Assalamualaikum.. ๐ธ๐ธ๐ธ
Bersempena bulan Muharram, kami sekeluarga buat bubur asyura. Alhamdulillah, kami adik beradik bergotong-royong buat, projek merapatkan silaturrahim.. lady tolong tengok sahaja. Kalau tolong kacau, bimbang dengan lady2 jadi bubur ๐คฃ.
Dulu waktu lady kecik.. orang kampung buat ramai2 secara gotong royong, kami budak2 berlari-lari gembira dapat berkumpul bersama sanak saudara. Suasananya macam hari raya gitu. Orang dewasa pula masing-masing ada tugasan yang dah ditetapkan untuk menyediakan bahan-bahan.
Apabila bubur hampir masak, kami ramai2 beratur sambil bawa tempurung yang dah dibersihkan untuk diletakkan bubur.
Selepas siap dibahagikan pada anak2 kecil, barulah bubur tu dimasukkan di dalam bekas atau loyang untuk diagihkan pada sanak saudara.
Tapi sekarang dah takde suasana macamtu, tempurung pun anak2 dah tak kenal.. semua beli santan siap.. takyah susah2 kait kelapa, parut, perah.. walaupun lebih mudah, tetapi kehilangan banyak nilai2 murni di situ.. ๐ฅบ๐ฅบ๐ฅบ
Zaman sekarang dah tak macam dulu, gotong royong hanya dengan skala yang kecil, bila siap baru diagihkan pada jiran2 berdekatan. Alhamdulillah.. sb semua barang mudah dapatkan, semuanya barang siap.. tinggal campak2 sahaja..
Jom kita tengok bahan2.. ni cara dan bahan orang Terengganu, kalau orang negeri lain mungkin lain cara dan rupanya.
Bahan2 :
๐น1 kg beras (rendam semalaman dan blend-kan bagi hancur)
๐น Kerisik(Nyo gula) - 2 biji kelapa
๐น 1/2 kg santan pekat
๐น 2 senduk Rempah Asyura (senduk saiz sederhana)
๐น 4 keping Nissang
๐น 1/4 kg gula
๐น 1/2 kg ayam @ 1/2 kg daging (direbus dan dicarik2kan) @ kedua2nya
๐น 1 1/2 kg ikan selayang (direbus dan diambil isinya)
๐น 150 g bawang goreng
๐น 1/2 kg kacang kuda (direbus empuk)
๐น 2 biji jagung (dihiris dan direbus)
๐น 1 kg Ubi Steler (keledek, direbus masak dan dipotong 4)
๐น 1/2 biji Labu (direbus)
Bahan kisar :
๐น 5 biji Bawang Merah
๐น 1 labu Bawang Putih
๐น 3 biji Bawang Besar
๐น 1 inci Halia
๐น 1 inci Lengkuas
Cara-Cara :
๐ธ Beras yang dah diblend tadi dimasak dengan air.. sampai hancur lumat dan masak.. jangkamasa lebih kurang 1 jam.. perlu dikacau tanpa henti kerana nasi sangat mudah berkerak.
๐ธ Lebih kurang 1 jam, masukkan santan dan nissang. kacau lagi sehingga lebih kurang 1 jam
๐ธ Kemudian masukkan bahan kisar, rempah, bawang goreng dan ikan, kacau lagi sehingga 1 jam..
๐ธ Masukkan daging rebus yang telah disiat2.. dan segala ubi..
๐ธ Bila dah masak, masukkan jagung..
๐ธ Cara untuk tahu bubur ni dah sesuai untuk diangkat.. sendukkan dan kemudian tuangkan.. jika bubur dah likat dan tak jatuh maksudnye boleh tutup api dan disejukkan dalam dulang atau bekas2 kecil.
๐ธ Bolehlah diagih-agihkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan