Isnin, 6 Februari 2017

Pasar Rusila, Marang, Terengganu.

Assalamualaikum wbt..  :D Lady doakan semua sahabat maya lady berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.  Ameenn.

Kali ini Lady nak bercerita tentang Pasar Rusila di kampung mertua lady.  Di Marang.

Pasar ini sebenarnya di dalam kawasan/ persekitaran Masjid Rusila,  tempat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengajar setiap Jumaat.  Hanya sejauh 15 minit berjalan kaki dari rumah mertua lady.

Setiap Jumaat,  memang rutin mingguan Tuan Guru untuk berkongsi ilmu dan mendidik kami tentang kehidupan. Memang kami masyarakat Terengganu sentiasa menanti kehadiran Jumaat untuk santapan rohani.

Lady menetap di sini hampir 4 tahun,  dan setiap Jumaat bagaikan hari raya bagi masyarakat berhampiran sini.  Seawal pagi mereka bangun,  bersiap diri dan anak-anak.   Kemudian bergegas ke Masjid Rusila untuk membeli sarapan pagi dan makan di situ ramai2 sambil mendengar Tuan Guru sampaikan amanat.

Masing2 akan duduk di merata2 dengan membawa alas tempat duduk masing2. Bagi yang datang awal boleh duduk di dalam masjid,  tapi kalau datang lambat memang xkan mampu masuk ke dalam masjid. Penuh.  'Rumbu'.   Seakan2 suatu pesta menuntut ilmu.  Bukan sahaja masyarakat sekeliling Masjid atau daerah kami sahaja,  malah dari pelbagai pelusuk daerah berkumpul di sini. Dari Kuala Terengganu,  Kuala Berang,  Dungun,  Kemaman,  Besut,  Setiu.

Disebabkan betapa ramainya manusia yang hadir, untuk keperluan maka terdapat juga yang mencari rezeki di sini.  Maka terwujudlah pasar di sini. Alhamdulillah.. Pelbagai jenis makanan,  barang keperluan harian turut didagangkan sambil2 mendengar bicara santapan rohani dari Tuan Guru.
Kebanyakan barang dagangan di sini adalah dari kalangan kami2 sendiri Penduduk2 kampung..  Masing2 berkongsi rezeki.
Cube tengok gambar di atas ni..  Sambil2 datang mendengar kuliah Tuan Guru,  mereka membawa hasil dari halaman untuk dikongsikan sebagai barang jualan.
Makcik ni selalu ada di sini.  Beliau hanya menjual untuk diri sendiri sambil2 menyedut ilmu. Tetapi Alhamdulilah,  rezeki sentiasa ada untuknya.  Kadang2 kami sendiri tumpang menempel di situ.
Alhamdulillah,  disebabkan kawasan ini kawasan tumpuan..  Maka akan ada yang datang untuk mengutip derma.

Buat pengetahuan semua,  pasar ini hanya wujud jika ada majlis ilmu di Masjid Rusila,  jika tiada pasar ini tidak akan beroperasi.

Semoga Tuan Guru terus sihat untuk membimbing kami yang sentiasa dahagakan ilmu dan kasih sayang dan bimbingan  dari orang yang berilmu.

Kalau ada kesempatan datang ke Terengganu, mohler ke sini.  :D..  Lepas membeli,  dengar kuliah..  Boleh lepak2 tepi pantai.  Oh yer,  lokasinya Betul2 berhadapan dengan pantai dan dekat dengan chalet2 dan rumah2 tumpangan.

P/s : kuliah ilmu start antara jam 8.30 pg hingga 10.30pg (InsyaAllah)


....
Maklumat atas ni adalah dari pengamatan sendiri.  Kalau ada yang salah bgth lady, nnti lady baiki.  Deh..

30 ulasan:

insan marhaen berkata...

Kat tempat saya, ada kuliah setiap Sabtu oleh ust Mutalib Maarof.

Ramai juga peniaga buka gerai. Pemandangan sawah padi...

LadyBird berkata...

Wa.. Mesti best kan.. Tenang. Damai. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

norhidana berkata...

bgs jgk aktiviti gini... sambil dpt ilmu sambil membeli...

Nadhie Wueen berkata...

