bawah badan bak sedikit biru.. dan kini kuyakin bak sudah tiada.. aku melihat satu persatu proses memakai baju terakhir bak.. kutatap sehingga akhir untuk kurakam dijadikan kenangan sehingga akhirku.. ๐ฅ๐ญ๐ญ๐ญ
๐ธ Selepas selesai semua, baru kumasuk bilik untuk tidurkan anaku si Ibraheem Khalilullah.. waktu itu baru terasa betapa laparnya.. waktu itu telah menghampiri jam 1 petang, dan saat itulah kali terakhir bak berada di rumah sebelum dibawa ke surau untuk disolatkan selepas zohor.
๐ธ Berakhir sudah kisah bak di dunia.
๐ธ Ya Allah, Engkau tempatkanlah bak aku di tempat yang terpuji.. Engkau kumpulkanlah bak aku betsama para solehin, Engkau jadikanlah kubur bak aku seperti taman2 SyurgaMu ya Allah.. Ameeennnn
2 ulasan:
amiin2..Ya Robbala'alamin...
Innalillahiwainnailahirojiun...salam takziah LadyBird..
Innalillahiwainnailahirojiun..sa;a takziah
Catat Ulasan