Isnin, 1 Ogos 2022

Resepi Ketam Masak Lemak

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, dah sangat agak lama tidak mencoretkan sesuatu di sini.. kali ini nak simpan resepi Masak Lemak Ketam..

Sebagai seorang oku, memang sukar untuk memasak jika tiada tempat yang dikhaskan untuknya.. dan Alhamdulillah sekarang, Lady dah dianugerahkan oleh Allah rumah sendiri sejak dua tahun lepas.. PKP kedua baru berkesempatan tinggal di rumah sendiri.. Alhamdulillah..

Dan sejak itu juga Lady bertungkus lumus mencuba pelbagai resipi mudah.. ada yang habis dimakan dan ada juga yang selamat dibuang.. 

Ok, jadi di sini lady nak simpanla resepi mudah yang lady berjaya buat.. buat pertama kalinya.. dan sedap.. 

Bahan2 :

1. Ketam segar sekilo (lebih kurang 5 ekor)

2. Serai 3 batang diketuk

3. Santan lebih kurang 500g

4. Bawang merah 3 ulas (dikisar halus)

5. Bawang putih 3 ulas (dikisar halus)

6. Kunyit (Lady letak kunyit debu, agak2 sehingga warnanya cantik)

7. Garam secukup rasa

8. Lada (xletak sebab anak xboleh makan pedas)

Cara-Caranya :

🌸 Mula-mula, bersihkan ketam.. disebabkan pertama kali bersihkan ketam, maka Lady google jer kat Youtube .. Alhamdulillah jumpa, kalau tak Lady letak je sekor2 tu dalam periuk 🤣 berenang renangla korang kat dalam tu 🦀🦀🦀

🌸 Rupanya mudah jerk kopek ketam ni.. cungkil je tapak bawah dia yang berbentuk segitiga tu dan tarik kulit keseluruhannya.. lepas tu bersihkanlah najis2 yang berkemungkinan berada di situ.. kalau ketam betina, segitiga dia lebar berbentuo seperti buah manakala jantan, bentuk segitiga tu meruncing ke bawah (ilmu baru).

🌸 Lepas siap bersihkan dan siapkan bahan2.. bolehlah masukkan bahan kisar, santan, kunyit, asam keping ke dalam periuk… 

🌸 Ketam tu susunla supaya cantik dan kemas.. xdela kaki tangan diaekor nanti bersimpang siur dalam periuk tu.. mudah untuk kita godek godekkan mereka nanti..

🌸 Lepas tu boleh masukkan air. Air mestilah melebihi ketam supaya ia masak secara menyeluruh.. lepas tu bukakla api.. dan masak sehingga mendidih..

🌸 Masak masakan yang ade santan kene selalu kacau supaya santan tidak berketul-ketul.. nanti buruk kejadiannya.. 

🌸 Apabila mendidih dan masak.. boleh angkat dan hidangkan. Jangan lupe ambik gambar dulu untuk kenang kenangan gituw 🤭 

🌸 Nak tau ketam masak ke tak… perhatikan warnanya, ia akn berubah jadi warna merah kemerahan gitu.. kalau dah warne bertukar, boleh tutup api dan dimakan.. insyaAllah sedap. 🦀🦀

🌸Selamat Mencuba🌸


2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Boleh masukkan daun kunyit untuk menambah aromanya

LadyBird berkata...

Terima kasih kak.. nanti buat lagi, lady letak daunnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...