Kesian pulak tengok nenek n atuk yg dok menjual dekat situ. huhue. apapun moga dimurahkan rezeki n mendapat perkongsian ilmu pada setiap kuliah. :)

abuikhwan berkata...

Assalamualaikum , moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Betul, sangat meriah kuliah ilmu Tuan Guru Syeikh Abdul Hadi Awang hafizahullah di masjid Rusila. Sehingga ada sahabat si Rusila menyarankan jika nak ke Terengganu pada hari Jumaat, pergilah pada waktu pagi atau selepas Jumaat. Jika tidak pasti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Rusila. Allahurabbi, begitulah meriah! dan Moga Allah merahmati tuan guru, serta ladyBird sekeluarga. Moga Allah memberkahi bumi Rusila...
#lama sungguh tak singgah di masjid Rusila...

Wak Lat berkata...

kalo takut dilambung ombak, janganlah berchalet ditepian pantai., cikkak kann., kehkeh2

Siti Awadah berkata...

seronok pulak tengok... :D

Kakcik Seroja berkata...

Sewaktu Almarhum Taun Guru Nik Abdul Aziz masih ada, khabarnya penuh sesak orang menanti untuk mendengar tazkirah dari beliau...

Nor Azimah Ali berkata...

Kalo blk teganu mmg lalu jln tu.

Aryan azra berkata...

waalaikumussalam lady, mog alady sihat2 hendaknya.

Alhamdulillah seronok tengok suasana macam tu

Kamsiah yusoff berkata...

alhamdulillah..sambil2 mendenagr ceramah ilmu..sambil2 mencari rezeki.

LadyBird berkata...

Alhamdulillah.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

LadyBird berkata...

Suami lady bagitahu, beliau kenal makcik ini. Makcik ni sekadar suka2 menjual sambil2 mendengar orang bagi tazkirah.

LadyBird berkata...

Ameeennn.. InsyaAllah

LadyBird berkata...

Haha.. Kan.. Tp xmo sewa chalet di tepi pantai pun xpe, dalam kampung banyak lagi chalet. Harga serendah rm30 smlm.

LadyBird berkata...

Kalau siti datang Terengganu, jemputlah ke mari.

LadyBird berkata...

Kalau siti datang Terengganu, jemputlah ke mari.

LadyBird berkata...

Kalau di Kelantan memang penuh kak.. waktu ceramah tidak boleh berjual beli. Sekarang pun begitu kak.. jemputlah datang melawat pantai timur kak..

LadyBird berkata...

Kak Azimah orang mana?

LadyBird berkata...

Alhamdulillah.. lady sihat seadanya. :D

LadyBird berkata...

Alhamdulillah kak Kamsiah

raihanah berkata...

macam2 benda ada kat situ ya

Wani Sukarno berkata...

meriahnya ..sambil membeli pun boleh lagi dengar kuliah agama..

emarieys berkata...

suka pergi pasar macam ni...

QasehnyaRania berkata...

as-salam kakak
betul..
sejak sebulan di jerteh su perasan setiap mlm ada kuliah maghrib di masjid dkt rumah
pstu hari jumaat semuakedai dan pasaraya di sini tutup.
1mana yg buka jam 1230-230 ptg ditutup. baru ku tahu

selama hari ni merantau ke bandar bandar besar. jb dan kl..

alhamdulillah. masyarakat di sini menjadi pilihan utk mendengar kuliah/ majlis ilmu daripada Tuan Guru untuk santapan rohani. smeoga masyrakat lain di negeri juga turut mendapat santapan rohani sebegini..

nice sharing kakak. in shaa ALLAH jika ke sana boleh lah tumpang mendengar, kan!

Sheila Adziz berkata...

alhamdulillah... ilmu di mana sahaja... teringin nk p jalan2 kt tganu....

TukangKebun berkata...

Lama tak balik Terengganu rumah mertua.
Teringin juga nak lawat pasar ini.

I am LZ berkata...

Seronok dengan kehidupan tenang dan bermasyarakat seperti itu... Lebih-lebih lagi ada majlis ilmu.. ๐Ÿ˜ƒ

OKje berkata...

Entah bilalah hakak nak dapat sampai Terengganu LB. Teringin sangat nak ke sini. Nak cari Keropok leko ngan satalah LB

Nora Karim berkata...

Meriahnya... seronok tengok majlis ilmu dipenuhi orang ramai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...