Rabu, 3 Ogos 2022

Kembalinya Ayahanda Ibrahim ke Negeri Abadi I

๐ŸŒผAssalamualaikum wbt.. 

๐ŸŒผ Tanggal 17 Mei 2022, hari raya Aidilfitri yang ke-15, Ayahanda Ibrahim bin Abdullah telah kembali kepada penciptaNya pada jam 6 pagi pada usia 71 tahun.. ๐Ÿ˜ฅ

๐ŸŒผ Apa rasanya kehilangan orang yang pernah jaga kita.. belikan segala keperluan kita sehingga kita dewasa, sehingga kita berkahwin dan sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

๐ŸŒผ Tiada perkataan  yang mampu menggambarkan perasaan di hati.. samada aku yang kekurangan kosa kata atau aku tak jumpa perkataan yang sesuai untuk aku zahirkannya.

๐ŸŒผ Seawal dulu aku xmampu nan bercerita sepatah perkataan pun tentang bak.. dengar pun xboleh.. hati aku hati tisu walaupun orang nampak aku xde reaksi.. Aku hanya mampu sembunyikan perasaan aku seperti dulu2. 

๐ŸŒผ Cuma hanya sekarang aku mampu untuk coretkan sedikit kenangan detik-detik itu di sini.. di tempat yang dulu jadi tempat luahan isi hati aku dan segala nota2 pembelajaran aku.. setelah lebih kurang 3 bulan pemergian bak.. tu pun air mata tetap merembes keluar..

๐ŸŒผ Dua hari sebelum bak meninggal, dia sakit belakang.. doktor bagitahu ‘damage disc’.. dan diminta balik ke rumah. Sebelum2 ni kalau bak sakit mesti doktor masukkan dalam wad.. hospital adalah rumah kedua bak sejak tiga tahun lepas. Sama usia dengan anak bongsu aku. Aku sebenarnya bersyukur bak xditahan.. sebab aku nak jaga walaupun kudrat aku hanya sekadarnya.. 

๐ŸŒผ Aku jaga bak.. aku memang sentiasa doa semoga aku dapat jaga bak di saat-saat akhirnya. Tapi waktu tu aku tak fikir bak akan tinggalkan aku. Sebab dah set dalam minda aku, setiap kali bak sakit, mesti bak kembali sihat. Itu harapan dan doa aku sepanjang zaman.. kalau boleh aku xmboh bak gi tinggalkan aku.. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

๐ŸŒผ Aku sempat lagi marah2 manja bak sebab bak taknak makan. Aku suap bubur, 3 suap jer.. bak dah tak nak makan.. aku kata satu sudu lagi, lepas tu satu sudu lagi.. aku buat macam aku suap anak aku.. last skali kacip gigi dia kuat2 xnak bagi aku suap. Jadi aku stop la suap. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

๐ŸŒผ Bak sakit sangat2.. dan aku tahu sakit belakang sangat sakit.. xterucap dengan kata2.. kalau orang kata bak manja, sakit sikit jer.. aku rasa dengan orang2 tu aku nak makan.. kasi lumat.. 

๐ŸŒผ Banyak yang aku nak cerita satu satu.. tapi hati aku belum cukup kuat untuk coretkan sepenuhnya.. hanya yang aku dapat hadam aku tulis.. sesungguhnya sakit kematian itu sangat sakit.. ๐Ÿ˜ฅ cuma saat itu aku xtahu itu adalah sakit kematian..

๐ŸŒผ Hari tu bak sekali je kencing.. petang baru bak struggle bangun untuk ke tandas.. bangun dengan penuh sesakitan tapi bak tahu tiada siapa dapat menolong.. hanya dapat bantu mudahkan sedikit pergerakan.. Kami belikan katil untuknya walaupun bak menolak. Tetapi untuk kemudahan pergerakan duduk bangun jadi kami sediakan.. 

๐ŸŒผ Aku pastikan bak tetap makan 3 kali sehari, walaupun hanya mampu 3/4 suap. Setiap kali aku suap, bak bagitahu “za, bak xrase ape dah makanan ni”.

๐ŸŒผ “Xpela bak, bak makan jer.. za nak bak kembali sihat. Bak kene tetap makan.. telan jerk.. supaya bak ade tenaga.”

๐ŸŒผ “Za, bak nak mati dah ni.. xpernah lagi bak rase sakit sangat gini.”

๐ŸŒผ “ Sakit bahagian belakang memang sakit bak, kekgi insyaAllah baik. 

๐ŸŒผ Sebak sangat aku time tu.. aku tahan suara aku supaya bak xtahu, tapi bak faham.. aku dengan dia sama.. keras tapi jauh di sudut hati hanya Allah dan diri sendiri yang tahu.

๐ŸŒผ Malam tu bak xleh tido.. aku ngn ank bongsu aku pun xtido.. setiap sejam bangun ajak balik.

๐ŸŒผ Keesokan harinya mcm biasa, cucuk.. suap nasik.. petang tu bak xleh minum air.. xlarat nak sedut.. otak aku jenuh fikir macammana nak buat bak minum.. aku suap ngn sudu.. aku potong straw kasi pendek.. aku cari picagari xjumpe ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

๐ŸŒผ Sakit bak hari ni xpernah lega.. duduk bangun duduk bangun.. aku xtahu nak buat ape.. Aku doa semoga Allah hapuskan semua dosa2 bak dengan kesakitan ini. Time ni xde terlintas langsung bak nak tinggalkan kami.. sedangkan bak dah banyak usaha untuk beri kesedaran dekat aku.

๐ŸŒผ Aku xpernah tinggalkan bak sepanjang bak sakit, kecuali waktu aku tidurkan baem dan waktu kakna balik dari sekolah tuk gantikan aku. Aku sentiasa duduk kat belakang kepala bak, aku ngan adik lelaki aku.. mak.. hari ni mak balik tuk jaga bak. Alhamdulillah..

๐ŸŒผ Petang tu area kul 6 kawan mak datang tuk cucuk bak.. bagi ubat tahan sakit.. doktor tu bagitahu bak sakit sangat2 tu.. beliau kate klu esok sakit lagi terus bawa bak spital.. 

๐ŸŒผ Bak tanye aku, kul brape dah za.. aku kate kul 6.30 petang.. bak senyap jer.. aku tengok bak boleh duduk tenang dah.. bak baring dengan tenang..

๐ŸŒผ Syukur sangat aku rasa, 2 hari bak sakit sangat2 dan hari ni sakit tak berhenti. Lega yang sangat2 terlampau aku rasa. Aku bagitahu bak, za balik mlm ni bak.. esok pagi2 za mari smula.. baem xleh tido.. bak tido molek.. bak angguk.. mata bak xbuke, penat dah seharian bak duduk bangun.. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

๐ŸŒผ Malam tu aku tido kat rumah aku, mak ngn che tido dengan bak.  Aku dapat tido dengan lega.. dengan harapan bak aku sedang rehat dengan baik.. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ


(Bersambung)

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...